nuffnang

Sunday, August 09, 2009

Perasan Tak, Hotel Dihias Ikut Taste Lelaki



Something interesting to share.... diambil dari http://www.shamsuddinkadir.com/



Dilema masyarakat pada hari ini adalah memilih bahan maklumat sama sama ada melalui media cetak, elektronik & internet. Pemilihan apa yang ingin dimasukkan ke dalam minda menjadi penentu sama ada kita menjadi bertambah berkualiti ataupun sebaliknya. Jika yang masuk ke dalam kepala kita adalah sampah, maka yang keluar dari kita juga sampah dan kita juga dikenali sebagai pusat sampah. Ada juga majalah yang memuatkan informasi-informasi yang bertaraf kayangan ataupun bersesuaian untuk dikhayalkan tetapi bukan untuk dinikmati. Apabila kayalan itu diterjemahkan ke dalam realiti ianya bukan sahaja mengosongkan ‘wallet’ kita ianya juga menambahkan lagi hutang yang terpaksa kita tanggung. Antara informasi berkenaan hiasan dalam rumah yang ‘over’ sebenarnya adalah antara penyebab duit kita dihabiskan bagi membeli hiasan yang bukan sahaja membuat kita semakin miskin tetapi juga membuatkan kebahagian rumahtangga tergugat. Contohnya, hiasan dalam rumah dengan bunga-bunga kering tergantung di dinding adalah berlawanan dengan citarasa lelaki iaitu suami. Ianya menambahkan lagi kadar tekanan suami. Hotel-hotel yang ada di luar sana di reka berdasarkan kepada citarasa lelaki, kerana mereka adalah kumpulan terbesar yang mendiami hotel terutama berkaitan dengan urusan bisnes. Di dalam bilik-bilik hotel tidak ada bunga-bunga yang digantung-gantung di dinding bilik, dan majoriti bilik tidak dipenuhi dengan bunga-bunga. Kain cadar untuk katil dan selimut yang ada di hotel tidak sama dengan apa yang ada di sebahagian rumah yang mengikuti gaya hidup ‘hiasan dalaman’ yang dipaparkan di dalam setengah media. Semoga semakin banyak media yang menawarkan hiasan dalaman berkonsepkan realiti dan memenuhi keperluan suami dan isteri. Jangan jadikan hotel sebagai rumah kedua suami kita, kerana tidak selesa dengan kain cadar yang beropol-ropol (Mungkin tersilap ejaannya) dan hiasan yang tidak memenuhi citarasa lelaki. Begitu juga dengan langsir, lampu-lampu hiasan. Pilih media yang memahami citarasa hidup berkeluarga dengan mengambil kira citarasa lelaki seperti apa yang disediakan di kebanyakan hotel yang mengambil kira citarasa lelaki.

Shamsuddin Kadir




Setuju? Yes, aku setuju... maksud aku setuju pasal majalah yg tak memaparkan realiti sebenar kehidupan..for me.. reading is good.. aku suka sangat membaca, tapi pasal baca majalah ni kan, ada gak negative effect nyer...

1st - bahaya kalau asyik dok belek2 majalah (deco @ fesyen) dan lama2 terpengaruh dengan gaya hidup yg dipaparkan dalam majalah tu.. memang akan membocorkan poket.. boleh baca majalah fesyen n deco utk tambahkan ilmu, tapi jgn sampai terpengaruh dan terbeli benda2 yg tak perlu beli yg ada dlm majalah tu.. sebab nyer bila kita tengok barang2 (yg tak perlu) dihias menarik dengan model cun melecun disebelah nyer ( tak kira la, perfumes ke, perabot ke, baju etc) akan menimbulkan nafsu utk memiliki barang2 tersebut, walhal kita tak perlu pun..

yang ke -2, tekanan to keep up with up others - maksud aku bila kita tgk dalam majalah tu.. org dlm majalah tu mcm happy je hidup dia sebab dia ada itu ada ini.. (padahal tak pun) so kita yg tengah bosan n tensen ngan prob sehari2 mudah terpengaruh.. terpk lah kita.. eh.. handbag LV yg berharga ribuan ringgit tu cantik bangat laahhh.. suka nyer aku kalau ada handbag tu.. happy nyer hidup aku kalau ada handbag tu kan.. haaa... see... iklan dalam majalah tu dah berjaya mess up with ur head...pastu terbeli la.. pastu kawan kita kat ofis pun tgk lah...ehh best nyer dia ada handbag LV, aku pun nak gak... tapi mahal la bag tu.. tp kawan aku tu bleh je bli..gaji dia sama je ngan aku... yg si kawan td tu pun apa lg cucuk lah suruh beli... last2 terbeli... tapi pakai gores dan menung... lepas gores dok termenung nak kena bayar kad plastik tuu.. yg kawan td pun saje cucuk sebab dia pun beli pakai hutang kredit kad gak... haha....


satu lagi.. make-up... kita nih kagum la ngan gamba2 model dalam majalah yg kulit muka sangat perfect - tegang -takde secuit noda jerawat pun... kita pun berhabis duit la bli make-up2 tu... pada hal model tu sama je kulit ngan kita... sebab gambar tu dah kena edit, kena touch up segala..so... jadilah perfect muka model tu kan...




so... note to myself... jgn mudah terpedaya, semangat kena kuat tau cik cloudy.. hehe..

No comments: