nuffnang

Sunday, April 26, 2009

Tengku Fakhry N Manohara Bahagia

Ramai yg dok tanya aku pasal berita hangat kat tanah malay skang nih...
ermm...aku taknak komen apa2 lah... lagi pun bukan nyer aku tahu apa pun... tapi since ramai dok tanya.. nih aku compile kan keratan akhbar pasal isu nih...


gambar dari kosmo.com.my

KOTA BHARU - Desas-desus kononnya model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 17, mengalami penderaan emosi dan fizikal selepas menjadi isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry nampaknya tidak berasas.

Pasangan diraja itu yang kelihatan begitu mesra berpegangan tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa di sini semalam.

Pasangan diraja itu hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Husam, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota di sini pada pukul 1.40 petang. Kehadiran mereka menarik perhatian orang ramai pada majlis tersebut.

Kemunculan Manohara sekali gus menangkis beberapa laporan akhbar harian Indonesia baru-baru ini yang mendakwa model jelita itu telah didera di dada oleh suaminya yang merupakan seorang kerabat Diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kosmo! pada 22 April lalu melaporkan kenyataan yang dibuat oleh ibu model itu, Daisy Fajarina kepada akhbar harian di Jakarta yang mendakwa anak perempuannya itu mengalami penderaan fizikal dan emosi selepas menjadi isteri anak raja itu.

Pelakuan itu didakwa dilakukan sejurus selepas pasangan itu mengerjakan umrah pada bulan lalu, namun Istana Kelantan menafikannya malah memberitahu bekas model muda itu sangat bahagia bersama suaminya.

Ibu Manohara juga membuat tuduhan terbuka dengan mendakwa dihalang daripada melawatnya anaknya di negara ini ekoran larangan Jabatan Imigresen yang kononnya memenuhi permintaan pihak Istana Kelantan.

kosmo - 26 april 2009


dari berita harian - 26 april 2009



TENGKU Muhammad Fakhry (dua dari kiri) dan isteri beramah pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi dan Indah di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, semalam berangkat ke majlis perkahwinan anak lelaki Exco Kelantan, Datuk Husam Musa.

Pasangan terbabit sebelum ini sudah beberapa kali menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi sejak tersebarnya laporan media Indonesia yang mendakwa Cik Puan Temenggong yang juga bekas model terkenal republik itu, dilarikan dan didera suaminya.

Sebaliknya, pasangan itu yang tiba di kediaman Husam di Jalan Salor, di sini, pada jam 1.45 tengah hari dengan kenderaan rasmi istana, kelihatan ceria sambil bersalaman dengan tetamu.

Tengku Muhammad Fakhry yang berpakaian serba hitam, manakala isterinya berbaju kurung cerah corak bunga merah jambu dan tudung cerah berbunga, turut meluangkan masa berbual dengan pasangan pengantin, Ahmad Syafi Husam dan Indah Purnasari Didin Solahudin sebelum menikmati juadah di dalam rumah.

Pasangan terbabit berangkat meninggalkan majlis kira-kira 30 minit kemudian sambil sekali lagi kelihatan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Sementara itu, Husam ketika ditemui selepas itu, berkata Tengku Muhammad Fakhry dan isteri berangkat ke majlis perkahwinan anak sulungnya itu sebagai memenuhi undangan.

Sebelum ini, ibu bekas model itu, Daisy Farajina seperti dilaporkan media republik berkenaan, Surya, mendakwa anaknya dilarikan secara paksa oleh kerabat Sultan Kelantan selepas mereka selesai mengerjakan umrah di Jeddah, Arab Saudi, bulan lalu.

Beliau turut mendakwa, Jabatan Imigresen menghalang keluarganya masuk ke Malaysia untuk berjumpa Manohara, baru-baru ini.


utusan malaysia - 26 april 2009

Tengku Temenggong Kelantan,isteri saksi Piala FA

KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot turut menyertai 50,000 peminat bolasepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kehadiran baginda berdua turut memberi semangat kepada pemain Kelantan yang bertarung menentang pasukan Selangor dalam perlawanan tersebut.
Namun Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1 dalam waktu tambahan.

3 comments:

azman said...

pasal apa ramai tanya hang?

hang ni ketua inang dan dayang istana kelate ka?


btw, anak raja ni, adik farispetra ka?

nazz said...

Ho ho ho.. kalau dh iri hati tu memacam criter yg dibuatnyer.. alahai..orang..orang...

attyfir said...

lawanya bini..