nuffnang

Monday, August 31, 2009

Because of You...



yes, because of you... staf Parkson yg entertain i masa tengah isi borang toy's r us member's card tu cakap.. akak letak nama anak dekat sini... n i jwb.. saya takde anak... mesti staf tu ingat i bli Iron Hide tu for my kid.. hahaa...


So, dengan tidak semena-menanya... I dah ada ini kad lah... free je jadi ahli... biasa la kad mcm nih leh collect points..







Friday, August 28, 2009

Birthday Treat




lalling ku shayanggg...... happy bday yekk... seksi la tgn u tu... ehh bulan posa nih.. hehe...



his favourite... cheeze choc @ secret recipe
and I surprised him with dat candle... tatau la dia surprise ke tak... tgk muka selamba je..


yey! lallingggg... sukeee takkk???


his roasted chicken with tumeric sauce


ermm... apa ntah nama nyer.. chocolate ice blended?




mine... chicken cordon bleu... de chicken is burnt.. i told the mamat bangla yg served us tu... he said no.. it's not burnt... hmmmm... tp mmg tak shedap lah.. cake je lah yg shedap kat sini..



sekian... harap2 si dia itu happy lah...

Wednesday, August 26, 2009

Kek Cawan Cupcakes


gambar kek cawan anime nih amik dr http://damncoolpics.blogspot.com



From nuffnang trackker ramai readers yg sampai ke blog ni mencari resepi kek cawan, memang cup cakes nih sesuatu yg menjadi trend masa kini ek...

btw... comey gilerrr cup cakes dlm gambar tu kann..

Bacaan Al-Quran Online

Just nak share this link:

http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

apa kata sambil2 wat keje tu dengar bacaan al-quran secara online... boleh pilih nak dengar surah apa... sangat menenangkan jiwa dikala tension seharian bekerja.

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Rasmi Pilihanraya Permatang Pasir




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.


Sumber : Malaysiakini

Sunday, August 23, 2009

Mydin Lagi Mahal?



hampir singgit beza nyer...

Saturday, August 22, 2009

Tensionnyer Servis Bank Islam

Nak citer nih...

Aku ada buka akaun ngan Bank Islam semata-mata utk masuk Al-Awfar skim tu... yg simpan n ada chance utk menang cash up tp RM100 000.00 tu... so... aku g lah cawangan Bank Islam kat Kuantan nih... masa nk activate kad ATM, ada prob apa ntah ngan system dia (ni masa aku dok kat kuanter la ngadap person in-charge kat kaunter amik kad ATM tu.. sangat lama tunggu... again system dia mcm ada prob... then dia kata... ok settled dah ( proses buka akaun) tapi kad awk kena dtg kaunter ni balik sebelum kad nih boleh diguna kan... aku pun pk oklah.. lagi pun tade la urgent sangat nak guna kad tu kan..
so... last week.. aku g la plak kat Bank Islam sebab ingat nak top up duit kat akaun tu la kan to get more chances to win.. hehe... alih2 the person behind the counter tu ckp... kena buat kad baru sebab aku datang after 2 weeks... hahhhh!! what the... @3^%$??? Hari tu tade cakap pun aku kena dtg dlm masa 2 minggu... pastuuuu yg best nyer.. akaun nih tade buku akaun... haiyakkk... pakai kad je... apa2 hal nak kuar kan duit tu, the only way is thru the card je... kalu menang 100 000.00 pun kuar pakai kad jek??? huhuuu... nak dapat kan kad baru kena charge RM8, dah la masa buka akaun kad tu dah kena charge RM8 dah.. aku berulang kali cakap yg aku tak diberitahu yg aku kena datang dalam masa 2weeks... masa tu aku sgt cuakkk... sebab agak kurang friendly lah itu lady behind the counter.. iskkk...
I was not feeling (still am not willing) to pay RM8 for the card... I was hoping to get some sort of pertimbangan dari depa la kan... to waive that RM8. Tapi, apa kan daya... last2 aku berlalu pergi tanpa dapat guna itu kad... otw nk kuar tu ada gak aku dok intai2 complaint form... tade la pulak.. aku dlm hati dok pk nak anta email je la kat customer service Bank Islam... tapi ada kah mcm aku berkira sangat dgn RM8 tu?
Well... not really... tapi aku geram lah.. sebab aku tak diberitahu langsung kena dtg balik dalam masa 2 minggu... lagi pun aku actually dah ada sejarah agak2 hitam (well tade la itam sangat.. agak2 grey lah kot) dgn Bank Islam nih.. aku dulu pakai credit card Bank Islam, masa mula2 nak buat credit card tu.. aku sangat angin dgn servis nyer.. masa tu Bank Islam cawangan Kuantan ni kat tempat lama lagi..dekat Jlan Teluk Sisek, dekat ngan Trafic light ke Tanjung Lumpur tu... eh..berbalik kpd citer td... org yg uruskan permohonan kredit kad aku tu punyer lah lama break nyer.. aku kena tunggu terconggokkk je.. padahal masa dia balik dari break dia tu, dia dah lalu depan aku.. dah tgk aku ada situ.. pastu aku tgk pc atas meja dia, (depan aku la) dok blinking2 YM nyer (ada org dok msg kat yahoo messenger dia) pastu masa dia dok entertain aku pun dok blinking2 lagi YM dia... gerammmm je aku tengok... ingat aku tatau benda tu YM...
later... aku bgtau kawan aku yg laki dia keje situ... dia kata memang staff tu bermasalah sket.. haiyaa. staff yg bermasalah ditempatkan pulak keje layan customer... iskkk geram tul...
pastu lagi satu... pak guard kat Bank Islam nih kan.. pantang tau kita tengok2 handphone kita... walaupun kita dah silent phone, dan bukan nyer berborak kat handphone... dia still datang tergur cakap tak leh guna handphone... nak sms tanpa ada sebarang bunyi pun takleh... huwaaa..
pastu satu lagi, masa aku pakai kredit kad bank islam tu.. deposit machine dia sokmo laaa out of service nyer... dah la jauh nak kena ke bandar nak bayar.. bila sampai takleh nak guna plak.. itu dulu la.. antara sebab aku stop pakai kredit kad bank islam...
and this year aku macam ala-ala nak make peace la ngan Bank Islam nih, sebab nak buka akaun Al-Awfar tu kan... tapi gini plak jad nyer... uwaaaaa... aku masukkan dlm RM100 je duit dalam akaun tu... menang pun tak lagi... tapi ni aku dah nak rugi Rm16. Ni g mcm nak merajuk balik ngan Bank Islam nih...
dah tuuu macam manaaa??? Bengkekk betul rasa hati nak kena bayar another RM8 for that freakkin' card!! arghhhh...

