nuffnang

Saturday, October 31, 2009

Mini Laptop Paling Murah?

MIKE TEE menunjukkan komputer peribadi mini berharga RM1,099 seunit di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar telefon bimbit tempatan, CSL Group of Companies (CSL) semalam melancarkan sebuah model komputer peribadi mini, N1008.

Naib Pengerusi CSL, Ir. Megat Radzman Megat Khairuddin berkata, pengenalan model baru itu sejajar dengan permintaan terhadap komputer peribadi yang semakin meningkat di kalangan pengguna di negara ini.

"Ia merupakan model ketiga selepas siri N1000 dan N11000 yang mendapat sambutan hangat selepas ia dilancarkan pada Jun dan September lalu.

"Apa yang menariknya, model ini dijual pada harga RM1,099 iaitu terendah berbanding siri-siri lain di pasaran serta mempunyai fungsi serta rekabentuk yang dijangka memenuhi cita rasa pengguna," katanya pada sidang media selepas pelancaran komputer peribadi N1008 dan pelancaran kiosk bergerak CSL serta cawangan CSL ke-127 di sini semalam.


sumber:kosmo.com.my

Friday, October 30, 2009

Congrats Yuna!

Yuna: Jangan label artis tidak pandai jika tidak berkelulusan tinggi

Yuna bergambar pada majlis konvokesyennya di UiTM, Shah Alam Selasa lalu.

PENYANYI berbakat besar ini pada awalnya agak segan untuk berkongsi cerita dan gambar-gambar yang diambil di majlis konvokesyennya yang berlangsung pada Selasa lalu untuk tatapan umum.

Bukan kerana tidak mahu memberikan kerjasama, namun Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan panggilan Yuna ini agak keberatan berbuat demikian kerana enggan disalahtafsirkan oleh pihak-pihak tertentu.

Tambahan pula dengan pelbagai kata kurang enak yang dilemparkan buat dirinya sejak kebelakangan ini, Yuna agak 'serik' kerana bimbang apa yang akan berada di kotak fikiran masyarakat nanti andai kata dia begitu terbuka menceritakan tentang majlis graduasinya itu.

Namun, setelah dipujuk, penyanyi berusia 23 tahun ini akhirnya tidak menolak untuk berkongsi serba-sedikit kegembiraan yang dirasainya setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu.

"Saya ni segan sikit kalau nak bercerita tentang hal ini. Saya tidak mahu orang buat andaian macam-macam pula. Tetapi, jika cerita saya ini dapat dijadikan sebagai satu inspirasi buat anak-anak muda, saya rasa tidak mengapalah saya berkongsi sedikit," ujar Yuna.

Menurut gadis kelahiran Alor Star, Kedah ini, dia akui cukup gembira apabila usahanya selama ini bertungkus-lumus dalam mempelajari selok-selok dunia guaman dan menyiapkan tugasan yang diberikan 'terbayar' jua apabila dia berjaya menamatkan pengajiannya.

Enggan berkongsi secara mendalam tentang keputusan dan pencapaian yang diraih dalam pengajiannya itu, kata Yuna, cukuplah jika dia mengatakan, kejayaan tersebut amat indah untuk disimpan kemas di dalam kamus hidupnya dan orang-orang tersayang di sampingnya iaitu ibubapanya.

"Berhasil jua usaha dan pengorbanan saya selama ini kerana akhirnya impian untuk menggenggam ijazah tercapai jua.

"Dan apa yang lebih menyeronokkan saya ialah kerana dapat meraikan hari konvokesyen bersama ibu dan bapa, serta sepupu saya, Wawa.

"Saya juga ada menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana pula kelak. Tapi, tak tahulah bila masanya saya dapat berbuat demikian kerana selepas ini, saya ingin berikan tumpuan terlebih dahulu terhadap bidang muzik.

