nuffnang

Monday, November 30, 2009

Friday, November 27, 2009

Puas Hati Tak Dgn Ending Nur Kasih

Haa... apa mcm korang? Puas hati tak dengan ending Nur Kasih tadi? Sangat simbolik lah last scene tu kan... Adam pakai baju hitam , Aidil n bapak dia putih... Adam pakai baju hitam sebab dosa2 silam dia...

Nur Kasih Akhir

Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik... malam nih takleh g beraya lah jawabnyer.. sebab nak tgk Nur Kasih episod akhir... plan aku n family nak g berjalan2 mlm nih pun dah kena re-schedule.. we need to plan our jalan2 around that famous tv program...

Tapi, aku dah tau ending nyer... don't worry, korang yg dok setia tgk Nur kasih nih for sure akan berpuas hati dengan ending nyer... hehehe...


Thursday, November 26, 2009

Semalam Di Kuala Lumpur



I went to KL yesterday for a meeting.

KL was chaotic as usual.

Wednesday, November 25, 2009

Perodua Alza

Perodua Alza

Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan model Myvi dan Viva?




AWAL tahun ini, saya berkesempatan ke Jepun membuat liputan Tokyo Auto Salon 2009. Bagi sebuah negara yang memiliki industri automotif terbesar dunia, pengeluar kereta daripada pelbagai segmen, model baru yang hampir saban minggu memasuki pasaran, Jepun memiliki landskap automotif yang unik.

Saya percaya, jika anda sekadar rakyat biasa, adalah mustahil untuk megenali setiap model yang terdapat di Jepun. Daripada model K-Car yang banyak macam basikal, MPV ibarat Yamaha LC dengan bermacam-macam varian.

Pameran Tokyo Auto Salon itu juga menjadi tumpuan penala (tuner) aftermarket untuk mempersembahkan produk yang bakal memasuki pasaran. Saya tidak akan bercerita mengenai industri aftermarket di sana, cuma saya tertarik di satu sudut tapak pameran terdapat beberapa buah model Passo Sette talaan khas, Modellista dan Admiration.

MPV Perodua

Ketika itu juga, Malaysia sedang hangat dengan desas-desus bahawa Perodua bakal memperkenalkan MPV pada 2009. Secara jujurnya, saya tidak langsung menjangka bahawa Perodua akan mengambil Passo Sette/Boon Luminas sebagai asas kerana logiknya, Daihatsu Luxio ialah calon paling sesuai.

Daihatsu Luxio ialah projek luar Jepun yang berjaya, sama seperti Gran Max yang amat popular di Indonesia. Ia seperti masyhurnya dengan Toyota Lite Ace. Cuma vanmini itu lebih kecil. Namun jika melihat kepada poliferasi dan strategi Toyota-Daihatsu di Asia dan Malaysia khususnya, model Luxio adalah yang paling hampir sifatnya. Lihat sahaja segmentasi mini dan midi MPV yang dikuasai Avanza dan Innova. Tiada Estima, Ipsum atau Isis sekalipun.


ENJIN bersesaran 1.5 liter ini juga agak menjimatkan.


Apabila khabar angin tentang Perodua MPV D46T bertiup kencang, gambar spyshot mula kelihatan di laman web, saya kembali mencari dalam cakera keras gambar yang dirakam. Ya. Ia kereta yang sama disaksikan awal tahun ini. Passo Sette dan Boon Luminas yang telah pun saya tulis dalam artikel dua bulan yang lalu. Perodua secara rasminya telah melancarkan Alza, model MPV 'tempatan' kedua selepas Proton Exora.

Ia dijual pada harga bermula RM56,000 hingga RM64,000 untuk varian standard dan premium. Sama dengan strategi sebelum ini, Perodua turut menawarkan varian advance pada harga RM67,000 hingga RM70,000. Ia merupakan versi pakej penuh bersama badan, sistem navigasi GPS dengan kamera undur, tinted dan tempat duduk kulit.

Terlalu banyak pilihan

Perodua memang bijak mencari peluang. Kini ia menguasai pasaran kenderaan penumpang menerusi hanya dua model, Myvi dan Viva. Mungkin pelik, tetapi itulah ajaibnya tentang Perodua, mereka berjaya mengisi kekosongan dengan hanya dua model yang menguasai senarai jualan setiap bulan.

Jika mengambil kira persaingan terus Perodua dengan Proton, jualan Myvi dan Viva setiap bulan sentiasa mendahului angka jualan gabungan model Saga, Persona, Exora, Waja dan Satria Neo.


TUIL gear yang diletakkan pada konsol tengah membuatkan papan pemuka Alza nampak kemas.


Terlalu banyak pilihan kepada pengguna juga tidak bagus. Perodua belajar tentang pasaran dengan berhati-hati. Kalau kemampuan yang menjadi ukuran, mereka mampu memperkenalkan dua atau tiga model setiap tahun. Namun realitinya, banyak jenis kereta dalam satu segmen, tidak bagus untuk jumlah pembeli yang terhad.

Lihat sahaja Proton, mereka ada model yang saling bersaing sesama sendiri. Strategi pasarannya membingungkan, malah pelan mereka kadangkala bercanggah dengan kehendak pasaran.

Mereka ada Saga dan Savvy untuk pembeli kereta kecil. Model Persona, Gen2 dan Waja untuk pembeli kereta sedan. Segmentasi Proton memang tunggang-langgang. Pada satu ketika, mereka memperkenalkan Waja sebagai membuktikan mereka pembuat kereta yang bebas. Kemudian, muncul pula Gen2 dan tidak lama selepas itu Persona.

Apabila jualan Gen2 jatuh, mereka ubahsuai Gen2 sebagai model sporty. Bukankah sporty itu pasaran Satria Neo? Kemudian Savvy dengan reka bentuk yang saya percaya tidak ramai rakyat Malaysia boleh menerima rekaan keterlaluan sebegitu.


RUANG penyimpanan barang untuk kegunaan semua.


Lebih memeranjatkan, mereka sekali lagi bergabung dengan Renault. Sedangkan Tiara sudah membuktikan prestasinya. Tidak lama kemudian, Saga dilancarkan. Walaupun ia laris bak goreng pisang panas, saya percaya sehingga ke hari ini, pelaburan Savvy belum pun balik modal.

Pasaran kerap kali bergantung kepada permintaan. Dalam hal ini saya terpaksa mengakui bahawa Perodua sentiasa berjaya mencari formula yang terbaik. Alza dikatakan memenuhi pasaran semasa buat pembeli yang mahukan sebuah MPV kecil. Ia boleh bersifat MPV ataupun sebuah kereta (station wagon lagi sesuai rasanya).

Kajian mendalam

Mereka telah membuat kajian bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tempat duduk barisan ketiga dalam MPV. Kehendak pasaran juga mahukan sebuah MPV yang sporty yang mampu mereka miliki.

Mampu dimiliki? Ia mungkin Avanza, sporty? Sudah tentu Alza. Kuasa? Tiada MPV yang berkuasa dalam kelas ini, baik Avanza, Exora atau Grand Livina. Jika anda mahukan kuasa, beli sahaja Swift Sport, MPV bukan dicipta untuk menjadi juara di lampu isyarat.


TEMPAT duduk pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya.


Kajian pasaran dilakukan dengan serius. Perodua benar-benar bertuah kerana telah memperoleh pengalaman luas Toyota dalam mengenali pasaran. Kajian yang dilakukan di Malaysia, jelas bahawa profil keluarga Malaysia telah berubah sejak sedekad lalu. Purata bilangan ahli keluarga berkurangan daripada enam kepada empat orang.

