nuffnang

Thursday, April 30, 2009

Aril AF




Tadi saje jek la google kan ARIL AF, sebabnyer.. bila aku tgk account nuffnang aku, byk hits yg sampai ke blog ni thru keyword ARIL AF. So, tadi bila aku google kan nama ARIL AF tgk2 blog nih dok no. 3!!! huhuuu... patutlahhhh... ramai betul yg minat ARIL nih... tapi mcm manalah leh tersingkir... iskk... iskkk..iskkkkkk..... :)




Wednesday, April 29, 2009

Kuantan

Tiba-tiba rasa nak google gambar-gambar tempat menarik di sekitar Kuantan.....




Masjid Negeri







Taman Esplanade Kuantan




Esplanade gak..




Pantai Teluk Chempedak


http://www.flickr.com/photos/hazanath/3334075259/




Pantai Balok







Dah Settled Kerr?


Korang dah settled kan LHDN???? Esok last day tau!! Thanx god aku dah settled kan few days ago... lepas satu beban rasanyer... hihi...selama nih asyik dok bertanggung jek... bila dah buat tu bukan nyer susah sangat pun.. jap je key in all the details etc...


dannn...aku happy sangat coz aku tak payah bayar.. hihii... last year kena bayar... this year since aku maximise kan bayar insurans n zakat n total purchase of books n magazines pun lg tinggi dari 2007... end up aku tak payah bayar cukai... yeahhh... tapi tak best gak. sbb if last year aku leh bangga dgn phrase... ye saya warga pembayar cukai... tapi tahun nih tak la.. hihi...


Lapang sket kepala bila dah settled kan LHDN nih... kalau takkkkk... everytime aku tgk iklan Afdlin n Vanidah Imran yg nak bersalin tu... setiap kali tu lah aku tensen pk dok asyik postpone buat LHDN tu...


sesapa yg tak settled lagi tu.. cepat2 ler buat.. ofis LHDN bukak sampai malam tauuu...


okeh.... dahhh...

Tuesday, April 28, 2009

Semut n Air Masak


Aku pelik... napa air masak yg tawar tu pun semut nak ?? Bukan gula jek skang ni yg semut suka.. air masak punnnn silap letak skit kena masuk semut... pelik tul aku.. ke air masak tu manis?

Aril AF 7 di Utusan Malaysia




Apabila 'hero' AF7 tersingkir


Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my






MUNGKIN kedengaran agak klise apabila terdapat mana-mana pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penyingkiran seorang atau dua pelajar favourite dari Akademi Fantasia (AF).

Inilah realitinya apabila jari menjadi juri dan hak itu 100 peratus diserahkan sebulat suara kepada para penonton setia rancangan itu.

Jika diimbas kembali senario penyingkiran yang berlaku sejak musim pertama lagi, antaranya Rosma (AF1), Zarina (AF2) dan Idayu (AF3), ternyata ia bukanlah sesuatu yang baru untuk dipertikaikan lagi.

Setiap musim ada sahaja persoalan berbangkit mengenai keputusan penyingkiran dan Sabtu lalu, persoalan tersebut kembali dipersoalkan apabila Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus tersingkir.

Dia yang saban minggu menerima tepukan gemuruh penonton apatah lagi, berjaya membuktikan kemampuan diri setelah dicabar dengan tugasan yang di luar kelompok kebiasaannya lewat tiga minggu lalu, terpaksa melangkah keluar dari gelanggang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Keputusan yang nyata mengejutkan bukan sahaja kepada pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina, barisan tenaga pengajar dan para pengkritik bahkan para penonton setia rancangan realiti paling popular itu sendiri.

Mengulas mengenai penyingkiran Aril, dalam nada sebak Tiara memberitahu, dia dan barisan tenaga pengajar langsung tidak menjangka bahawa Aril akan disingkirkan pada konsert kali ini.

"Kami di akademi langsung tidak menjangka Aril yang terkeluar sebab dia antara pelajar yang paling rajin dan dedikasi. Dia juga antara bakal ikon yang ingin kami lahirkan sebab dia mempunyai pakej yang hampir lengkap.