Thanx God For I Have You

citer lama dah ni..
Tadi aku overheard hosmet aku ckp on the phone sambil nangis...
Sebelum tuu.... zeruppppp... rewind jap.. si hosmet balik keje.. dok lepak depan tv sekali ngan aku.. luar dari kebiasaan ni.... biasanya dia balik terus menongnong masuk bilik dan terus bertapa dalam bilik... this time dia dok n borak2 ngan aku... then dia mengeluh... n ckp nyesal plak tadi masa meeting cakap gitu.. bla...bla.. bla... malas la nak tulis balik... senang ckp pasal keje la..pasal dia nyesal luahkan rasa tak puas ati kat bos dia.. sbb bos dia byk suruh buat keje yg bukan sepatutnyer dia nyer responsibility... aku dengar jek la.. menyampuk skit2, sebab aku tau dia nak luahkan kat aku... then... dia masuk bilik... lama pastu masa aku lalu depan bilik dia... then aku dengar her conversation with her colleague sambil2 nangis2 tu... hmmmm..
so motif entry nih nyer ialah... aku nak nyatakan rasa syukur aku sebab setiap kali aku tension ngan keje ngan life in general... I have someone yg sudi mendengar, sudi jadi a shoulder to cry on.. dan kekadang dia plak jadi tempat aku lepas geram... (hehehe.. sorry awak..)
to lalling... muah muah... tenkiuuu ye... Thanx God for I have you.... uhuukksss...

Pengguna Facebook pertama dipenjara

Pengguna Facebook pertama dipenjara

KEELEY tiba di sebuah mahkamah majistret di Worcester, England semalam.

LONDON – Seorang remaja, Keeley Houghton menjadi individu pertama yang dipenjara di Britain kerana membuli di alam siber selepas dia menyiarkan ancaman bunuh di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah mahkamah Britain menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Keeley, 18, kerana menulis dalam web peribadinya bahawa dia akan membunuh Emily Moore, remaja perempuan yang dibulinya sejak sekian lama.

“Keeley akan bunuh jalang itu (Moore),” menurut mesejnya di Facebook.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4 petang 12 Julai lalu dan membiarkan komen itu berada di laman Facebook miliknya selama 24 jam.

Mahkamah Majistret Worcester diberitahu bahawa Moore, 18, menjadi mangsa Keeley selama empat tahun dan pernah menghadapi serangan fizikal selain rumahnya turut dirosakkan.

“Sejak Moore berusia 14 tahun, anda (Keeley) berulang kali mengugut dan mengasarinya. Pembuli sebenarnya pengecut sama ada di sekolah atau di kalangan masyarakat,” kata Hakim Bruce Morgan.