Malah golongan itu melihat MPV tidak hanya perlu ada ruang luas, mereka lebih mementingkan faktor sporty, penjimatan bahan api dan harga yang mampu dimiliki. Ringkasnya, mereka mahukan sesuatu seperti Toyota Wish dan Honda Stream pada harga yang mampu dibeli.

Alza penuhi citarasa

Perodua menyasarkan jualan sebanyak 3,500 hingga 4,000 unit Alza sebulan. Mereka juga optimis bahawa pasaran MPV akan berkembang mencecah 30 peratus pada tahun hadapan.

Angka tersebut mungkin nampak tidak realistik. Namun sejarah telah membuktikan bahawa ketika awal pengenalan Avanza, TIV (Total Industry Volume) untuk MPV pernah mencecah 21 peratus. Angka itu bersandarkan kepada kajian dalaman yang telah mereka lakukan. Jika Avanza yang dibina berasaskan kerangka trak (ladder frame) itu laris, sudah tentu badan monocoque Alza akan lakukannya dengan lebih baik.


RUANG kabin yang cukup selesa untuk membawa seluruh ahli keluarga.


Ketika Myvi diperkenalkan juga ramai yang tidak mempedulikannya, sehinggalah ia menguasai pasaran hampir setiap bulan dari hari pertama ia dilancarkan. Saya pernah meramal model itu bakal meletup di pasaran. Asasnya ketika itu, jika orang boleh membeli Hyundai Getz, Chevrolet Aveo dan Suzuki Swift sudah tentu Myvi mempunyai banyak kelebihan dari segi harga. Ia paling murah, sesuatu yang sukar anda ketepikan.

Kalau anda biasa meninjau di laman web dan blog automotif tempatan, kereta seperti Viva menerima pelbagai kritikan dan tohmahan. Tetapi hakikat yang tidak dapat diubah, kereta itu nombor dua larisnya di Malaysia.

Ia ada pakej sebuah kereta pemanduan bandar yang diperlukan oleh anak muda yang baru mula bekerja, suri rumah dan pelajar kolej. Realitinya, segmentasi pasarannya tepat, harganya munasabah untuk kereta yang berstatus tempatan.

Perodua diyakini kualiti binaannya. Kereta Perodua jarang sekali menimbulkan masalah kepada pemiliknya. Alat gantinya murah dan mudah didapati, teknologinya asas.




Walaupun pengendaliannya menyakitkan hati, tetapi berapa ramai pembeli yang kisah? Pembeli pentingkan sesuatu yang bernilai untuk dibayar. Mereka tidak kisah pun tentang rating keselamatan yang tinggi atau pengendalian terlalu bagus. Apa lebih penting, kereta yang ekonomikal dan mempunyai nilai jualan balik yang tinggi.

Alza memenuhi citarasa keluarga kecil dan anak muda yang ingin bergaya. Bukan saya yang kata, tetapi ia berdasarkan data daripada kajian pasaran.




Alza sebenarnya tidak sesuai digelar MPV. Perodua sendiri menyedari hakikat itu dengan meletakkan tagline 'Car One Moment, MPV The Next'. Kenderaan itu adalah transisi antara sebuah kereta, station wagon kepada MPV.

Jika anda mengharapkan tujuh dewasa dengan bagasi dan keselesaan, Alza bukan pilihan yang tepat. Namun jika anda mahukan kereta yang boleh mengangkut perkakasan dari Ikea, membawa kawan atau keluarga bersantai di hujung minggu, Alza mungkin calon terbaik

Tuesday, November 24, 2009

Nasi Lemak Zaman

Sapa dok Kuantan sure tau Restoran Zaman yg famous dengan Nasi Lemak n few other breakfast meals.... Tetiba plak pagi nih teringat Nasi Lemak Zaman, seriously tengah lapar nih.. masuk je ofis rasa lapar sangat.. adoooii... ni sure sebab malam tadi kenyang sangat makan nasi.. pagi2 dah lapar.. perasan tak.. kalau kita had heavy dinner the nite before, pagi esok nyer sure lapar giler.. kalau tak dinner takde lah lapar sangat... org lain mcm tu ke? ke aku je? hehe...



iskk..apsal takleh nak upload gambar nih

Monday, November 23, 2009

Oh Nuffnang Mana Glitterati kuu...

Aku perhatikan.. ada jenis orang yg suka letak status kat YM atau FB yg saje-saje mengundang persoalan... contohnyer... "Biarlah dia pergi..." , "Kusangka panas hingga ke petang" status yg bila kita tanya kenapa? apa citer? apa jadi? Tak nak pulak cakap... tapi dah letak status mcm tu buat apaaaa.. saje nak suruh orang tanya n tak nak jawab... haiyaaa... lain kali takmo tanya dah laa..

------------------------------------------


Owhhh.. by the way, pasal previous entry.... hahaa... tadi tengok kat nuffnang dah ada dah keyword "gambar bogel" yg sampai ke blog nih... haishhh... sorry ye kepada readers yg sampai ke sini thru keyword tuuu... sini tade orang bogel... hehe... cuma yg ada blog yg agak togel jekss...


------------------------------------------

Apsal nuffnang aku tak glitterati lama dah nih... iskkk.. pelik tull... traffic punyer lah lagi byk dari dulu... iklan nuffnang je pun aku letak kat blog... tade letak iklan dan agency lain pon...


Gambar Perodua Alza

Perodua Alza launched
Posted by: Anthony Lim

Read the full story here: The rise of a MPV

Perodua has introduced its newest offering, the Alza, into the market. The little MPV, which wears the catchphrase “car one moment, MPV the next,” was launched earlier this evening by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, at the KL Convention Centre.


The seven-seater is based largely on the Toyota Passo Sette (and Daihatsu Boon Luminas), though the Alza is somewhat longer than the latter, about 50mm more. The vehicle, which weighs in at 1,120-1,150kg, depending on variant, does share some commonality with the Myvi, less than 30% in terms of componentry. Primarily, the largest single area is with the front end of the cabin platform, but this has of course seen a fair amount of adaptation come about for the new vehicle. Elsewhere, it’s all new.

A 1.5l twin-cam pot powers the Alza (the name is derived from a Spanish word meaning “rise”), and the 3SZ-VE puts out 103bhp at 6,000rpm and 136Nm at 4,400rpm of torque. Both five-speed manual and four-speed auto transmissions are available, and at point of launch four variant types will go on sale.

Features include items like steering wheel audio control switches (on the premium version), a four-speaker, CD/MP3/WMA audio system with Bluetooth capability (again, on the premium version only), power windows for all four doors, tilt adjustable steering wheel, a centre mounted meter panel, a foot pedal parking brake, and for the auto version, a gear shifter located on the instrument panel.


There’s plenty to like in the car, especially inside. Granted, the two-tone plastics in the interior still look a little hard to the sight, but the presentation is clean. The 2,520 x 1,415 x 1,310mm (l/w/h) cabin is decently spacious, and the second row seats have separate sliding mechanisms, which allow the seats to be adjusted 150mm. The third row seat is a fold bench, and in all, there’s no shortage of seating arrangements and options.

Six colours are available, and these are Ivory White, the only solid colour in the shade line-up, Glittering Silver, Ebony Black, Medallion Grey, as well as a Pearl White special metallic and a new shade called Classy Purple, which is available only for the Premium variants.

At its current entry point, four variants of the Alza will go on sale, these being the Standard manual (SX) and auto (EZ) and Premium manual (SXi) and auto (EZi). The SX goes for RM55,490 (solid), RM55,990 (metallic) and RM56,190 (special metallic), while the EZ goes for RM58,490 (solid), RM58,990 (metallic) and RM59,190 (special metallic).

