
nuffnang
Friday, February 27, 2009
Uhhh euuuu...
Monday, February 23, 2009
Miss Me?
Macam takk jekk.. uhukk...uhukk...
Takpelahh... (merajukkk)
So.... (abiss merajuk dah..haha) nak citer pasal apa yek for this entry? Nothing interesting to talk about lah... but in an hour Cik Cloudy nak p berdating lah... lama dah tak dating2... hehe...
Dapat ber-candle light dinner mcm ni....
best gak kan... huhu... hint..hint... ekekekek
Oklah... Cik Cloudy nak g tgk Oprah lah... isu menarik apa plak agak nyer malam ni...
see yaaaaaaaaa!
Wednesday, February 18, 2009
Barah Punca Utama Kematian
Tuesday, February 17, 2009
Teori Cinta Dari Kujie2

Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.
Cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative.Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.
Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada.
Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada.
Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, “Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa” maka katakan saja apa yang aku katakan tadi berdasarkan teori relativiti.
Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: “Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah.” Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.
Bukankah cinta juga begitu?
Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga Cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.
Tetapi bagaimana kita mahu mengenali cinta yang mana untuk kita dan bukan untuk orang lain?
Seperti isyarat radio, cinta juga mempunyai frekuansinya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan isyarat cinta tidak pernah bertindih antara satu sama lain. Kita ibarat stesen radio yang memancarkan dan dalam masa yang sama menerima isyarat dari stesen radio yang berlainan. Sebab itu kita dapat mengenali cinta dari kekasih kita, ibu bapa kita, binatang peliharaan kita dan juga isyarat cinta dari Tuhan. Masing-masing mempunyai isyarat yang tersendiri dan kita mengenali isyarat tersebut melalui frekuansi yang terdapat pada isyarat itu. Cuma perlu tuning pada frekuansi yang betul dan kita akan mendengar isyarat cinta mana yang sedang kita terima.
Kekadang dalam menerima isyarat cinta, kita mungkin mudah terkeliru. Mungkin kerana isyarat cinta itu terlalu serupa antara satu sama lain dan mungkin juga isyarat itu sudah berubah ketika ia sampai pada kita atau kita yang mentafsirkan isyarat itu dengan cara yang silap.
Tetapi rupa dan bentuk akan kerap-kali memberikan gambaran yang berlainan pada orang yang menilainya. Konsep realiti memberikan persepsi yang berbeza bergantung kepada pemerhatian individu. Apa yang kita fikirkan mungkin tidak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Dan ini yang selalunya memberikan kesan konflik pada manusia untuk mendalami makna cinta.
Jadi cara terbaik untuk memahami cinta ialah dengan menerima makna cinta mengikut acuan dan pemahaman kita sendiri tetapi tidak menolak persepsi dan pemahaman orang lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita.
Posting ini hanyalah artikel yang saya simpan dalam notepad. Saya mohon maaf jika saya sendiri tidak pasti sumber rujukan yang sah. Sudah bertahun disimpan dan sudah berkali-kali komputer ini di install.
Saya berniat berkongsi artikel ini selepas saya membaca posting mrs azmi yang baru sebulan lebih menjadi pengantin , mengenai cinta yang tidak harus berbentuk bunga
Lirik Lagu Penantian By Band Kertas
bintang temanilah aku
terangi gelap malamku
aku ingin engkau tahu
ku kan selalu menunggu
hilangkan rasa letihku
Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku
dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
hanya dirimu ...
beri malamku yang menghiasi jiwa
yang rapuh
terlalu merindumu
hoo oo ooo....
Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku .....
dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
hingga hati itu
kan jadi milikku huuu...uu.... Complimentary "kertas band - penantian
Monday, February 16, 2009
Live Blogging 4
Yieehaaa..tgkkk..bjaya megamall..haha..tau dh mcm mana..
Hahaaa..see...more perenggan..haha..
Dah x senggugut kan kak neeza..
So,apa mau cite yek..ermm.. Nk cite aku tensen dok umah lah kali ni,tensen ngan hosmet2 yg sgt 'rajin'! Eee! D thought of them aku dh geram..isk..pemalas nk m4mp....uS..haaa geram tu!
Dah lama pendam sbnarnye,slama ni my lalling lah yg jd tmpat aku luahkan ,shian lalling kan..nk citer kt kwn ofis yg lain2 mana mungkin..my hosmets r my colleagues gituuu...
Td nk kuar..menyirap darah aku tgk sinki penuh! Payah sgt ke nk terus cuci plates tu lpas mkn?Well..xde la byk sgt,tp if 3,4 plates dkumpul2,lama2 x ke byk? Aku kekadang tu smpai ke tahap abis nk marah,aku nk gelak plak rasa, how LAZY can u be? Xkan lepas mkn 1 pinggan pun xleh trus nk basuh! Eee! Geram tul tau
Biasanya hosmet2 aku tu suka biar dlu 1 mlm,then esk dia bsuh la,aku penah sound ckp kalu biar gitu mewarisi kepapaan..mmg aku byk kali dh baca..xbaik biarkan pinggan mangkuk x cuci semalaman..bila aku ckp kt hosmet A,dia salahkan hosmet B,padahal aku perati,dua2 sama jek!
Penantian By Kertas
To those yg youtube kena block... tu kat atas tu aku letak youtube lagu Penantian by Kertas
Very soothing lah lagu dia... rasa tenang..relax je dengar lagu nih...
Next entry aku letak lirik dia yek...
Radix Fried Chicken