Remaja itu menangis ketika hakim membacakan hukuman tersebut.

Selain itu, dia turut dilarang daripada menghubungi Moore secara langsung melalui Internet atau dalam apa cara sekali pun selama lima tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang aktivis, Emma Jane Cross menyatakan hukuman itu akan menjadi rujukan penting dalam kes buli siber di Britain.

“Hukuman itu menjelaskan bahawa perbuatan membuli sama ada di dunia nyata atau di Internet boleh menjurus kepada kesalahan jenayah dan tidak boleh dibiarkan,” katanya. – Agensi



copynpaste from kosmo

Alhamdulillah...



Yang ditunggu-tunggu sudah tiba... mohon dipanjangkan usia sehingga ke akhir ramadhan oleh Nya



Syukur tak terhingga rasa kerana tadi aku dapat bertarawih... seingat aku lah.. dalam hayat hidup aku ni... this time is my first time terawih malam pertama ramadhan... aku mohon seikhlas hati agar amalku diterimaNya...

Aku mohon kepadaNya kekuatan jiwa utk terus bertarawih... insyaAllah...

Tuesday, August 18, 2009

Iron Hide



Lalling dearest...
Happy Birthday...

Monday, August 17, 2009

Nak Buat Macam Mana....

Planning baikkk punyer malam nih terbantut...

Makan maggi lagi jek la jawab nyer.. smlm pon dh bermaggi dah... haisshhh...

Sunday, August 16, 2009

Video Clip Hafiz Masih Jelas

Ni dok tengok for the first time video clip Hafiz Juara AF 7 - Masih Jelas. Apa yg jelas nyer aku tak suka lah ada model/penari? Perempuan yg dok menari berbelit-belit kat badan Hafiz tu, kacau konsentrasi nak tgk Hafiz, kalau perempuan tu tak sangat duduk menari ala-ala nak menyodol-nyodol kat Hafiz tu ok gak la.. ni tgk vdo clip Kaer plak.. haaa yg nih aku suka.. khelass gitu vdo clip nyer... cool sesangat... if only ada orang2 yg berkenaan yg buat vdo Hafiz tu baca entry nih... nak gak tau apa motif nyer ppuan tu dok mengeliat-geliat menari kat Hafiz..


Apa yg aku leh paham, ppuan tu mcm ex-gf Hafiz la yg dah tade... lebih kurang tema macam lagu Kaer - Izinku Pergi nih la.. audience je leh nampak ppuan tu, tapi Hafiz sendri dlm tu tak nampak la ppuan tu..



p/s: rupanyer bukan aku sorang je yg sgt tak puas ati dgn vdo klip tu.. bila baca blog2 lain... memang tade sapa suka pun vdo klip tu... hahahaha

Akhirnya Kahwin Pun Waheeda n Akhill


BAHAGIA...Penyanyi dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dan penyanyi Waheeda kelihatan ceria bersama anak-anak Akhil, Mohd Syarif Idayatullah, 11 dan Siti Nur Maisarah, 12, selepas pasangan itu dijabkabulkan tengah hari tadi di Masjid ar-Rahman, Kuala Kubu Baru.--fotoTHE STAR oleh Norafifi Ehsan


Wahhh... terkejut baca berita nih kat mstar online tadi...

Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

- MSTAR

Strawberry Dip in Chocolate

Aku konpius sket nih.. aku rasa aku dah buat entry nih.. tapi bila tgk balik tade plak.. feels like I'm having a deja vu... anyway... nih nak citer... this is my first time makan mende nih.. selalu dah tgk kat malls.. tapi asyik tade masa seswai je nak bli.. so kali ni.. sebab si dia ada sekali..yess ni lah the best time..sebab sebelum ni bila jumpe mende nih asyik la tade org yg bleh sama2 enjoy makan nih for the first time...



strawberry with chocolate... glamer sebab siti nurhaliza kan.. hehe.. well.. dia kan ada cakap Dato' K bagi nih kat dia... n time wedding dia pun ada gak mende nih..






wahhhh... sangat teruja tengok... dan sedap.. sebab buah strawberry tu masam n coklat tu manis... beshhh!



Saturday, August 15, 2009

Takde Idea Nak Bagi Hadiah Apa?



Hari ini cik cloudy & en. lalling telah berkunjung ke nursery ini yg letak nyer di pinggir bandar Kuantan nan indah...

Cik Cloudy ke nursery ini sebab nak cari hadiah utk kawan Cik Cloudy. Puas pikir nak bagi apa kat kawan Cik Cloudy sorang nih... pastu tetiba datang satu idea... zuuuppppp gitu datang nyer..