"Namun, biar apapun, saya tetap akan pastikan hasrat saya ini terlaksana jua meskipun masanya agak lambat lagi untuk saya berbuat demikian," kata Yuna yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Mengimbas semula zaman universiti yang dilaluinya itu, ujar Yuna, 'zaman' itu memang merupakan satu perjalanan yang cukup menarik buat dirinya dan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi bidang yang diambilnya itu merupakan pilihannya sendiri.

"Saya memang cukup meminati bidang undang-undang kerana bidang ini juga pada masa yang sama menekankan aspek bahasa. Bidang ini jugalah yang akan saya pilih kelak jika hasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana tercapai.

"Jika tidak menjadi seorang peguam pun satu hari nanti, mungkin saya akan terbabit di dalam profesion lain tetapi masih ada berkaitan dengan guaman. Tidak semestinya seseorang itu perlu menjadi peguam saja jika mengambil bidang undang-undang.

"Apapun, saya seronok melalui fasa pembelajaran bersama rakan-rakan selama ini. Apa yang penting, saya dapat lalui zaman universiti dengan 'aman' kerana tidak ramai orang mengenali saya sebagai penyanyi.

"Mungkin kerana sewaktu lagu Dan Sebenarnya mula melonjak, saya pada waktu itu sudah pun menuntut di tahun akhir pengajian," tutur pemilik Yuna Room Records dan IAMJETFUEL Enterprise ini.

Ditanya pendapatnya tentang bilangan artis berpelajaran tinggi tidak begitu ramai memenuhi industri seni tanahair, kata Yuna, definisi 'berpelajaran tinggi' itu sebenarnya cukup subjektif untuk diperkatakan.

"Saya memang sentiasa meletakkan keutamaan terhadap pendidikan. Bagi saya, ilmu memang amat penting bagi setiap manusia. Tetapi saya berharap, masyarakat boleh menukar persepsi tentang artis yang tidak belajar sehingga di peringkat universiti.

"Jangan labelkan artis itu tidak pandai hanya kerana dia tidak mempunyai ijazah atau bukan berkelulusan tingi. Ilmu boleh dikutip di mana-mana saja sebenarnya sepanjang hidup kita.

"Adakalanya, 'street smarts' lebih bagus daripada 'book smarts'," ujar Yuna yang kini terlibat di dalam persembahan siri jelajah kumpulan indie dari Indonesia, Mocca yang membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.



sumber: mstar.com.my

Gambar Anak Linda Jasmine

Dekat trackker nuffnang aku berduyun2 readers sampai ke blog nih mencari gambar anak que haidar n linda jasmine... ada satu yg lawak sangat keyword nyer 'que haidar bersalin' hahahaha... itu keyword yg di taip... huhu...

Anyway... gambar Tengku Ratu tade kuar kat mana2 paper/blog lagi laa.. memang kena tungguuuuuu... wahhh... anak kembar ziana zain pun tak kuar lagi gamba kan.. ni nak tunggu Tengku Ratu nyer gambar plak.. hehe...

owhh... ni aku jumpe kat mstar.com.my



Linda: Ada yang gelar 'Ratu' saya Snow White

Que dan Linda semasa majlis resepsi perkahwinan mereka pada 14 Februari lalu.

SELEPAS aktor Que Haidar mengumumkan kelahiran anaknya, Tengku Ratu Haidar, ramai yang berminat untuk mengetahui sebab dia dan isteri, koreografer Linda Jasmine memilih nama yang khabarnya juga tidak dimiliki oleh sesiapa dalam dunia ini.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober lalu di Hospital Gleneagles, Ampang secara pembedahan dengan berat 3 kg.

Setelah ditanya kepada pelakon terkenal filem ‘Setem’, ‘Papadom’, ‘Maut’ dan ‘Castello’ ini, Que membetulkan salah faham mengenai isu nama ‘satu dalam dunia’ itu.

Jelas Que, dia dan Linda tidak mengetahui yang nama Ratu pernah digunakan oleh mana-mana perempuan sebelum ini, jadi sebab itu dia berani mengatakan yang nama anak perempuan sulungnya itu begitu istimewa.