Sunday, February 15, 2009
Emmmmuaaashhhhh....
Kisses unleash chemicals that ease stress levels
By RANDOLPH E. SCHMID, AP Science Writer Randolph E. Schmid, Ap Science Writer
CHICAGO – "Chemistry look what you've done to me," Donna Summer crooned in Science of Love, and so, it seems, she was right. Just in time for Valentine's Day, a panel of scientists examined the mystery of what happens when hearts throb and lips lock. Kissing, it turns out, unleashes chemicals that ease stress hormones in both sexes and encourage bonding in men, though not so much in women.
Chemicals in the saliva may be a way to assess a mate, Wendy Hill, dean of the faculty and a professor of neuroscience at Lafayette College, told a meeting of the American Association for the Advancement of Science on Friday.
In an experiment, Hill explained, pairs of heterosexual college students who kissed for 15 minutes while listening to music experienced significant changes in their levels of the chemicals oxytocin, which affects pair bonding, and cortisol, which is associated with stress. Their blood and saliva levels of the chemicals were compared before and after the kiss.
Both men and women had a decline in cortisol after smooching, an indication their stress levels declined.
For men, oxytocin levels increased, indicating more interest in bonding, while oxytocin levels went down in women. "This was a surprise," Hill said.
owwwhh...gitu ekkk..... patutler.... huh??? muahahaha...
After Midnight By YUNA
Saturday, February 14, 2009
Mysapace YUNA
aku suka lagu Rocket..
you're like a rocket in my mind...
rocket in my mind...
tapi the best is Deeper Conversation lah...
is your favourite colour blue....
do you always tell the truth...
do you believe in outer space....
Friday, February 13, 2009
live blogging 3
Valentine
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus
Umat Islam perlu mengelak daripada turut meraikan hari kekasih kerana ia tidak dianjurkan oleh ajaran Islam. - gambar hiasan
Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.
Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
Thursday, February 12, 2009
Yuna - Dan Sebenarnya
youtube - video lagu dan sebenarnya by yuna
if korang tak nampak youtube tu maybe sebab internet korang kena blok dr masuk youtube la kot...
Yuna - Dan Sebenarnya

Tak sabar rasanya nak bli EP dia... kata nyer kat Crocodile Rocks ada jual... hmmm... jom kita g bli malam ni nak?
Braising
Harian Metro vs Kosmo