Macam mana bleh dtg nyer idea nih? Idea nih menerjah masuk ke benak fikirkan Cik Cloudy tatkala jalan2 kat EC Mall aritu... kat depan EC Mall ada org buka booth jual pokok2 bunga nih.. so, mcm Cik Cloudy cakap tadi.. tengah2 dok drive sengsorang tu (En. Lalling xdpt ikut sebab kekangan tugas) Zupppppp! idea datangg...so tak terbeli masa tu.. kali nih la baru cari tempat lain n bli...





wahhh.. sukalah gambar nih... cantekk kan gambar nih.. ke sebab bunga tu yg cantek gamba jd cantek la kan..







Pokok Ong... manyak ong la bli ini pokok.. a.k.a pokok duit..cantik kan.. beli yg ni buat hadiah best gak nih...





haaaa.. yg nih lagi best..kiut muit je..




Owhhh... Inchik Lalling berkenan yg merah-merah tu rupernyer...



How about this one? Ok gak kan...

So, pokok mana satu yg Cik Cloudy beli? Well... let it remain a mystery lah yekk... nnti si penerima hadiah Cik Cloudy tu tahu pulak identiti sebenar Cik Cloudy nih...

Friday, August 14, 2009

Late Nite Supper

Went out and had a late supper with.. who else.. my si dia lah..




Roti Plantan anyone?

very bad for your diet.. very oily but seriously shedappp! haikss!

Thursday, August 13, 2009

JALENAS

Jalenas pemangkin jalur lebar

Husain Jahit husain@hmetro.com.my



PAHANG menjadi satu-satunya negeri di Malaysia mengorak langkah jauh ke depan menjangkaui era jalur lebar semasa apabila melaksanakan inisiatif capaian berasaskan talian gentian optik ke rumah (FTTH).Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd (Jalenas) memilih Kuantan sebagai bandar pertama di Malaysia menggunakan prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi FTTH capaian terbuka.

Capaian terbuka akan membawa maksud model perniagaan apabila Jalenas akan menjadi penyedia prasarana rangkaian kepada penyedia perkhidmatan atau operator.FTTH ialah prasarana berasaskan kabel gentian optik bagi menggantikan wayar kuprum sedia ada digunakan sekarang oleh kebanyakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.Teknologi ini didapati lebih berkesan kerana mampu memberi kelajuan jalur lebar yang amat tinggi ke atas pelbagai perkhidmatan bersepadu termasuk suara, data dan video yang akan disalurkan terus ke rumah pengguna.Era Internet yang berkembang dengan pesat hari ini boleh mengambil kesempatan teknologi terbabit bagi menyalurkan berbilang isyarat digital menerusi satu kabel dengan kelajuan yang tidak dapat disangkal iaitu sehingga 2.5 gigabit sesaat (Gbps) berbanding 1.5 megabit sesaat (Mbps) menggunakan kabel kuprum.

Prasarana gentian optik capaian terbuka Jalenas akan terus ke rumah pengguna untuk menyokong kelajuan Internet yang diperlukan.Ia amat sesuai bagi memindah turun pelbagai kandungan termasuk filem, muzik, bermain game dalam talian, menonton berbilang saluran TV berdefinisi dengan serentak tanpa mengurangkan kualiti gambarnya, menggunakan perkhidmatan telefon dengan jelas dan banyak perkhidmatan maju pada masa depan.

Matlamat yang dibawa Jalenas ialah menyediakan setiap rumah yang berada di kawasannya dengan prasarana komunikasi paling bertenaga, di samping membuka peluang kepada semua penyedia perkhidmatan supaya bersaing di atas sebuah rangkaian terbuka.Menurut Pengarah Eksekutif Jalenas, Heikal M Ali, dengan rangkaian Jalenas pengguna akan mendapat kelajuan sehingga 100 ganda lebih tinggi berbanding penyambungan sedia ada.Dalam pada itu, katanya, pengguna tidak akan kehilangan kelajuan menerusi perkongsian penyambungan tidak kira berapa ramai penghuni di dalam sesebuah rumah terbabit atau kejiranannya."Rangkaian gentian optik Jalenas berasaskan 'Capaian Terbuka' apabila syarikat penyedia perkhidmatan boleh menawarkan perkhidmatan seperti Internet, telefon, TV satelit dan sebagainya."

"Pengguna pula mendapat kebebasan memilih penyedia perkhidmatan terbaik dengan tawaran harga paling menarik," katanya.Heikal berkata, dengan adanya teknologi penyambungan berasaskan gentian optik di rumah itu, secara tidak langsung ia akan meningkatkan nilai hartanah dan kita sebagai pengguna pula mendapat sistem penyambungan termaju pada masa depan.