"Tak boleh buat apa, sebab ia bergantung kepada sistem undian dan kita tidak tahu apa sebenarnya yang pengundi mahukan. Bagaimanapun, bagi kami Aril adalah ikon," katanya.

Kedudukan Aril ketika dipaparkan di awal konsert adalah di kedudukan yang agak selesa iaitu di tempat keempat dengan 12 peratus undian iaitu 2 peratus kurang daripada Hafiz yang mengungguli tempat ketiga.

Bagaimanapun, ketika undian ditutup, kedudukan Aril adalah di tempat tercorot dengan 11 peratus undian, kurang beberapa mata di belakang Claudia yang juga memperoleh 11 peratus.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul pada sidang media itu memberitahu, keputusan sama ada berlaku penyingkiran atau tidak pada setiap konsert telah ditentukan sebelum konsert bermula.

"Keputusan undian memang diaudit dan kita perlu hormat apa juga keputusan yang diberikan. Kami sebagai penganjur tiada pilih kasih dan perlu bersikap adil.

"Terus terang, kedudukan Aril setelah undian ditutup pada beberapa konsert sebelum ini selalu terkeluar dari kedudukan top 5. Kebiasaannya dia ditempat ke-6, ke-7 atau ke-8.

"Mungkin kerana sikap dan lagaknya tidak begitu menarik perhatian penonton atau mungkin juga pada sisi lain para pengundi selalu menolong pelajar di kedudukan terbawah sehingga terlupa para pelajar di kedudukan selesa," ujarnya yang mengakui terkilan dan kecewa dengan keputusan tersebut.

Persoalannya, benarkah sikap dan lagak Aril sama ada di atas pentas mahupun di akademi menjengkelkan sehingga mendatangkan rasa tidak senang di kalangan penonton?.

Menjawab pertanyaan itu kata Aril, segala yang dilakukan adalah berdasarkan sikap dirinya sendiri.

"Saya dah buktikan ini adalah diri saya sendiri dan jika orang kata saya kecoh atau apa sahaja itu sebenarnya adalah watak saya.

"Di atas pentas, sebagai penghibur kami diajar untuk tunjukkan pesona. Berat macam manapun tugasan yang diberikan kami kena tunjukkan diri sendiri.

"Mungkin apa yang peminat nampak dan apa yang kami belajar tak semuanya dapat ditonton oleh peminat dirumah.

"Kami memang diajar untuk tunjukkan pesona di atas pentas dan bukannya saja-saja nak buat poyo atau sebagainya," kata adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu lagi.

Berbicara tentang arah tujunya selepas tersingkir dari AF7, kata anak ketiga daripada empat beradik itu, dia masih lagi menunggu keputusan daripada Astro Entertainment Sdn. Bhd., (AESB).

"Dari segi muzik, saya berani mencuba apa-apa genre pun sebab untuk menjadi ikon, saya kenalah mencuba semua.

"Saya suka aliran muzik kumpulan Padi bagaimanapun, tidak salah jika saya nak cuba buat sesuatu yang lain," katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Dengan penyingkiran Aril, enam lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan pada konsert kelapan Sabtu ini ialah Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 18; Hafiz (Mohd. Hafiz Mohd. Suip), 19; dan Yazid (Mohd. Yazid Kamal Ibrahim), 22.

Pelajar lain adalah Claudia (Claudia Fay Geres), 23; Isma (Ismaliza Ismail), 30; dan Aishah (Siti Aishah Bujang), 18.

Kolej Komuniti Kuantan


aikss.. tiba2 gamba Kolej Komuniti? hehe... ntah ler... lalu depan kolej nih.. so teringat blog..saje snap... nak tarik hits lah katakan.. ahakss...
Kolej Komuniti Kuantan ni letak nyer next to Kolej Shahputra je...

Monday, April 27, 2009

Oprah - Millionaire Moguls

Last nite aku tgk Oprah ada citer pasal muda-mudi yg jadi kaya raya... bestnyer.. hihi... main guesta were the twins.. mary kate n ashley olsen yg sememangnyer dah terkenal dan kaya raya since diaorang kecik... sebab masa baby dah berlakon dlm sitcom Full House yg masa dolu2 aku suker gilerr..