Wednesday, February 11, 2009
Taharah: Sabun Untuk Menyamak

MEMANDANGKAN adakalanya kita sukar untuk mendapatkan tanah yang suci untuk menyamak najis mughallazoh (anjing dan babi), syarikat Taharah Global (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif memperkenalkan sabun tanah liat Taharah. Langkah syarikat itu boleh diberikan pujian.
Sabun Taharah yang bermaksud suci itu telah berada di pasaran sejak tahun 2004. Ia boleh dilakukan untuk bersuci dan menyamak dengan syarat menggunakan kaedah syarak iaitu sekali dengan air sabun Taharah diikuti dengan enam kali basuhan air bersih. Ini bermakna anda tidak perlu menggunakan tanah yang dikorek.
"Sesetengah mufti dari negeri Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan turut menyatakan sokongan terhadap produk ini. Kami mengambil masa selama empat tahun untuk penyelidikan dan pembangunan manakala satu setengah tahun untuk memperoleh fatwa," kata pengarah syarikat Taharah Global, Azian Mahmud ketika dihubungi Kosmo!.
"Kandungan sabun yang mengandungi 90 peratus tanah liat ini boleh digunakan untuk menyamak," kata Azian.
SABUN Taharah diperbuat daripada 90 peratus tanah liat.
Azian berkata, produk yang diperbuat daripada tanah liat itu juga baik untuk memperbaiki kulit bermasalah seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur dan rekahan tumit kaki.
"Khasiat tanah amat baik untuk manusia. Hikmahnya, manusia sendiri berasal dari tanah. Tanah juga mempunyai fungsi pembasmi kuman semula jadi," katanya.
Sabun Taharah sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk kulit bayi. Ia juga mampu melembapkan kulit yang kering dan memperbaiki sel-sel kulit yang mati.
Menurut Azian, sabun itu juga boleh mencerahkan dan menghaluskan kulit.
Sabun itu dijual pada harga RM5.90 setiap satu buku. Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 03-62763416 atau 012-243 1110
Tuesday, February 10, 2009
Arena Wati
Pak Arena dah meninggal rupanyer...
innalillah... semoga rohnya dicucuri rahmat...
photo kredit: http://haniesalwah.blogspot.com/

Sasterawan Negara Arenawati
Aku minat baca buku trilogi dia.. Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak... buku yg diperkenalkan oleh uncle2 aku... cerita yg berlatar belakangkan tiga benua.. amerika,eropah dan jepun (ye...sy tau..bukan benua..hehe)
Pak Arena ni the only sasterawan negara yg aku byk baca buku dia... memang respect abis laa ngan buku trilogi yg aku cakap tadi tu...
National laureate Arena Wati dies
from: The Star
KUALA LUMPUR: National laureate Muhammad Dahlan Abdul Baing, 84, better known as Arena Wati, died at the Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM) in Cheras at 1.40am Sunday, from lung cancer.
He was being treated at HUKM since Sept 20, and his wife Halimah Sulong and two of his children, Ratna Siti Akbari and Hasanuddin, were at his bedside when he breathed his last.
His remains were brought to the Federal Territory Mosque in Jalan Duta at noon for the funeral prayer before burial at 3pm at the Bukit Kiara Muslim cemetery.
Besides his wife, and Ratna and Hasanuddin, Arena Wati also leaves behind four other children, Rahmah Wati, Hirianty, Ilhamuddin and Kamaluddin Rostor.
Rahmah Wati, his eldest, said while warded, her late father was still writing his trilogy titled BaraBaraya.
“The trilogy -- which revolves around the struggles of the Malays in the archipelago -- is to be published this year,” she said.
Meanwhile, another national laureate, Tan Sri A. Samad Said, regards Arena Wati’s death as a big loss to the Malay literary world.
“He was very prolific as he was much inspired by his life’s experiences,” said Samad of his comrade.
Arena Wati, was born on July 30, 1925 in Kalumpang Kabupatan, Jeneponto, Makasar, Indonesia and went to a Dutch school in Makasar before it was closed when the war broke out.
He had used other pen names such as Duta Muda and Patria. He won several awards like the SEA Write Award in 1985 and was made a national laureate in 1988.
Arena Wati also entered the journalistic world in 1954 and was once an editor at Pustaka Antara.
Among his many works were Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991) and Citra (1991). -- Bernama
Khidmat Menyamak
sajer nak share... coz biasanyer ramai yg suka baca blog dari baca newspaper kan.. hehe..jgn mare....
very interesting lah idea bisnis depa nih...
Oleh ADHAM SHADANadham.shadan@kosmo.com.my
Syarikat Sinar Murni Enterprise menyediakan perkhidmatan yang jarang ditawarkan iaitu melakukan samak di bangunan atau rumah.