As for the SXi, the pricing is RM60,490 (solid), RM60,990 (metallic) and RM61,190 (special metallic), and the EZi is priced at RM63,490 (solid), RM63,990 (metallic) and RM64,190 (special metallic). All these prices are on-the-road, with insurance.

In the first quarter next year, a sportier variant, the Advanced Version, in both manual and auto form, will go on sale. This one will come with a full bodykit made up of front, rear and side skirts as well as a rear spoiler, leather seats, windscreen-mounted 5-inch GPS unit and a 150-degree wide angle reverse camera and special tint film.


This one will be available in three colours, namely Classy Purple, Ebony Black and Ivory White, and pricing for the Advanced Version is RM66,490 (solid) and RM66,990 (metallic) for the manual, while the auto version goes for RM69,490 (solid) and RM69,990 (metallic).

Perodua is hoping to sell about 3,500-4,000 units a month of the Alza, targeted at young families and singles looking to own a ‘big car,’ and given the product’s features and price scope, that target should be easily met.


Perodua Alza



sumber gambar di amik dari sini


Perodua Alza MPV goes on sale Tuesday
By LESTER KONG

KUALA LUMPUR: The newly launched 1.5litre Perodua Alza MPV goes on sale Tuesday.

The prices range between RM56,000 to RM64,000 per unit for the standard model and between RM67,000 and RM70,000 for the advanced version.

Alza, which means “to rise” in Spanish, rose to the occasion when it was launched with the tagline “Versatile As You” at a ceremony that saw about 900 industry players, Perodua staff, local and foreign journalists and car enthusiasts.

It has already seen 3,500 bookings in ten days.

It was learnt that waiting periods for delivery to buyers of the Alza could be as short as ten days or within three months.

The 1.5-litre engine Alza comes in six variants - two standards and two premiums with either 4-speed automatic or 5-speed manual transmissions.

Two more advanced versions will go on sale from March next year with complete bodykit, GPS with reverse camera, tinted windows and leather seats.

The seven-seater comes standard with projector headlamps, LED taillights, centre-mounted meter panels and a second row seat with a 150mm sliding room on rails.

Its audio system accommodates CD, MP3 and WMA formats with a USB portand Bluetooth connectivity thrown in for the premium versions.

The premium versions also feature for the first time in Peroduavehicles switches for the audio system such as volume control andradio channel dial.

The meter panel’s multi-info display also shows average fuel consumption and maximum travelling range at the current fuel level.

Aimed at young families and single urban males and females, the Alza also debuted with a new colour, Classy Purple along with Ebony Black, Ivory White, Pearl White, Medallion Grey, and Glittering Silver.

Perodua managing director Datuk Hafiz Syed Abu Bakar said the best selling national car maker targeted to sell between 3,500 and 4,000 units of the new MPV monthly.

He added that the Alza was all about giving passengers the space they needed with the handling that feels like one is driving a car.

“It’s all about how you use space. All about being versatile and stylish and keeping it affordable to own and maintain.

“With the introduction of the Alza, Perodua aims to maintain its pole position in 2010 in terms of sales with a target of 176,000, the highest ever for Perodua,” he told reporters before the launch.

It was launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at the Kuala Lumpur Convention Centre Monday.

Regarded as the “most Malaysian” Perodua to date, Perodua chairman TanSri Asmat Kamaludin said the MPV was developed with nearly 90 percent locally made components.

It was developed over two years by Perodua with about RM300mil in investment.

The bestselling MyVi was developed with RM280mil in 2005 and RM240mil for the Viva launched in 2007.

“The Alza represents the maturity of Malaysian automotive vendors in producing high end parts.

“Overall, we have 100 vendors on the Alza project, of which 94 are local companies,” Asmat said.

Sunday, November 22, 2009

Orang di Kuantan dan Kota Bharu suka cari "bogel", "gambar bogel",Melayu bogel,seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

5,6 kali gak pk bleh tak wat tajuk tuu... huhuuuu...

tadi tgk blog nih:
http://www.mohdhafizuddin.com/

ada entry pasal kata carian yang hangitt nih...

tapi ni artikel lama punyer tau... tapi worth knowing lah..


Pengguna internet Pantai Timur gemar cari bahan seks

Oleh SALHAN K. AHMAD
source: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/12/8/TERKINI/Mutakhir/Pengguna_internet_Pantai_Timur_gemar_cari_bahan_seks&sec=mstar_berita

PETALING JAYA: Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.

Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi).

Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan.

Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."

Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.

Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.

"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.

Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.

Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.

"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.

Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.

Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.

Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.

"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan.

"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."

Jerat Internet

Jerat Internet
Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my


PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.

PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.

Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.


Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya.

Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga Oktober pada tahun lalu.

"Ia satu angka yang serius dan mungkin lebih banyak kerana insiden yang kami ada berdasarkan laporan dibuat.

"Cuba bayangkan insiden yang tidak dilaporkan, ia mungkin lebih banyak daripada kaca mata kita," katanya.

Husin berkata, perkataan insiden digunakan organisasinya kerana laporan yang diterima daripada orang awam mungkin boleh dijadikan kes atau tidak bergantung kepada masalah online dihadapi pengguna.

"Masalah keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi pengguna yang mengakses Internet," katanya.

Malaysia akan bersama dunia pada 30 November ini bagi menyambut Hari Keselamatan Komputer, menunjukkan isu keamanan suasana perkomputeran perlu dititikberatkan dalam usaha memberikan kehidupan bahagia tanpa ancaman siber.

"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya.

Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman.

"Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.

Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.

"Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.

Tambahnya,ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem.

Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu.

Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Adli Abd Wahid, memaklumkan hampir 151 kes membabitkan gangguan di Internet dilaporkan kepada pasukannya.

"Insiden tertinggi dilaporkan pada Februari lalu dengan 23 laporan manakala Julai mencatatkan angka kedua tertinggi iaitu 22 laporan," katanya.

Beliau berkata, setiap insiden boleh disusuli dengan laporan polis memandangkan organisasinya tidak bertanggungjawab sebagai penguat kuasa.

"Gangguan di Internet boleh tergolong dalam kategori 'cyberstalking' atau 'penghendap siber'," kata Adli.

Penghendap siber didefinisikan sebagai penggunaan Internet atau saluran elektronik lain untuk menghendap orang lain dengan tujuan jahat sama ada sebagai individu atau organisasi.

Kelakuan ini termasuk tuduhan palsu, memfitnah, mengancam, mengeksploitasi seks, menyalahguna e-mel orang lain, mencuri identiti dan mengumpul maklumat orang lain yang bertujuan mengganggu individu terbabit.

Adli berkata, terdapat insiden dilaporkan menunjukkan e-mel mangsa diconteng pada dinding tandas yang mengatakan mangsa ingin menawarkan perkhidmatan seks.

"Pada kebiasaannya, pemangsa adalah individu mengenali mangsa seperti bekas teman lelaki atau suami yang mahu membalas dendam," katanya.

Beliau berkata, pasangan kekasih atau suami isteri mengetahui data lengkap pasangan masing-masing dan membalas dendam dengan membocorkan maklumat peribadi sebaik mereka berpisah.

Dalam pada itu, Husin menambah, terdapat mangsa yang berada dalam keadaan trauma apabila identitinya dicuri dan didaftarkan sebagai pengguna palsu di laman web sosial selepas dia memutuskan hubungan.

"Maklumat mangsa didaftarkan ke akaun MySpace dengan menyatakan mangsa berminat untuk menawarkan khidmat seks," katanya.

Tidak beberapa lama dulu, berlaku kes sama yang dihadapi pelakon terkenal tanah air, Haliza Misbun apabila identitinya dimuatkan dalam akaun Facebook.

Nama baik Haliza, 36, tercemar dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dirinya, sekali gus, 'melayan mesra' peminat pelakon itu yang mendaftar masuk dalam senarai kenalan.