One thing... to become successful... we need to follow our passions... hmmm..





Gurbaksh Chahal



G was born in the town of Tarn Taran, near Amritsar in Punjab, India to Avtar and Arjinder Chahal. In 1985, his parents received a visa for America through a lottery-based system in India, and the following year, when he was four, the family settled in San Jose, California. His parents had arrived with only $25 to their name, and they struggled at menial jobs to make a future for their four children.For the Chahal family, as for many immigrants, education was paramount, but G left high school at sixteen to form Click Agents, an Internet advertising company, which he sold two years later for $40 million. In January 2004, he launched a second company, BlueLithium - the next generation in Internet advertising. The company was focused on data, optimization, and analytics and became a pioneer of behavioral targeting. BlueLithium was named one of the top 100 private companies in America three years in a row by AlwaysOn, and in 2006, it received highest honor as Top Innovator of the Year. (Previous winners included Google, Skype, and Salesforce.com.) On September 4th, 2007, Yahoo! announced that it was acquiring BlueLithium for $300 million in cash.









Tony Hsieh

At the age of 22, Tony Hsieh and his college roommate started an Internet marketing company. Two years later, they sold the company for $265 million dollars! Instead of retiring, Tony decided to invest in an online shoe store called Zappos.com. A year later, Tony became the CEO and hasn't looked back since

Boleh Tukar Lain Ke?




Tulunnnn... roadtax keta org tu dah nak tercabut...! what to do?? buleh mintak yg lain ngan JPJ ker????


Ada sesapa yg pernah mengalami masalah yg sama mcm nih??? Dok park keta tengah panas sokmo... lama2 sticker pun dah tak stick dah... ke sticker tu yg tak berkualiti??? hehe...

Sunday, April 26, 2009

Tengku Fakhry N Manohara Bahagia

Ramai yg dok tanya aku pasal berita hangat kat tanah malay skang nih...
ermm...aku taknak komen apa2 lah... lagi pun bukan nyer aku tahu apa pun... tapi since ramai dok tanya.. nih aku compile kan keratan akhbar pasal isu nih...


gambar dari kosmo.com.my

KOTA BHARU - Desas-desus kononnya model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 17, mengalami penderaan emosi dan fizikal selepas menjadi isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry nampaknya tidak berasas.

Pasangan diraja itu yang kelihatan begitu mesra berpegangan tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa di sini semalam.

Pasangan diraja itu hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Husam, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota di sini pada pukul 1.40 petang. Kehadiran mereka menarik perhatian orang ramai pada majlis tersebut.

Kemunculan Manohara sekali gus menangkis beberapa laporan akhbar harian Indonesia baru-baru ini yang mendakwa model jelita itu telah didera di dada oleh suaminya yang merupakan seorang kerabat Diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kosmo! pada 22 April lalu melaporkan kenyataan yang dibuat oleh ibu model itu, Daisy Fajarina kepada akhbar harian di Jakarta yang mendakwa anak perempuannya itu mengalami penderaan fizikal dan emosi selepas menjadi isteri anak raja itu.

Pelakuan itu didakwa dilakukan sejurus selepas pasangan itu mengerjakan umrah pada bulan lalu, namun Istana Kelantan menafikannya malah memberitahu bekas model muda itu sangat bahagia bersama suaminya.

Ibu Manohara juga membuat tuduhan terbuka dengan mendakwa dihalang daripada melawatnya anaknya di negara ini ekoran larangan Jabatan Imigresen yang kononnya memenuhi permintaan pihak Istana Kelantan.

kosmo - 26 april 2009


dari berita harian - 26 april 2009



TENGKU Muhammad Fakhry (dua dari kiri) dan isteri beramah pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi dan Indah di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, semalam berangkat ke majlis perkahwinan anak lelaki Exco Kelantan, Datuk Husam Musa.

Pasangan terbabit sebelum ini sudah beberapa kali menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi sejak tersebarnya laporan media Indonesia yang mendakwa Cik Puan Temenggong yang juga bekas model terkenal republik itu, dilarikan dan didera suaminya.