SARIMAH menunjukkan perbezaan tanah. Tanah di sebelah kiri yang lebih mudah hancur tidak boleh digunakan untuk menyamak manakala tanah liat (kanan) dibolehkan.
SEORANG peniaga telah membeli sebuah premis untuk memulakan bisnes perusahaan makanan halal. Premis tersebut terletak di dalam sebuah bangunan yang selama ini terbiar. Dia diberitahu terdapat banyak anjing liar yang bertandang ke bangunan tersebut. Dia juga dimaklumkan bahawa bangunan tersebut sebelum ini turut menempatkan sebuah restoran yang menyajikan daging babi.
Sebagai seorang Islam, peniaga tersebut tahu bahawa anjing dan babi ialah najis berat (mughallazoh) yang perlu disucikan dengan menyamak. Menyamak adalah perbuatan membasuh sesuatu sebanyak tujuh kali dengan air dan salah satu daripadanya ialah air bercampur tanah. Jika tidak melakukannya, bagaimana peniaga tersebut boleh meyakinkan orang ramai bahawa produknya halal?
Memandangkan perniagaannya masih di peringkat awal, banyak perkara perlu diuruskan menyebabkan dia tidak berupaya untuk menyamak sendiri premisnya. Kepada siapakah dia boleh dapatkan bantuan?
Dalam senario seperti itu, mungkin peniaga itu boleh mendapatkan khidmat yang ditawarkan oleh sebuah syarikat pembersihan, Sinar Murni Enterprise (SME). Syarikat itu bukan sahaja menawarkan kerja-kerja pembersihan biasa, perpaipan dan pembuangan sampah, malah ia juga menawarkan perkhidmatan menyamak bangunan dan rumah. SME dipercayai syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu di negara ini. Syarikat itu ditubuhkan pada 2005.
Pengurus Operasi Sinar Murni Enterprise, Sarimah Othman, 43, berkata, syarikat itu mula menawarkan khidmat menyamak apabila dilantik sebagai kontraktor bahagian pembersihan projek Perbadanan Industri Halal Berhad (PIHB), kompleks Hab Halal. Hab Halal merupakan kompleks yang menjual produk halal 100 peratus.
SME ialah syarikat yang bertanggungjawab melakukan proses menyamak bangunan lima tingkat kompleks Hab Halal di Selayang, Selangor pada Ogos lalu. Pengerusi PIHB, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan Pengarah Urusan Kumpulan PIHB, Datuk Norashikin Shahrom turut hadir pada majlis menyamak bangunan tersebut.
TANAH diangkut menggunakan jengkaut untuk dipindahkan ke lori.
3G
Sunday, February 08, 2009
I AM BACK PEOPLE!!
Sunday, February 01, 2009
In The News

ARKIB : 22/01/2009
Kajian bawa Michael kepada Islam
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Micheal David Shapiro
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
DALAM pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai!
Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).
Walaupun mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri.
Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis.
Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini lebih dibesarkan oleh neneknya, Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia.
Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu hanya sebuah fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya.
"Perbahasan yang rasional dan kritikal jauh lebih penting daripada sekadar mematuhi ajaran dan perintah suci agama.
"Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan menuju hakikat kebenaran," katanya.
Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak dari turut mengikut jejak langkah si ibu itu.
Namun mari kita bandingkan dengan seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.
"Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yang satu.
"Jika 'seorang' tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kepada satu tuhan sahaja," katanya.
Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yang ateis.
"Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yang menciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah tuhan itu mesti wujud.
"Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat 'beribu-ribu' tuhan yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut," katanya.
Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau monotheistic.
"Ini menjadi usaha saya lebih mudah," katanya.
Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala.
Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments), Kitab Taurat dan Jiwa Yahudi.
"Jiwa yang Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yang menyebut; 'Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian (Judaism) yang ada'.
"Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut, tidakkah ini satu diskriminasi?! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara satu sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya," soalnya.
Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi.
"Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik," kata Micheal.
Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.
"Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya, satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul?
"Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya," katanya.
Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.
"Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam.
"Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya," kata Micheal.
Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda 'menyeru kepada kasih sayang sesama umat'.
"Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku?
"Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh," katanya.
Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh akal yang logik?!
"Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan). Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 tahun dahulu.
"Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yang lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama," tambahnya.
Kata Mishael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan.
Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah 'berkenalan' dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!