“Saya nak jelaskan kepada semua yang saya tidak pernah tahu langsung orang lain pernah gunakan nama itu.

“Jadi, kalau ada tu nak buat macam mana dah kebetulan sama. Saya inspirasikan nama Ratu semasa majlis perkahwinan kami pada Februari lalu.

“Ramai dikalangan rakan-rakan media yang menggelarkan Linda umpama ratu. Selain itu, saya anggap bayi kami ini sebagai ratu hati saya.

“Saya sudah ada khalifah hati saya iaitu anak tiri saya Qalif Khan dan sekarang saya ada ratu pula.

“Nama Haidar pula diambil sempena nama arwah bapa saya,” kata Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.

Beritahu Que, Linda masih lagi berada di Hospital Gleneagles, Ampang dan semakin beransur sihat sejak dibedah tempoh hari.

Dalam pembedahan itu, Linda tidak mengambil apa-apa ubatan disebabkan alahan.

“Alhamdulillah, Linda semakin sihat daripada semalam. Buat masa ini dia masih dirawat di hospital ini selepas tidak sihat selepas bersalin hari tu. Bayi kami berada dalam keadaan sihat dan kuat menyusu,” katanya lagi.

Sementara itu, Linda semakin berselera untuk menjamah makanan selepas dua hari lalu dinasihatkan oleh doktor untuk tidak makan apa-apa melainkan minum air.

Kata Linda, dia gembira dengan kelahiran Ratu yang sememangnya dinanti-nantikan sebelum ini.

“Saya memang dah lama mahukan anak perempuan jadi sekarang saya sudah mendapat Ratu.

“Kulit Ratu putih merah dan ada antara kawan saya yang menggelarnya ‘snow white’.

“Selepas ini, saya tak kisah untuk ada anak lagi jika ada rezeki..,” tutur Linda dalam nada ceria di hujung talian.

Diusik tentang bila wajah Ratu akan ditunjukkan kepada orang ramai, Linda berkata biar masa yang menentukan.

“Setakat ini, kami tak galakkan media menyiarkan wajah Ratu dan jika ada yang hendak datang melawat, kami tak benarkan sesiapa mengambil gambarnya.

“Mungkin selepas pantang baru kami bersedia untuk tunjuk Ratu kepada semua,” kata Linda yang berharap semoga semua orang bersabar menantikan kemunculan Ratu.

Tuesday, October 27, 2009

Anak Que Haidar dan Linda Jasmine

Tengku Ratu Haidar penyeri hidup Linda-Que

PETALING JAYA: Koreografer Linda Jasmine telah selamat melahirkan bayi perempuan, Tengku Ratu Haidar, pada pukul 2 petang semalam di hospital Gleaneagles, Ampang.

Isteri kepada pelakon Que Haidar ini melahirkan Ratu secara pembedahan

Que yang dihubungi melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran bayi seberat 3 kg itu.

"Semasa menemaninya bersalin, perasaan saya bercampur-baur...gembira, tak sabar, teruja serta takut.

"Walaupun saya takut dengan darah, saya kuatkan juga semangat untuk terus berada di situ sampai Linda selesai bersalin.

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma Linda kurang sihat dan demam selepas bersalin kesan daripada pembedahan tersebut kerana dia alah pada ubat-ubatan," katanya yang berehat sementara daripada lakonan demi menjaga Linda dan anaknya itu.

Ratu bayi pertama hasil perkahwinan Que dan Linda manakala linda sebelum ini turut mempunyai seorang anak, Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya dulu.

Buat masa ini, Que berkata dia dan Linda belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayi mereka di media massa, namun tidak menghalang pihak media yang ingin melawat Linda dan bayi mereka.

Cerita Di Sebalik .my

Alamat .my lambang kebanggaan

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my


KEBANYAKAN kita menggunakan tidak mementingkan alamat laman web seperti www.blalaa.com, www.blalaa.net, www.blalaa.int, www.blalaa.name dan sebagainya.