Haliza membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 11 September lalu dan Balai Polis Bukit Indah, Ampang, Selangor (12 September).

Selain itu, pelakon terbabit turut menghantar kedua-dua salinan aduannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya untuk tindakan susulan.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Haliza memaklumkan dia malu dan kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menipu peminat dengan menyamar sebagai dirinya di Facebook dan dianggap mencemarkan imejnya.

Baru-baru ini, terdapat laporan di San Francisco, Amerika Syarikat yang melaporkan lima pengguna Facebook menyaman rangkaian sosial Internet itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam laman web.

Tindakan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California menuduh Facebook menjadi 'lombong' data dan tidak menunaikan janji untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan ke dalam profil.

Saman itu menuntut bayaran ganti rugi, namun Facebook menolak saman itu dengan mendakwa ia tidak berasas.

Antara plaintif ialah seorang wanita yang menyertai Facebook pada fasa awalnya ketika keanggotaannya dihadkan kepada pelajar kolej.

Facebook dituduh mengkhianati wanita itu dengan menjadikan laman berkenaan rangkaian sosial terbuka yang hingga kini dianggotai 250 juta orang di seluruh dunia.

Laman web itu satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua menerusi platform Internet.

Pengguna boleh meluahkan perasaan atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar.

Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat satu ketika dulu.

Kebimbangan mengenai keselamatan data mungkin timbul jika ada pengguna Facebook yang menyalahgunakan maklumat atau profil seseorang untuk tujuan tertentu dengan menjual maklumat itu kepada syarikat tertentu kerana dalam banyak keadaan, tidak ada sistem yang dijamin selamat.

Maklumat peribadi yang disimpan dalam laman sosial boleh digunakan sesiapa saja untuk menghantar virus atau spam menerusi e-mel kerana menerusi Internet, seseorang itu boleh menjadi sesiapa saja tanpa perlu menyalurkan maklumat sebenar.

Pengguna sendiri perlu menjadi penapis kepada semua maklumat yang mahu disiarkan.

Kalau dilihat senario semasa, tidak semua pengguna laman sembang mahu mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa menggunakan nama samaran yang bertujuan untuk berseronok semata-mata.

Menyentuh mengenai tindakan jika menjadi mangsa di laman web sosial, Husin berkata, pengguna boleh melaporkan kepada organisasinya kerana agensi terbabit lebih dikenali kerana di bawah pengawasan kerajaan.

"Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat, bolehlah merujuk kepada kami menerusi perkhidmatan Cyber999," katanya.

Tambahnya, jika mangsa melaporkan mengenai insiden mereka terus kepada pengurusan laman web sosial, ia mungkin sukar dipercayai namun jika menggunakan khidmat Cyber999 mungkin dapat mengukuhkan laporan terbabit.

Justeru, pengguna perlu bijak memelihara data peribadi agar nasi tidak menjadi bubur pada kemudian hari yang memberi kesan negatif kepada kehidupan.

Saturday, November 21, 2009

Babi Dalam Kehidupan Seharian Kita





sorry lah kali nih tempek gambar yg sangat tak best... tapi demi utk pengetahuan bersamakan...

Kita dok Malaysia ni selalu ambil mudah bab2 beli barang makanan dan juga barang make-up, toiletries etc.. kadang2 tu sebab barang tu memang sejak kecik kita guna n tengok orang2 lain sekeliling kita guna sampai kita tak pernah nak amik kisah ada tanda halal ke tak...

so, utk ingatan aku gak, mulai dari hari nih.. bila beli barang tu kena tgk lah tanda halal ada ke tak, if ada tgk plak tanda halal yg logo JAKIM ke sekadar tulis perkataan halal dalam jawi je...

bab2 barang make-up n toiletriess lagi la kan... aku skang ni syampu n ubat gigi etc, pakai produk local je, safi ke zaitun ke sebab rasa lagi yakin. At the same time kita support local products kan..

Friday, November 20, 2009

Pasal Bank Islam Kuantan

Remember my post - tensionnyer servis Bank Islam few months back? Well.. during that visit aku nak tukar kad ATM aku yg takleh guna tu kan, tp the lady there cakap kena bayar RM8, aku bengang n decided tak perlulah bukan salah aku sampai nak tukar n kena bayar lagi pun aku bukan nyer nak guna kad / akaun tu... tapi since aku bakal guna akaun tu nanti, nak tak nak kena gak tukar kad tu... but this time around... I got lucky... dapat balik berurusan dengan mamat yg dulu tu.. yg masa buat kad tu.. yg best nyer aku dapat tukar kad tu without paying any single cent! Nasib baik aku decided tak nak tukar n bayar masa aku g for the second time tu..

Aku harap sangat ada kaum kerabat org Bank Islam Kuantan baca entry nih... aku dah terpikir dah nak isi borang komplen tapi mengenangkan nak cepat... tak jadi lah... so.. if before aku nyer experience ngan staf2 Bank Islam nih tak memberangsangkan... but this time ada this one guy yg baik budi pekerti sangat... sangat la sesuai dia tu keje deal2 ngan customer nih... aku terpikir nak isi borang komplen tu bukan nak komplen tapi nak bagi pujian kat mamat tu.. aku dok intai2 gak nama dia.. tapi dia tak pakai tag la plak... orang nyer in his forties la.. bermisai... lelaki2 lain yg deal ngan aku tadi..sorang lelaki yg mcm muda sangat lagi... mcm baru keje, tadi dia dok kaunter 7, pastu sorang lg mamat yg deal ngan aku masa buat kad yg takleh digunakan tu pakai kopiah, muka ala-ala Ustaz Asri gitu... so.. mamat2 dua orang nih.. yg muda n berkopiah nih.. sangat la tak customer friendly, straight je wat keje, muka ketat je gituuu... yg mamat misai tu best sebab he treated us dengan mesra n care to look into our faces (ada sorang lagi customer sama ngan aku tadi)

owhhh by the way, aku g Bank Islam Kuantan yg dekat Masjid Negeri tadi..sebab skang ni kat ECM , kat Putra Square pun ada satu lagi Bank Islam just next to RHB.

ok sekian laporan customer service arinih...

KAPAK Kereta





hahahahahaaa... kat mana ni ek?

Thursday, November 19, 2009

Tengok Tak Bersamamu Malam Tadi

Sedih wehhh tgk Bersamamu kat TV3 malam tadi (well.. memang tak pernah tak sedih pun kan kalau tgk Bersamamu). Actually, lama dah aku tak tengok program Bersamamu tu, malam tadi lepas tengok Oprah terclick channel TV3, so tengok la jap keperitan hidup satu keluarga yg sangat miskin. Rumah sangat daif... bukan rumah dia sendiri pun, bukan rumah sewa pun tapi family tu dok menumpang je kat rumah yg diberikan oleh sorang makcik yg kesian tengok family tu susah. Sungguh muliakan hati makcik tu.

Meleleh airmata kuuu... kita biasa dah dengar kata-kata... kalau kita rasa hidup kita susah, ramai lagi yg hidup susah dari kita... pernah kan dengar kata-kata tu.. well bila tgk program tu semalam that phrase gives me a new meaning... rasa terbukak mata sekejap.. kita selalu tensen dengan keje kita, rasa susah sangat bila apa yg terjadi tak seperti apa yg kita nak (nak g tengok wayang tapi kena keje plak) tensenbila kite rasa tade baju nak pakai g keje (walhal 2 almari penuh dgn baju - tak campur dgn yg tak lipat lagi dalam bakul) tapi kita lupa kesusahan yg kita lalui tu sebenarnye tak sampai tahap susah pun bila dibandingkan dengan orang-orang miskin yg duit nak makan pun tak cukup...

so... pesanan buat diri sendiri... the next time things don't go the way I intended it to be... jangan tensen2, there are thousands more things that we should be thankful for...


oleh itu, beli lah beras keluaran faiza... membeli sambil menderma.... :)




gambar ni tade kena mengena ngan family yg dipaparkan dalam prog malam tadi... tapi family dlm gambar ni pun mempunyai masalah yg sama la...

bersyukurlah kita kerna tak perlu runsing akan mana mau cari duit utk bagi anak makan esok, tapi kita nih runsing nak bagi alasan apa kat boss nak ngelak dari kena buat extra keje... haisshhh...