Sebaliknya, pasangan itu yang tiba di kediaman Husam di Jalan Salor, di sini, pada jam 1.45 tengah hari dengan kenderaan rasmi istana, kelihatan ceria sambil bersalaman dengan tetamu.

Tengku Muhammad Fakhry yang berpakaian serba hitam, manakala isterinya berbaju kurung cerah corak bunga merah jambu dan tudung cerah berbunga, turut meluangkan masa berbual dengan pasangan pengantin, Ahmad Syafi Husam dan Indah Purnasari Didin Solahudin sebelum menikmati juadah di dalam rumah.

Pasangan terbabit berangkat meninggalkan majlis kira-kira 30 minit kemudian sambil sekali lagi kelihatan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Sementara itu, Husam ketika ditemui selepas itu, berkata Tengku Muhammad Fakhry dan isteri berangkat ke majlis perkahwinan anak sulungnya itu sebagai memenuhi undangan.

Sebelum ini, ibu bekas model itu, Daisy Farajina seperti dilaporkan media republik berkenaan, Surya, mendakwa anaknya dilarikan secara paksa oleh kerabat Sultan Kelantan selepas mereka selesai mengerjakan umrah di Jeddah, Arab Saudi, bulan lalu.

Beliau turut mendakwa, Jabatan Imigresen menghalang keluarganya masuk ke Malaysia untuk berjumpa Manohara, baru-baru ini.


utusan malaysia - 26 april 2009

Tengku Temenggong Kelantan,isteri saksi Piala FA

KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot turut menyertai 50,000 peminat bolasepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kehadiran baginda berdua turut memberi semangat kepada pemain Kelantan yang bertarung menentang pasukan Selangor dalam perlawanan tersebut.
Namun Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1 dalam waktu tambahan.

Saturday, April 25, 2009

Aril Af 7 Tersingkir!



photo from utusan.com.my


Wahhh... macam tak percaya rasanyer Aril yg kena keluar malam tadi.. seriousss tak caya... tapi tu la... I blame Astro for this elimination! Cewaahh... emo plak aku nih... haha... ye la... apsal bawak masuk Marsha kat dlm akademi tu?? Kan dah kena balik kat Astro... hmm.. apa2lah... ada org kata akan ada undi masuk... well rasanyer lah kan...

JJHM: Putrajaya





















Putrajaya

Ber-JJHM (Jalan-jalan Hujung Minggu) ke Putrajaya plak kali nih... dari Pesta Buku langsung kiteorang ke sini...

Lama dah plan nak ke Putrajaya ngan si dia... kan si dia kan..


akhirnya... sampai gakkk..


first time aku drive kat Putrajaya...



Ehh.. jap... lupa plak... pernah dah la dtg sini drive sendiri with my colleague before..hehe..
Sunyi sepi... mcm ghost town plak..
ye lah kan... time weekend mana nak ada orang kat sini... area nih sume nyer pejabat2 kerajaan..



destinasi pertama... ke Masjid Putrajaya..
aku sangat tak puas ati ngan layanan tukang jaga jubah kat sini... sangat tak mengambarkan rakyat malaysia yg berbudi bahasa dan murah ngan senyuman...
iskkk... geram tul... dah la kat masjid... terus aura bertukar...



dengan tourists pun tak berbudi bahasa... masa aku tgk ada suggestion box... tang2 tu gak aku rasa nak tulis surat complaint...

lalling cakap takleh amik gamba kat sini... tapi aku amik tade plak guard tu marah... so aku selamba jek la...


masa kiteorang g nih ada sket kerja2 pembaikan tgh giat berjalan.. so aku solat kat sebelah ruang lelaki...
lepas tu kiteorang g Alamanda... tapi tade gambar lah... kalut nak makan... lapor... hihi...




JJHM: Kuala Lumpur International Book Fair 2009


Main entrance Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009



Yey!! Akhirnyer.... berjaya gak aku g PBAKL 2009 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, thanx to my lalling for mengikut je kehendak hati kuu...