"Sebagai permulaan, kami mensasarkan untuk menyediakan penyambungan (home- pass) ke atas 30,000 rumah dan pejabat di sekitar gelung rangkaian gentian optik Jalenas di Kuantan dalam tempoh tiga tahun dengan kelajuan di antara 30 hingga 100Mbps," katanya.Syarikat itu juga mensasarkan untuk menyambung sehingga 2.5 juta rumah dan pejabat di seluruh negara dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dengan pelaburan sehingga RM10 bilion untuk melengkapi prasarana rangkaiannya.

Menurut Heikal, menjelang akhir tahun ini, Jalenas menjangkakan dapat menyediakan sehingga 2,000 penyambungan meliputi rumah kediaman dan pejabat terutamanya agensi kerajaan.Jalenas adalah milik High Speed Broadband Technology Sdn Bhd (HSBT), syarikat perkongsian antara Technology Resources Sdn Bhd (anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang) dengan Bumiraya Resources Sdn Bhd. Walaupun ia sebuah syarikat baru, ia disokong gergasi teknologi telekomunikasi terkemuka dunia, Ericsson dan PacketFront sebagai peneraju dunia rumusan capaian terbuka.

Ericsson pada keseluruhannya bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan membekal rumusan akhir-ke-akhir, projek guna pakai dan menguruskan rangkaian capaian terbuka, sementara PacketFront menyediakan rumusan penyediaan perkhidmatan.Menurut Pengerusi HSBT, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Jalenas menyediakan prasarana batuan terakhir kepada syarikat untuk menyediakan perkhidmatan menerusi jalur lebar berkelajuan tinggi.

"Dengan memberi capaian sama rata kepada penyedia perkhidmatan prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi, jalur lebar, aplikasi dan kandungan, mereka boleh mengembangkan perniagaan dengan pantas di dalam era Internet masa kini yang lebih mementingkan kelajuan," katanya.Sharkar berkata, Jalenas kini berunding dengan beberapa penyedia perkhidmatan di negara ini untuk menggunakan perkhidmatannya di seluruh negara.

"Dengan menawarkan pilihan yang lebih baik kepada penyedia perkhidmatan bagi menghubungkan mereka dengan rangkaian kabel antarabangsa dan serantau, kos keseluruhan bagi capaian Internet di negara ini boleh dikurangkan sebanyak mungkin," katanya lagi.Jalenas juga merancang memperkenalkan perkhidmatannya ke seluruh negara sebaik perbincangan dan koordinasi dengan pihak berkuasa negeri atau tempatan berjaya dimeterai.

Wednesday, August 12, 2009

Beli Duit Di Mydin?



Wahhh... teruja tak tengok?? satu packet 60sen jek...



macam nak bli je utk raya nih kan.. tapi bila pk balik..mcm segan pun ada gak ..




Is this legal? I mean.. memang ada tulis 'CONTOH' tapi dari kejauhan nampak real giler beb!

Tuesday, August 11, 2009

Button: Upin & Ipin








comeyy kan... mcm nak bli je at first.. tapi bila pk balik, bli nak buat apa? nak letak mana? pakai mana? xkan kat tudung plak??? hishhh... membazir je kan..

So, ckp kat adik yg jaga tu.. nak amik gambar je lah ye...

Monday, August 10, 2009

Aku Paling Takut Bila Kena Bercakap Depan Orang Ramai

Kita biasa dengar kata-kata macam kat tajuk atas tu kan...

Well.. memang pun... kalau ikut kajian yg pernah diadakan kat US of A, fear of public speaking mengatasi dari fear of death! How about thattt!

Tapi, whether we like it or not... kebolehan berucap dengan baik antara skil yg penting baik masa jadi pelajar atau pun bila dah bekerja.

From my own experience... once kita dah keje.. pointer masa study dulu dah tade makna dah...seriously! in fact.. masa interview pun kalau kita dpt 4 flat pun tapi bila orang tanya kita tak reti nak bercakap... habisss.....

From my observation... mostly pekerja yg bagus biasanya bijak dalam berkomunikasi, bila pandai berkomunikasi of course jadikan kita disukai ramai.. bila org suka kita... keje kita pun jadi senang la kan... tade lah nak stress2 kat ofis kan..

So, ni aku nak share satu buku yg aku baru habis baca.




Teori & Teknik Ucapan Berpengaruh oleh pasangan suami isteri - Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.

ok.. sebenarnyer buku ni bukan utk yg baru2 nak belajar bercakap depan org ramai.. tapi lebih kepada org yg biasa (terpaksa) bercakap depan org yg nak improve lagi skil berucap.


Contoh nyer, pekerja yg selalu ke buat presentation kat ofis2 ke.. (kpd adik2 yg study lg, jgn ingat bila dah abis blaja dah tade kena buat presentation.. alam pekerjaan pun ada gak tau..so.. takleh larii.. face your fear! kalau tak sampai bila nak hidup dalam rasa terkongkong dengan benda yg kita takut nak buat kan)


So.. malam ni aku terlebih rajin n nak share isi-isi menarik dari buku tu.. mari kita tengok apa yg buku ni cakap pasal mcm mana nak improve lagi skil public speaking kita dan mcm mana nak bagi ucapan yg dapat mempengaruhi audience.. tak semesti nya utk bagi ceramah, tapi bleh guna skil ni utk pengaruhi bos kita, rakan sekerja kita, kawan2 dengan cadangan atau idea2 yg kita ada.

kita hanya boleh mempengaruhi orang yang suka kepada kita

orang-orang yang pandai berkomunikasi adalah orang-orang yang dipandang
sebagai orang-orang yang memiliki daya tarikan tinggi
daya pengaruh adalah unsur wajib dimiliki oleh seseorang yang hendak mempengaruhi orang lain.......kuasa adalah sumber pengaruh yang paling besar (kuasa kat sini maksud nyer status dan kuasa kedudukan yg tinggi)

bahasa orang berjaya tidak sama dengan bahasa orang yang gagal, walaupun mungkin kedua-duanya bercakap bahasa Melayu
bahasa yang kita gunakan memancarkan tinggi atau rendahnya estim diri kita


Banyak lagi yg best2 yg bleh kita belajar dari buku nih.. Aku baca pun bukan sebab nak jadi penceramah ke apa ke.. just suka2 je baca..sbb bleh apply utk kita berkomunikasi ngan orang2 sekeliling kita..

of course dengan harapan dapat improve kualiti hidup kita.. insyaAllah...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


dah lama tak dengar...
berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian

Sunday, August 09, 2009

Perasan Tak, Hotel Dihias Ikut Taste Lelaki



Something interesting to share.... diambil dari http://www.shamsuddinkadir.com/



Dilema masyarakat pada hari ini adalah memilih bahan maklumat sama sama ada melalui media cetak, elektronik & internet. Pemilihan apa yang ingin dimasukkan ke dalam minda menjadi penentu sama ada kita menjadi bertambah berkualiti ataupun sebaliknya. Jika yang masuk ke dalam kepala kita adalah sampah, maka yang keluar dari kita juga sampah dan kita juga dikenali sebagai pusat sampah. Ada juga majalah yang memuatkan informasi-informasi yang bertaraf kayangan ataupun bersesuaian untuk dikhayalkan tetapi bukan untuk dinikmati. Apabila kayalan itu diterjemahkan ke dalam realiti ianya bukan sahaja mengosongkan ‘wallet’ kita ianya juga menambahkan lagi hutang yang terpaksa kita tanggung. Antara informasi berkenaan hiasan dalam rumah yang ‘over’ sebenarnya adalah antara penyebab duit kita dihabiskan bagi membeli hiasan yang bukan sahaja membuat kita semakin miskin tetapi juga membuatkan kebahagian rumahtangga tergugat. Contohnya, hiasan dalam rumah dengan bunga-bunga kering tergantung di dinding adalah berlawanan dengan citarasa lelaki iaitu suami. Ianya menambahkan lagi kadar tekanan suami. Hotel-hotel yang ada di luar sana di reka berdasarkan kepada citarasa lelaki, kerana mereka adalah kumpulan terbesar yang mendiami hotel terutama berkaitan dengan urusan bisnes. Di dalam bilik-bilik hotel tidak ada bunga-bunga yang digantung-gantung di dinding bilik, dan majoriti bilik tidak dipenuhi dengan bunga-bunga. Kain cadar untuk katil dan selimut yang ada di hotel tidak sama dengan apa yang ada di sebahagian rumah yang mengikuti gaya hidup ‘hiasan dalaman’ yang dipaparkan di dalam setengah media. Semoga semakin banyak media yang menawarkan hiasan dalaman berkonsepkan realiti dan memenuhi keperluan suami dan isteri. Jangan jadikan hotel sebagai rumah kedua suami kita, kerana tidak selesa dengan kain cadar yang beropol-ropol (Mungkin tersilap ejaannya) dan hiasan yang tidak memenuhi citarasa lelaki. Begitu juga dengan langsir, lampu-lampu hiasan. Pilih media yang memahami citarasa hidup berkeluarga dengan mengambil kira citarasa lelaki seperti apa yang disediakan di kebanyakan hotel yang mengambil kira citarasa lelaki.