Tuesday, November 17, 2009

Kecil Boleh...Besar... Tak Boleh



errkkkk.. mcm ni pun ada ke org tulis... amik kat today joke..

Aku Wanita Biasa

Tadi masa dok bersiap nak g keje dengar lagu nih kat radio... lama dah nak tahu sapa yg tuan empunyer yg menyanyi lagu nih.. ingatkan siti nurhaliza, sebab tak bunyi sangat Indon nyer.. rupa2nyer lagi Krisdayanti... meh kita hayati bait2 lagu nyer.. cewahhh!


Lirik Lagu Krisdayanti - Aku Wanita Biasa

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Reff:
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Back to Reff

Maafkan aku

Lirik Lagu Krisdayanti - Aku Wanita Biasa

Orang yang Jenis Cakap Banyak

Dalam interviu dia lah jaguh dalam ramai2 candidates... terpesona akan interviewer akan ketangkasannya menjawab soalan demi soalan.. tapi lepas seminggu keje dah nampak bayang2 tak berapa reti nak buat keje... lepas sebulan dah pandai dtg keje lambat... dah berbulan2 keje...dah jadi barah dalam organisasi...

Yang sorang lagi ni plak... dalam meeting dia lah yg banyak suarakan pendapat.. dia lah yg banyak komplen... tapi apa yg dikomplen kan tu kalau diamati hasil dari ketidak pandaian nya tangani keje tu.... hmmm...

So, bleh tak aku buat kesimpulan mcm ni... yang tererrrr sangat bercakap... yg perform sangat baguss dalam job interview dan yg bersuara lantang dalam meeting... sebenarnya bab-bab keje mereka adalah hampehhhh... suka komplen serba serbi tak betul sebab di dasari kemalasannn nyer... hahahaha.. serious aku kenal orang2 mcm nih...

Aku rasa aku ni pun tadelah rajin mana tapi bila jumpe orang macam ni... oh my! memang terdetak dihati... iskkk.. pemalasnyerr..

ok dah.. bleh g tdo... esok nak keje ngadap orang2 yg kat atas tadi tu.. huhuuu..


Monday, November 16, 2009

Skodeng

Skodeng squad in China.... pun adooo

A member of the campus patrol (with red armband) looking at a pair of lovebirds.

A member of the campus patrol (with red armband) looking at a pair of lovebirds.



WHO says Malaysia is unique with skodeng squads that snoop on armorous couples and act against them?

A university in Nanjing, China, has started a "campus patrol" to warn student lovers against engaging in "uncivilised" acts like kissing and embracing in public.

The patrol is a work-study programme of the Nanjing Forestry University in which members wear red armbands and stop students from engaging in public displays of affection.

The university authority said the patrol is very helpful to prohibit "uncivilized actions" on campus. - China Daily/ Asia News Network

Published Nov 14, 2009 - Daily Chilli

Haaah!




oits.... kerja laaa..

Sunday, November 15, 2009

Muzik-Muzik Separuh Akhir












gambar amik kat mstar.com.my



Jumaat malam lepas tengok Nur Kasih aku tengok Muzik-Muzik Separuh Akhir kejap, tapi halfway je aku dah lost interest... tak larat dah nak tgk, tido lagi baguss... so.. internet lah yg jadi sumber maklumat... yang top 5 nyer ialah
















  1. Aurora - Estranged













  1. Pakai Buang - Stacy











  1. Seadanya Aku - Nubhan



4. Bengang - Akim



5Aku Rindu Sayang Kamu - Black



wahhh... didominasi oleh artis realiti dan yg paling menarik... 4 drpd 5 artis akademi fantasia..

best gak buat tade kategori ni kan... tapi bila final nanti for sure la lagu tradisional ka, pop etnik ke tade kannn...

Ana Raffali


Tinggalkan sekolah demi gitar

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM -utusan.com.my



ANA ketika membuat persembahan di Konsert Gegar Generasiku anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Padang Semarak, Angkasapuri baru-baru ini.


NAMA saya Ana Raffali, saya sepatutnya menjadi cikgu Bahasa Inggeris tapi sekarang saya menjadi penyanyi pula." Kata pembukaan gadis manis berkebaya ini ketika membuat persembahan di Konsert Gegar Generasiku anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Padang Semarak, Angkasapuri baru-baru ini menggamit wartawan Hits untuk mengenalinya lebih dekat lagi.

Orang ramai yang hadir bersorak melihat kemunculan gadis ayu berkebaya biru yang merangkul gitarnya. Terdetik di dalam hati penulis, jika dia meneruskan cita-cita asalnya menjadi cikgu sekolah, pasti anak muridnya tidak akan ponteng kelas untuk melihat cikgu mereka yang berwajah manis dengan tutur-kata yang lemah-lembut. Sebaik sahaja Ana memetik gitarnya dan menyanyikan lagu ciptaannya, Mekanika dan Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, orang ramai terpukau dengan suaranya yang lunak dan lagunya yang bersahaja dan menghiburkan. Melihat pakejnya yang lengkap, cantik, muda, bijak dan berbakat berserta dengan personalitinya yang tersendiri, Hits yakin pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali mampu pergi jauh dalam industri seni ini. Satu sesi pengambaran dan temuramah bersama Ana diadakan di studio Utusan baru-baru ini dan ternyata dia memang kelihatan ayu berkebaya dan mesra seperti ketika di atas pentas.


Memulakan ceritanya, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini menjelaskan yang dia tidak pernah terbayang yang suatu hari nanti dia akan berada di atas pentas menyanyikan lagu-lagu ciptaannya sendiri. Hasil pengajiannya dalam jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) sepatutnya Ana menghalakan langkahnya dalam bidang perguruan mahupun pensyarah, bukannya sebagai penyanyi.

Namun, Ana tetap optimis dengan pilihannya untuk menjadi penyanyi dan komposer lagu walaupun bidang asalnya sudah menjanjikan masa depan yang cerah.

Terang Ana, dia sudah mula menulis lagu sendiri sejak di bangku sekolah lagi tetapi sekadar suka-suka kerana dia tidak tahu memainkan sebarang alat muzik ketika itu. "Saya gemar membaca dan itu membuatkan saya sering berangan-angan dan semuanya diluahkan menerusi penulisan puisi. "Saya mula belajar bermain gitar ketika berusia 19 tahun ketika di universiti. Itupun menerusi buku 30 Hari Belajar Bermain Gitar sebab tiada sesiapa yang boleh meluangkan masa mengajar saya. "Bersama gitar kapuk pertama yang dibeli hasil perkongsian dengan rakan saya, saya mencipta melodi lagu-lagu yang ditulis dan mula membuat persembahan di majlis-majlis universiti," ujar gadis berusia 24 tahun ini. Semenjak itu, dia sering dijemput mengadakan persembahan di majlis-majlis universiti, acara yang mengumpulkan bakat baru seperti di Layar Tanchap di Shah Alam, Akustik Rantai di Pasar Seni dan lain-lain. Namanya kemudian mula meniti di bibir peminat muzik indie apabila dia sering dijemput membuat persembahan dan video-videonya di dalam YouTube diminati ramai malah dia punya pengikut sendiri walaupun sebelum bergelar artis rakaman.