KEBANYAKAN kita menggunakan tidak mementingkan alamat laman web seperti www.blalaa.com, www.blalaa.net, www.blalaa.int, www.blalaa.name dan sebagainya.

Mungkin ramai pengguna yang memiliki blog menggunakan platform blogspot, wordpress dan macam-macam lagi walaupun tidak dinafikan ia ditawarkan secara percuma.


Bagaimanapun, alangkah baiknya kalau kita memiliki .my pada hujung alamat laman web memandangkan ia gambaran sebenar yang menunjukkan dari mana asal laman web itu terbabit.

Ia berdasarkan kemampuan kita membayar alamat 'domain' dengan anggaran RM50 ke RM120 setahun.

Bagi individu, ia mungkin sukar, namun perkara sama tidak sepatutnya dikeluhkan syarikat yang bertapak di negara ini.

Alamat domain boleh dianggap seperti alamat rumah kita yang menunjukkan beberapa perkataan seperti www.hmetro.com.my, www.bharian .com.my dan sebagainya.

Kalau dulu, alamatnya mempunyai tiga perkataan seperti hmetro, .com dan .my namun ia mengalami perubahan pada tahun lalu selepas .c membenarkan perkataan .my saja digunakan.

Tanpa perlu menoleh ke belakang, mak cik di kampung atau siapa yang teringin memiliki laman web menggunakan nama sendiri seperti www.ali.my atau www.satekampung.my kini boleh mendaftar untuk mendapatkannya selepas .my DOMAIN REGISTRY membuka tawaran itu kepada umum.

Tahun lalu, pembekal pendaftaran alamat Internet terkemuka Asia Pasifik, .my DOMAIN REGISTRY yang sebelum ini dikenali sebagai MYNIC Berhad menawarkan alamat dua peringkat `domain' (2DL) kepada rakyat di negara ini berbanding 3DL sebelum (contohnya www.123.com.my) bermula 25 Mac 2008.

Pengarahnya, Shariya Haniz Zulkifli, berkata ia berdasarkan siapa cepat dia dapat dengan mengaktifkan alamat Malaysia kepada 2DL melalui 31 vendor yang berdaftar.

"Mungkin umum tertanya-tanya apa yang istimewanya 2DL, jika kita melihat perkataan itu sendiri iaitu `my' bermakna saya punya selain singkatan untuk Malaysia malah ia mudah diingati," katanya.

Menurutnya, .my melambangkan kebanggaan kerana menggunakan singkatan Malaysia yang menaikkan imej serta penjenamaan sekali gus meningkatkan populariti laman web.

"2DL menawarkan perkhidmatan alamat Internet lebih mudah dan ringkas untuk diingati bagi mengurangkan jurang industri dalam pelbagai perniagaan serta aktiviti," kata Shariya.

Pendaftaran 2DL dibuka kepada individu atau organisasi berdasarkan siapa cepat dia dapat dengan perlu mengemukakan dokumen sokongan serta berumur 18 tahun ke atas.

Untuk kes ini, laman web dengan belakangnya yang berakhir dengan .my menunjukkan ia datang dari Malaysia secara tidak langsung menjadi simbol di kebanggaan kepada rakyat yang memakainya.

Ia termasuk kepada pemakai yang menggunakan laman web untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ini bermakna, langkah menggunakan .my pada bahagian belakang adalah simbol kenegaraan yang perlu dititikberatkan juga.

Sehingga hujung 2008, pendaftaran alamat domain mencecah sehingga 80,786 yang menerawang di dunia siber mengikut perangkaan dikeluarkan .my DOMAIN REGISTRY.

Namun begitu, lebih 50 peratus syarikat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia tidak mempunyai .my.