Shamsuddin Kadir




Setuju? Yes, aku setuju... maksud aku setuju pasal majalah yg tak memaparkan realiti sebenar kehidupan..for me.. reading is good.. aku suka sangat membaca, tapi pasal baca majalah ni kan, ada gak negative effect nyer...

1st - bahaya kalau asyik dok belek2 majalah (deco @ fesyen) dan lama2 terpengaruh dengan gaya hidup yg dipaparkan dalam majalah tu.. memang akan membocorkan poket.. boleh baca majalah fesyen n deco utk tambahkan ilmu, tapi jgn sampai terpengaruh dan terbeli benda2 yg tak perlu beli yg ada dlm majalah tu.. sebab nyer bila kita tengok barang2 (yg tak perlu) dihias menarik dengan model cun melecun disebelah nyer ( tak kira la, perfumes ke, perabot ke, baju etc) akan menimbulkan nafsu utk memiliki barang2 tersebut, walhal kita tak perlu pun..

yang ke -2, tekanan to keep up with up others - maksud aku bila kita tgk dalam majalah tu.. org dlm majalah tu mcm happy je hidup dia sebab dia ada itu ada ini.. (padahal tak pun) so kita yg tengah bosan n tensen ngan prob sehari2 mudah terpengaruh.. terpk lah kita.. eh.. handbag LV yg berharga ribuan ringgit tu cantik bangat laahhh.. suka nyer aku kalau ada handbag tu.. happy nyer hidup aku kalau ada handbag tu kan.. haaa... see... iklan dalam majalah tu dah berjaya mess up with ur head...pastu terbeli la.. pastu kawan kita kat ofis pun tgk lah...ehh best nyer dia ada handbag LV, aku pun nak gak... tapi mahal la bag tu.. tp kawan aku tu bleh je bli..gaji dia sama je ngan aku... yg si kawan td tu pun apa lg cucuk lah suruh beli... last2 terbeli... tapi pakai gores dan menung... lepas gores dok termenung nak kena bayar kad plastik tuu.. yg kawan td pun saje cucuk sebab dia pun beli pakai hutang kredit kad gak... haha....


satu lagi.. make-up... kita nih kagum la ngan gamba2 model dalam majalah yg kulit muka sangat perfect - tegang -takde secuit noda jerawat pun... kita pun berhabis duit la bli make-up2 tu... pada hal model tu sama je kulit ngan kita... sebab gambar tu dah kena edit, kena touch up segala..so... jadilah perfect muka model tu kan...




so... note to myself... jgn mudah terpedaya, semangat kena kuat tau cik cloudy.. hehe..

Apa Yang Menarik Di Kuantan This Weekend



Orang2 Kuantan, weekend nih jom g EC Mall... ada ekspo nih..




best gak g.. ada mcm2 booth.. Intan's Oven pun ada, leh makan cookies free... hiks..

lepas puas makan cookies free.. kita g Megamall plak..





sebab ada PIKOM!



tapi jgn lupa pakai mask yek

Friday, August 07, 2009

Lalling...



....ok tak dress nih? U Suka tak?

Thursday, August 06, 2009

Upin & Ipin

Disney minat pasarkan animasi Upin & Ipin

Les' Copaque Production Sdn Bhd kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan saluran Disney yang bakal menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea.Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata syarikatnya dalam proses akhir pemeteraian perjanjian selepas Disney berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi Upin dan Ipin."Disney bersetuju untuk menayangkan Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi memasarkannya di negara Eropah melalui pasaran mereka," katanya.Katanya, siri animasi 3D 42 episod kesukaan ramai itu dijangka mula ditayangkan Disember ini manakala Geng: Pengembaraan Bermula pula akan mula ditayangkan tahun depan di negara terbabit.
wahhh.. bangga nyer... best nyer kannn

Menu Pelik

Dating lagi...huhu... indah nyer... hahahaa...




apa peliknyer jus tembikai n jus oren kan?





well.. yg bawah nih yg menu peliknya..







lupa dah nama nyer.. tapi from the name of the menu.. tak sangka plak yg datangnyer nasi putih ngan carikkan ayam ala chicken chop diletak mayonis nih... ianya datang bersama sos black pepper dan sup.... pelik kan.. hehe.. dan to top it all... tak shedapppppp... huaaa...

Sapa Punyer Kejelah Nih..



jumpe kat blog mana ntah gamba tu... pandai2 je depa nih edit yekkk

SUTASI

apa bende sutasi ek? what is sutasi?

jap2 nak google..

What is Sutasi

SUTASI is the search for new, up and coming, contemporary Asian music talent. How do we do this? We assemble a team of industry experts and hit the ground scouring high-rises, villages, islands and jungles across Asia, searching for singers, bands and songwriters that have the talent to make it big overseas!