Ana Raffali semakin serius dengan perjuangan muziknya itu ketika mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun dan melihat pelajar di sana amat menghargai muzik. Ana melihat muzik dapat mengeratkan hubungan di sebalik perbezaan bahasa. dan ia membuatkan Ana yakin dengan apa yang dia inginkan dalam hidup, menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan indah didengar. Ana dilamar Aidit

Seperti telah ditakdirkan, komposer terkenal, Aidit Alfian, bertemu dengan Ana menerusi video yang dimuat-naik Ana di dalam laman web YouTubenya. "Ketika itu saya seperti tidak percaya dan berasa sangat bertuah kerana mendapat nasihat dan kata-kata semangat daripada seseorang yang saya kagumi. "Apabila Abang Aidit mengiklankan uji-bakat untuk syarikat rakamannya, saya pergi menyertainya dan kini saya menjadi artis Aidit Alfian Records," ujarnya ceria. Di bawah Aidit Alfian Records, single pertamanya, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur telahpun diedarkan dan menjadi siulan anak muda. Setiap persembahan Ana akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik-pemuzik yang hebat yang menggelarkan diri mereka The Marhaens. Mereka terdiri daripada Aidit sendiri yang memainkan guitar akustik, Andy Flop Poppy (bass), GG (guitar), Alfa Booty (guitar), Iqbal Hisham (cello), Mie Flop Poppy (drum), Rumie Booty (drum) dan Bobo (percussion). Tambahnya, album sulungnya yang bakal menyelitkan enam buah lagu ciptaannya sendiri akan siap bulan Januari depan . "The Marhaens umpama magis, kerana kehadiran mereka mengindahkan lagi lagu ciptaan saya."Saya berasa amat bertuah kerana diiringi oleh sekumpulan pemuzik yang hebat dan saya sering belajar daripada mereka dalam memantapkan lagi cara permainan gitar saya," ujarnya.Ana dan baju tradisional

Melihat dirinya yang sentiasa mengadakan persembahan berbaju kurung atau kebaya membuat ramai yang tertanya adakah ini sekadar gimik untuk menarik perhatian orang ramai. Jelas Ana, dia memang gemar berbaju kurung atau kebaya dari dahulu lagi kerana dia merupakan seorang gadis yang sederhana dan bukanlah jenis yang gemar melaram."Saya suka sebab selesa dan sesuai dengan diri saya yang sederhana. Bagi saya baju kurung dan kebaya cukup cantik dan semestinya senang disarung. "Lagipun saya adalah seorang gadis berketurunan Melayu tulen, saya bangga dengan baju tradisional saya," ujarnya yang merupakan anak kesembilan daripada 11 orang adik beradik. Tambah Ana, dari zaman awal remaja lagi, dia lebih suka membelanjakan duit yang diberi bapanya untuk membeli buku daripada baju baru. Dia sering memakai baju kurung yang merupakan hasil himpunan baju rayanya ketika ke kuliah dan apabila dia perlu membuat persembahan di majlis rasmi universiti, dia tiada baju lain selain baju kurung. Sejak itu, orang ramai mula mengenalinya sebagai gadis berkebaya atau berbaju kurung yang menyanyi diiringi petikan gitarnya sehingga sekarang.

Ana ingin menjadi komposer terkenal

Berbeza dengan kebanyakan artis-artis muda yang lain, Ana mempunyai visi tersendiri apabila menjejak kaki ke dunia hiburan ini. Anak jati Kuala Lumpur ini berharap yang dia akan menjadi komposer yang dikenali dan segah idolanya, M. Nasir, suatu hari nanti. Tambahnya, dia ingin menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan turut menghasilkan lagu untuk artis-artis lain. Setakat ini, Ana telah menghasilkan sekitar 30 buah lagu dan antara yang menjadi siulan ialah Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Tingkap Kaca, Sepasang Sudu, Ghost, My Darling dan Mekanika."Salah satu impian saya ialah Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ciptaan saya kerana bagi saya dia adalah seorang penyanyi yang hebat," ujarnya yang turut menyatakan arwah kakaknya merupakan pendorong setia jiwa seni Ana.

Bagi yang ingin mengenali gadis berjiwa besar ini, boleh melayari laman web rasminya di www.anaraffali.com.

Saturday, November 14, 2009

Accident Yang Pelik



On the way nak g ke Giant tadi.. ada kesesakkan la plak... hmm..mesti ada accident nih..




memang ada accident pun.. tapi accident nih agak pelik skit la... dari apa yg aku tgk masa lalu tu..




keta yg accident tgh kena angkut dengan tow truck... tak nampak dalam gambar nih..


apa yg pelik nyer.. keta yg accident tu macam accident masuk longkang daripada tempat parking keta yg utk dijual... erkkkk... serious.. kan sebelah Giant tu ada tempat jual keta second hand.. haa kat situ la accident nyer... keta satria kuning..apa yg aku nampak.. kesan keta satria kuning tu rempuh pagar tempat parking tu..depan pagar tu plak ada longkang... so.. assumption aku ialah.. orang yg start keta tu telah merempuh pagar tempat jual keta tu..maybe keta tu tak free gear kot...

ada sesapa orang Kuantan yg tengok accident tadi tu tak? It was about 10am...

tak pun maybe macam kes ni...





Orang ramai membantu menarik keluar kereta Toyota Corolla GL milik Mustafa Mohamad, 45 yang terbabas akibat brek tidak berfungsi ketika cuba berhenti di atas jeti yang kemudiannya merempuh bot nelayan yang kebetulan berlabuh di jeti Kampung Fikri, Kuala Terengganu hari ini. - Gambar ADNAN MOHAMED - Utusan.com.my








yg ni tak pelik tapi sangat menakutkan... - NST

Best Tak Movie 2012?





Plannyer nak g tengok movie 2012 nih ngan kawan aku weekend nih... tapi tadi bila tengok balance RM dalam bank... aiseeehhhh... 2012 needs to wait lah... huhu... paling2 tidak kalau g tgk wayang time2 weekend gini, mau RM50 abisss... iskk.. cannot lah ini mcm... ujung bulan nih nak balik kampung lagi... time tu tatau la dah gaji blum.. kalau belumm.. haaa.. masak gak la.. hehehe....

Any of you reading this dah tgk citer ni? Best ker? Well.. special effect mcm best je kan... tapi kalau kepala tengah serabut pastu tgk citer nih, lagi la serabut kan..

Tadi baca review citer ni... mcm biasalah typical of end of the world nyer citer... pasal dunia yg bakal kiamat pada 2012 (ikut citer tu la.. bukan aku cakap)

Never before has a date in history been so significant to so many cultures, so many religions, scientists, and governments. “2012″ is an epic adventure about a global cataclysm that brings an end to the world and tells of the heroic struggle of the survivors.

The film stars John Cusack, Chiwetel Ejiofor, Amanda Peet, Oliver Platt, Thandie Newton and Danny Glover. Director Roland Emmerich helmed his latest disaster flick from a story he penned alongside his writing partner Harald Kloser.

Episod Akhir NUR KASIH TV3

owwwwhhhh... nak tahu apa ending Nur Kasih yerkkk.... hmmm...

Should I spill the beans????

Agak2 apa lah ending NUR KASIH yerkk?

Sad ending or a happy one? Kalau carik kat internet nih memang bleh jumpe la apa ending Nur Kasih... tapi kalau cari kat sini... ermmm... mcm tak best la plak nak bagitau.. hehehe.. korang cari lah sendiri yekkk..


aku nak komen sket pasal watak Siti Sarah dalam Nur Kasih nih..



