Sabun untuk menyamak
MEMANDANGKAN adakalanya kita sukar untuk mendapatkan tanah yang suci untuk menyamak najis mughallazoh (anjing dan babi), syarikat Taharah Global (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif memperkenalkan sabun tanah liat Taharah. Langkah syarikat itu boleh diberikan pujian.
Sabun Taharah yang bermaksud suci itu telah berada di pasaran sejak tahun 2004. Ia boleh dilakukan untuk bersuci dan menyamak dengan syarat menggunakan kaedah syarak iaitu sekali dengan air sabun Taharah diikuti dengan enam kali basuhan air bersih. Ini bermakna anda tidak perlu menggunakan tanah yang dikorek.
"Sesetengah mufti dari negeri Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan turut menyatakan sokongan terhadap produk ini. Kami mengambil masa selama empat tahun untuk penyelidikan dan pembangunan manakala satu setengah tahun untuk memperoleh fatwa," kata pengarah syarikat Taharah Global, Azian Mahmud ketika dihubungi Kosmo!.
"Kandungan sabun yang mengandungi 90 peratus tanah liat ini boleh digunakan untuk menyamak," kata Azian.
SABUN Taharah diperbuat daripada 90 peratus tanah liat.
Azian berkata, produk yang diperbuat daripada tanah liat itu juga baik untuk memperbaiki kulit bermasalah seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur dan rekahan tumit kaki.
"Khasiat tanah amat baik untuk manusia. Hikmahnya, manusia sendiri berasal dari tanah. Tanah juga mempunyai fungsi pembasmi kuman semula jadi," katanya.
Sabun Taharah sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk kulit bayi. Ia juga mampu melembapkan kulit yang kering dan memperbaiki sel-sel kulit yang mati.
Menurut Azian, sabun itu juga boleh mencerahkan dan menghaluskan kulit.
Sabun itu dijual pada harga RM5.90 setiap satu buku. Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 03-62763416 atau 012-243 1110
1 comment:
bagusnya.. senang lah kan ada sabun gitu.. especially kalau orang duk kat oversea yang anjing merata2..
Post a Comment