Pesta Buku tahun ni aku rasa tak sebest yg last year punyer... sebab nyer... yg last year punyer lagi besauuu... betul ke? ke aku je yg tak abis pusing... tapi rasanyer yer sbb last year siap buat kat dewan seberang sungai nun lagi...

Time aku g nih punyer lah ramai orangggg... tapi memang laa sokmo ramai pun kan.. especially weekend la pulak...




Nih jek la gamba yg aku amik... sebab nak dok sini lama2 ada org dah wat muka penat... iskkk...
Tak puas lagi aku menghayati buku2 kat sini... dah kena bergegas balik... wlaupun orang tu sanggup tunggu aku... tapi hati aku tak tenang lah kan nak lama2 belek2 buku dari satu gerai ke satu gerai realizing that ada orang yg tengah bosan/penat tunggu kita.... hmmmm... lenkali nak dtg sorang2 lah.. nak dok 5 jam dlm dewan nih pun buleh.. hihi... tapi serious... aku tak puas menjejak gerai2 kat situ... takpe lah... at least buku yg aku plan nak bli dapat la 2 buah... yg lain tade... buku yg tade dlm list pun aku ada bli gak...




Ada diskusi buku ke appa ntah.. panel nyer Irma hasmie n ermm sapa ntah.. hehhe..sorry... tapi MC nyer was Azhar Sulaiman...



Friday, April 24, 2009

Tak Mungkin Kerna Sayang

Minggu nih... Isma AF 7 kena nyanyi lagu nih... lagu Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang

huhh? sapa Alyah nih ek??? Lagu ni biasa dengar... jap.. aku google kan gambar Alyah...
okeh... ni lah Alyah yg nyanyi Tak Mungkin Kerna Sayang tu...

aisehhh... gambar nih tak nampak sangat la muka Alyah tuu...


haaa.. ni rupanyer Alyah.... ermm... still tak kenal.. hehe...

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali …

Ooo Ooo Oohh Woo Ohhh Wooo…

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali …

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang kala aku tekenang..



Thursday, April 23, 2009

Apa Satu Malaysia ?


ooo.. satu malaysia tu maksudnya satu gagasan yg berteraskan kecemerlangan dan rakyat, and also pasal perpaduan rakyat Malaysia.
and guess what... tadi aku noticed... kat surat rasmi..kat ending nyer... if before ada cemerlang, gemilang n terbilang.... now... 'satu malaysia' ! wuhuuu...

Bb..! I want...




Cun kannnn..... dah nak gaji nihhh.... heeeehe... naakk........

Tuesday, April 21, 2009

Chicken and Mushroom Yee Mee




Shedappp nyer.... tapikan... aku tak sempat nak rasa pun mushroom nyer... ada orang 'tolong' makan kan... hehe.... takpe2.... ada lori ada bas....

Aiskrim Malaysia

Aku mencipta sejarah... ntah mcm mana aku bleh terbuat aiskrim nih... terjumpe plastik aiskrim nih yg kawan aku bli dah bertahun lamanyer...


sangat teruja... sbb pandai ikat.. hahaa...



mesti mak aku tak caya kalau aku cakap aku buat aiskrim nih...

tiba2... diri terasa tua... sbb mak2 je wat aiskrim mcm nih... tp mmg dah tua pon kan..hahaaaa...

Sunday, April 19, 2009

Something To Ponder

just a filler entry....


has your life turned out the way you thought it would be?


when you look in the mirror, do you like who you see?

if you had your life to live all over again, what would you change?

what can you do to become the person you want to be?

Bidadari Dari Timur

Latest addition in wishlist...




Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…


Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga: RM12.90
Halaman:128


sumber: http://www.anbakri.com/

Sanctuary Resort, Cherating...lagi...

meh kite nengok view dari our apartment...

eh..ni bukan view fr the apartment... ni masa kat parking...

haa... ni dari apartment... iskk... tak lawa plak..

diremang senja... masa mula2 sampai... to the right sungai..


to the left.. lautan nan luas...

dah siang...


the 2nd day..







view dari kanan verandah... cantikkan...











why I am here at Sanctuary Resort Cherating?
hihi.... rahsia kerajaan.... haha... sungguh!