Siti Sarah (nama sebenar, UMMI NAZEERA, baru 19 tahun) watak yang buat kita sakit hati dalam Nur Kasih. A very manipulative character.

Geramkan kat watak Siti Sarah dalam Nur Kasih tu kan... maknanyer dia dah berjaya bawakan watak dia dengan baik la kan.. ditambah plak dengan skrip yg aku rasa sangat brilliant! Skrip yg real... in real life macam ni lah karakter orang yg cucuk sana cucuk sini kan.. jarang kita tengok watak tukang cucuk yg sangat bijak dalam drama2 melayu... biasanyer kite rasa sangat bodoh je tengok watak tukang cucuk yg tak di bantu dengan skrip yg berkesan. Tapi lain dengan skrip Siti Sarah nih, memang bijak lahh cara penulis skrip tulis dialog2 Siti Sarah yg sangat suka mencucuk nih...

Sinopsis Nur Kasih Episod 23, 13 November 2009


Nur Kasih


Semua orang dok melekat kat tv malam tadi tengok Nur Kasih kan... tapi ada jugak yg ter-missed last night episode... no worries... nih apa yg jadi last nite..

aku amik kat : http://www.intro2u.net/new/2009/09/nur-kasih-episode-23/

tapi... dia tak detail sangat la kan.. bila baca n compare ngan citer malam tadi.. lagi byk la yg patut diceritakan dalam sinopsis nur kasih ni

so... aku tambah sket la ye sinopsis version aku... yg in english tu yg aku copy paste.. yg in malay tu aku sendiri punyer...


Nur Kasih

Aidil found Aliya has gone back to her parents’ house. He tried to meet Aliya, but she wanted to be alone. Sarah poisoned Aidil’s mind that Aliya missed the lavishness that her parents pampered her with. Aidil conceded and heartbroken, knowing that he could never satisfy his wife. He went to meet Adam who was not that symphathetic. Adam asked if Aidil was sincere in his love for Aliya. Aidil felt humiliated when asked as such.

Aliya mintak izin Aidil nak g seminar kat Hong Kong dgn Ummi dia...

Nur also noticed that Adam is avoiding her. Adam got a job in Mumbai, before leaving he apologized to Aidil for all the misdeeds he’d done.

Masa scene nih macam Adam akan pergi tak kembali je..

After Adam left, Nur was shocked upon watching news when it showed Mumbai was attacked by terrorist, and Adam’s hotel was invaded. Trembling, Nur called Aidil. They failed to get any confirmation from Wisma Putra. Mother never stopped praying for Adam’s safety.

Nur decided to go there, - tapi sebenarnya, Walid Aliya dapat tahu pasal Adam salah sorang mansga thru TV (aidil dok kat kg tak bgtau pun pasal Adam kat Walid) dengan pertolongan kawan Walid yg kat Mumbai, Walid suruh Aidil pergi Mumbai, Nur plak nak ikut, pastu Sarah datang menyibuk cakap dia bleh ikut sama sebab tak manis la kan Aidil g berdua dengan Nur je..

pastu depa bertiga berangkat la ke umah Walid sebelum nak g ke Mumbai, tapi bila sampai umah Walid, airport Mumbai plak kena bom... so kena postpone lah trip tu sampai airport mumbai dibuka semula.. Masa ni Aliya still kat Hong Kong, Aidil try kol Aliya lagi, rupanyer Aliya tinggal handphone dia dalam bilik, barulah Aidil tau kenapa panggilan dia ke Aliya tak berjawab. Aidil call no Ummi n cakap dengan Aliya.. tapi masa tengah cakap tu Aliya baru tau Nur n Sarah ada kat umah dia... terus Aliya ended the call.... pastu Aidil pun baru la dapat hint yg Aliya sebenarnyer jeles ngan Nur (lembab betul kannn... haha)

ehh panjang la pplak.. ok sambung lagi... pastu masa nak dinner, walid kena g spital ada emergency kat spital la plak.. (Walid owns a hospital!) pastu masa kat porch Walid bertembung dengan Aliya yg baru sampai dari Hong Kong, ummi dia tak ikut balik sama.. sebab seminar tak abis lagi, tapi Aliya decided to come back early... depa dua org cakap2 jap... pastu Aliya masuk umah jeeeeerr Aidil tengah nak sendukkan nasi ke Nur and Nur tolak tangan Aidil... huhuuu.... terus Aliya lari masuk bilik... si Sarah macam biasala.. tersenyum disebalik dinding...

pastu dalam bilik Aliya n Aidil..depa talk2 lah... pastu tetiba Sarah datang kacau..ketuk pintu cakap ada berita pasal Adam... masa tu barulah Aliya tahu Adam ada kat hotel di mumbai yg kena bom tu... (apa daa walid tak bgtau awal2) Masa tu lah Aliya baru tahu kenapa Nur and Sarah ada kat umah dia... Aidil cakap, Nur nak ke Mumbai mencari suaminya... Aliya mcm terharu plakk... pastu kat depan tv Nur tengah dok tersedu2 sebab news cakap terrorist kat hotel mumbai tu dah start campak / tembak? tahanan... uwaaaaa....

scene bertukar kepada Adam yg dok terbaring dalam bilik hotel... b4 this dah tunjuk Adam tercedera, so mula2 tu macam saspen la kan... macam dia dok nazak pastu tetiba diam.. saspen mcm dia dah meninggal la kan.. pastu ada sorang terrorist tu jumpe Adam then daripada mula nyer Adam terbaring dekat hallway hotel, now Adam terbaring dalam bilik hotel dah... yeyyy! He is still alive... huhu...

upon receiving news that Adam was in his room during the attack. However his body was not found and has been classified as missing.

pastu............. bersambunggg... huhu

tapi kan.. aku dah tau dah apa jadi utk next episod... should I spill it out here? Nanti spoil plak kann... hehe....

Friday, November 13, 2009

Lirik Lagu Kupercaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Lirik Kupercaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi



p/s: tengah rindu kuasa dua...

Thursday, November 12, 2009

Mencari Hot Keywords

For the past two days cloudymonday telah mencatatkan bilangan pengunjung yg jauh lebih tinggi daripada kebiasaan. Alhamdulillah...

Hasil dari trackker nuffnang blog ni.. dapat lah disimpulkan, semuanya (bilangan visitors yg bertambah) disebabkan oleh pencarian2 di google yg mencari pasal bola kelantan vs NS baru2 nih, so berbaloilah aku letak banyak2 entries pasal bola kat blog nih few days before and after Piala Malaysia.

Jadinya, the way to attract more visitors to this blog (other blogs too) is using the right keyword at the right time. In other words, we need to be able to predict what is the hot keywords the internet users are searching... sebab itulah, blog2 yg memaparkan gossip2 artis, cerita2 kontroversi yang hangat sememangnya mendapat ramai visitors.

I am aware of that long time ago... ada gak terniat nak copy paste je byk2 citer2 artis tu... tapi.. bila pk balik... tak best la mcm tu kann.. nampak sangat mengejar hits, sedangkan my purpose of having a blog is not to get hits based on gossip2 artis... mcm aku mencari publisiti murahan je la plak kan... I want to have thousands of hits not because of that... aku nak visitors datang ke blog ni bcoz they love reading my entries, mcm blog redmummy.com tu yg ada beribu2 loyal readers that keep coming back to her blog... bukan nyer visitors yg datang sekali je hasil dari carian hot keywords d google...