Since the launch of Sutasi in 2007 we have auditioned thousands of acts in dozens of countries, and have come across some of the most exciting music we’ve heard in years. On top of this, we’ve discovered that these amazingly diverse musicians all have their own fascinating stories to tell… which brings together the true concept of SUTASI… a showcase of music and culture from within Asia.

Along the way we will decide who gets to experience the opportunity of a lifetime to work with an elite team of music professionals in New York and or Los Angeles. Our judges will be giving us their vote however we are also asking YOU to pick your favorite and make them the WildCard.

Wednesday, August 05, 2009

Iron Hide



Last sunday, we went to EC Mall... saje..bli barang sket n menjamu mata tgk benda2 yg tade budget lagi utk dibeli... si dia ituuu... sibuk membelek2 si Iron Hide... tak puas tgk kat Parkson.. g plak tgk kat Carrefour.... suka sangat la ngan Transformer nih kan... takpe.. layann je..

be patient ye my lalling... I'll surprise you one day... hehe... (alaa jd tak surprise la plak kan.. haha)

Tuesday, August 04, 2009

Bomb Threat!

KUANTAN:Suasana Kompleks Mahkamah Kuantan gempar dan dikosongkan hampir dua jam selepas menerima ancaman bom, pagi ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoof berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah menerima panggilan mengatakan terdaapt bom di kompleks itu kira-kira jam 9.18 pagi sebelum mengeluarkan arahaan mengosongkan bangunan.

Bagaimanapun beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada bom dijumpai, malah panggilan itu didapati palsu. - Harian Metro


Hmmmmm.. mcm2.. sapa lah yg suka nak nyusahkan orang nih.. haisshhh... mentang2 lah PM ada kat sini arinih....

Monday, August 03, 2009

JALENAS: Jalur Lebar Nasional



JALENAS? JALUR LEBAR NASIONAL?

Apo ko bondo ituuu???

That was my reaction masa g EC Mall tadi.. sebelum sampai tu ada la nampak 2,3 buntings JALENAS nih.. mula tu nampak JALEN... kicap jalen wat promosi ke.. tapi awat ada gamba PM? I asked si dia.. JALENAS? Apa JALENAS? Dia diam... tak tahu jugak laa tu...

Then, later... masuk je jln belakang EC Mall.. yg dekat Indian Town, China Town tu.. ada lagi signage JALENAS nih... uiks... apa benda nih?? Macam mana aku yg sgt up to date nih tatau? Rasa nyer everyday dah bace paper n tgk buletin utama... iskk.. takleh jadi nih... mr google to the rescue...!


......Pelan tersebut memberi fokus kepada program-program yang menghubungkan komuniti-komuniti terpilih seperti sekolah, pusat pengajian tinggi serta universiti, perpustakaan serta capaian internet secara berkelompok kepada penduduk luar bandar melalui penubuhan telecentre. Melalui program ini hampir kesemua sekolah di seluruh negara telah dapat dihubungkan dengan kemudahan internet.....

ooooo.... paham dahh... hehe... lebih kurang la kot tujuan JALENAS tu... launching nyer selasa 4 ogos nih.. so.. in few days time... we will be well informed la kot pasal JALENAS nih... (ke aku je yg tatau JALENAS nih..hehehe)


okeh.. sekian... next entry pasal ronda2 EC Mall...

Saturday, August 01, 2009

Owhh...Saturday...



Tak best lah saturday this time...

y? hmmm... tanyalah empunyer tangan yg dlm gamba tu...

tapi lepak sini (referring to the gambar la) sangat best.. tepi laut.. angin mendayu-dayu... ehh betul ker mendayu?

JJCM: Warung Atas Bukit Dalam Hutan

Previous entry pasal hujung minggu... entry ni plak.. masuk ujung minggu lain dah...

anyway...

Hari minggu tiba lagi... masa utk bersantai bersama si dia... yesszz..

so lalling... where do u wanna take me for lunch today??

waduuhh... kemain lagi yekk... alaa.. dialog lakonan semata2 la tu.. hehe




uihss u bawak i masuk hutan mana nih... iskk nerves lak..hehe..

actually... nih la otw nk g lunch..so..we decided to have our lunch kat..........




serious mcm dalam hutan kan... tapi memang dalam hutan pun.. atas bukit plak tu..


haaa.. nih la tempat nyer...




kat Bay Route... kat mana? kat Bay Route lah.... kui kui..



nih je gamba makanan aku sempat snap.. pastu ngap2 lupa dah nak amik gamba.. macam2 lauk pauk kampung ada.. yg paling best ikan keli bakar.. yummeeehh sangat2!!