Coz, I believe those yang keep on coming back to this blog... those yg suka baca entry2 yg original, bukan yg copy paste je kan... betull takkk?? setuju?? Macam blog Prof Muhd Kamil yg sangat glamer tuu.. penuh dengan ilmu dan memberi banyak kesedaran kepada kita... readers/visitors lagi seronok baca entries yg datang dari kita sendiri... sebab aku pun mcm tu... kalau kita visit blog yg kita selalu visit tapi asyik disogokkan dengan entry copy paste, lama2 kita tak visit dah la blog tu kan.. Tapi... utk blog yg tak berapa famous mcm blog ni... it helps la kan sekali sekala guna hot keywords utk menyerlahkan blog kita ni di mata dunia kan... hiksss.. :)

So, berbalik kepada yg awal2 tadi aku cakap for the past few days blog ni dapat ramai visitors... keje aku sekarang ialah perlu kekal kan visitors yg dah pernah jejak ke sini utk terus menerus kembali ke sini... harap2 nyer berjaya lah... kalau tak tade chance la nak jd femes blogger kan...



Fasha Sandha Penyokong Kelantan?


uiksss... betul ke Fasha Sandha tu? ke pelanduk dua serupa?




hmmm.. betul lah dia... gambar ni aku amik kat ohbulan.com , dan ohbulan pun amik dari mana ntah gamba nih...

Tak Glitterati Pulak dah.

Aikss.. apsal nuffnang aku nyer account jadi taraf ordinary (non-exclusive) plak nihhh... haishhh

Shud I buang lagi blog2 yg tak berapa nak ramai visitors tu???

Okeh.. utk ingatan diiri sendiri... esok bila ada masa, buang jek la lagi dua blogs tu... bukak nuffnang lain lah.. bleh ke? adehhh... takkan nak start dari zero balikkkk...

erkkk... mohon bantuan sesapa yg otai bab2 nuffnang nih...

Wednesday, November 11, 2009

Topik Pagi Di AM Crew - Nak Seribu Daya



Pagi tadi kat hot.fm topik nak seribu daya... so mcm2lah kuar citer dari callers...

As for me... aku rasa apa2 saja yg kita nak.. kite kena betul2 nak.. maksud nyer.. we eat,breathe,sleep pk pasal impian/cita-cita kita tu je..insyaAllah.. dengan izin Dia.. dapat la..

tapi masalah nyer, biasa nyer (aku la) nak something tu tak betul2 nak... atau pun terlalu byk benda yg nak n tak fokus dengan satu2 kehendak... so I truly believe dengan kata2 nak seribu daya... therefore we dare to dream... dan apa yg di cita-citakan tu mesti sangat tinggi sebab... apa yg jadi kat aku... aku inginkan sesuatu..sangat2 nakkkk..siang malam berdoa... pastu tup2 aku dapat apa yg aku nak... then... I was like... ok aku dah dapat apa yg aku nak...ssyukur alhamdulillah.. but...now what??? nak buat apa pasni (bila dah dapat impian tu) hahaha... serious... I was not prepared or rather I did not have well planned plans..
so it's a lesson for me la... dare to dream... dream your biggest dream and keep on dreaming bigger n higher...


Ingatan Buat Para Suami

diambil dari blog Prof. Muhd Kamil

thanx to Puan Nisah Haron for the explanation... if it's not for this comment in Prof Muhd kamil's blog... I wouldn't know pasal nafkah diri isteri...

Pandangan Nisah Haron

Salam Prof dan para pembaca yang budiman,

Terlanjur Prof sudah menyentuh isu ini, izinkan saya ingin menambah. Dengan sedikit latar undang-undang yang pernah saya peroleh dan juga pengalaman menjadi peguam syarie yang tak berapa lama (8 tahun), saya banyak kali berhadapan dengan situasi begini dengan anak guam.

Isu isteri bekerja, maka suami tak perlu bayar nafkah sudah lama berlaku. Ramai isteri yang redha dan mengambil pendekatan seperti Puan Eda di atas. Benar, isteri boleh bekerja apabila suami izinkan. Tetapi, pendapatan isteri itu khusus untuk dirinya (suami tak boleh ‘pau’ gaji isteri).

Namun, itu tidak menggugurkan tanggungjawab suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Walaupun suami sudah beli barang-barang dapur dan keperluan rumah, itu masih lagi bukan nafkah diri.

Memanglah, adakalanya rasa serba salah hendak ‘meminta’ daripada suami, apatah lagi hendak menyatakan bahawa nafkah diri itu wajib ke atas suami. Suami akan guna alasan, “awak tu kan sudah bekerja” dan “barang keperluan dapur/rumah semua saya yang bayar”. Suami akan terus beralasan lagi bahawa ansuran rumah, kereta dan sebagainya juga dia yang bayar (misalnya).

Hukum tetap hukum. Nafkah untuk isteri tetaplah hukum juga. Oleh itu, isteri boleh bantu menggugurkan tanggungjawab suami itu (kalau tidak, nanti suami berdosa), dengan mengambil, contohnya, RM50 dan katalah, “bang, ini saya ambil buat nafkah bulan ni. nak beli lipstick” (contoh saja)

Ertinya, boleh ambil sedikit daripada wangnya – buat syarat. Lalu, tanggungjawab suami untuk beri nafkah pada bulan itu gugur.

Ada hadis yang menyebut (saya tak ingat matannya dan nama sahabat). Apabila wanita itu mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya yang kedekut, Rasulullah bersabda, ambillah jumlah yang perlu untuk nafkah diri dan juga untuk anak daripada harta suaminya.

Para isteri pula, usahlah minta melebihi daripada kemampuan suami. Kalau suami bergaji kecil, mungkin boleh ambil RM20, nak beli buku (contohnya). Tapi, buku itu haruslah untuk dirinya. Bukan untuk orang lain. Bukan untuk beli barang untuk suami semula. (kalau beli, dan kemudian niat hadiah kepada suami, itu lain cerita).

Wallahu a’lam.

Resepi Gulai Ayam

Yummm..yumm..entry makan2 plak.. semalam makan Kari ayam... ni teringin nak masak Gulai Ayam plak... kebetulan plak jumpe resepi Gulai Ayam nih kat.....



majalah Rasa nih... ni nak promote Majalah Rasa bulan nih... best sangat sbb tema dia resepi kenduri kawin.. resepi dari seluruh Malaysia plak tuu...



Gulai Ayam... best nyerrrrr!




bahan-bahannyer... cara masak tau2 sendri lah yekk... nnti dah masak aku up kan gambar nyer yekk...

Mana Fara Fauzana


Ramai yg cari Fara Fauzana kat blog ni... ok..sabar2 ye semua.. Fara ada, dia dok berehat sebab cedera main futsal.. hehe.. tadi dengar kat hot.fm

ok..sekian

:)

Tuesday, November 10, 2009

Resepi Laksa Johor

BAHAN-BAHAN


1) LAKSA2 bungkus spageti [rebus hingga lembut]

1 biji timun [hiris bulat]

Daun kesum [hiris halus]

Tauge [celur]

Sedikit cili merah dan belacan [sambal]

Limau kasturi


2) KUAH
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah [hiris]
2 ulas bawang putih[hiris]
2.5 cm halia[hiris]
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
3 batang serai [titik]
2.5 cm lengkuas [titik]
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam gelugur
200 g udang [rebus]
50 sen udang kering
1/2 biji kelapa parut [kerisik]
Garam secukupnya


CARA PENYEDIAAN


1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.
4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
5. Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan-bahan lain.



Sumber : kini2u.com

Ana Raffali

Lepas Yuna kita dengar lagu Ana plak yerk...

dalam proses nak download lagu2 dia.. dah dengar kat web dia.. not bad la... menarik gakk..

berkebaya sambil memetik gitar.. graduan jurusan TESL nih..


http://anaraffali.blogspot.com/