Ia berdasarkan pemerhatian pendaftar tunggal alamat domain itu yang mendapati 48.5 peratus atau 466 daripada 961 syarikat di negara ini tidak memiliki alamat domain berakhir dengan .my

Shariya berkata, 278 syarikat di Papan Utama serta 121 syarikat pada Papan Kedua tidak memiliki .my manakala 67 organisasi tersenarai di Mesdaq juga tidak berbuat demikian.

"Malah ada antaranya yang langsung tidak memiliki mana-mana laman web namun jumlahnya agak sedikit," katanya.

Menurut Shariya, syarikat di negara ini seharusnya tidak memandang mudah pendaftaran .my berasaskan tiga objektif iaitu identiti jenama unik, melindungi harta intelek (IP) dan mengelak 'setinggan siber'

"Sebagai entiti yang bertanggungjawab terhadap pendaftaran domain, .my memberi nama unik kepada syarikat di Malaysia untuk menggunakannya di dunia Internet yang menguatkan kehadiran negara ini di pentas dunia," katanya.

Katanya, negara diiktiraf sebagai antara 20 negara yang aktif dalam dunia perniagaan.

"Oleh itu, apabila menggunakan alamat domain .my, ia akan menambah potensi untuk mengakses pasaran eksport dan import.

"Orang luar akan lebih percaya sekiranya kita menggunakan alamat domain .my kerana mereka akan beranggapan langkah terbabit menunjukkan keseriusan syarikat yang mendaftar di Malaysia," jelasnya.

Beliau berkata, .my boleh membezakan syarikat Malaysia dengan entiti asing yang memiliki nama organisasi sama.

"Contohnya, akhbar Kanada iaitu The Toronto Star menggunakan alamat www.thestar.com manakala rangkaian perkhidmatan kewangan di Amerika, Star Networks memiliki domain www.star.com.

"Bayangkan kalau tiada .my di belakang alamat domain, ia pasti menyukarkan pelayar Internet melihat dari mana asalnya sebuah syarikat," kata Shariya.

Mengulas lebih lanjut, Shariya memaklumkan kepentingan melindungi IP menggunakan alamat domain .my yang disifatkan penting ketika berada di dunia tanpa sempadan.

"Syarikat akan bergantung kepada laman web untuk mendekati penggunanya sebagai sumber maklumat, produk atau perkhidmatan.

"Statistik terkini menunjukkan pertambahan 300 peratus pengguna Internet dari tahun 2000 hingga 2008," ujar Shariya.

Katanya, syarikat sepatutnya tidak ketinggalan di belakang kerana melindungi IP di Internet juga dikira aset penting dalam dunia perniagaan.

Selain itu, syarikat yang tidak mendaftarkan nama domain .my mereka mungkin mengundang kejadian penyalahgunaan nama laman web atau lebih dikenali setinggan siber.

Setinggan siber membawa makna individu tertentu yang mendaftar atau menggunakan trafik laman web orang lain untuk kepentingan sendiri berdasarkan identiti organisasi terbabit.

"Kes membabitkan setinggan siber dilaporkan mencecah sehingga 500,000 di Amerika Syarikat tahun lalu," tambah Shariya.

Katanya, walaupun belum ada kes sama dilaporkan di negara ini, ia tidak bermakna syarikat akan terus selamat daripada ancaman terbabit.

Menurut agensi di bawah Bangsa Bersatu (UN) iaitu Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO), sebanyak 2,329 aduan dibuat terhadap ancaman setingga siber yang mengancam hak cipta syarikat dilaporkan dan ia bakal meningkat dari tahun ke tahun.

Salah satu modus operandi mereka melakukan setinggan siber termasuk niat menjual nama domain kepada syarikat ditiru dengan harapan mereka akan membayar lebih untuk alamat laman web yang dicuri itu.

Secara tidak langsung, pencurian nama domain turut menjejaskan reputasi syarikat sekiranya si pemakai menggunakannya untuk tujuan tidak baik.

Seterusnya, Shariya menjelaskan, kurangnya kesedaran pengguna terhadap penggunaan nama domain menjadi faktor utama yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk mendaftar .my.

"Ada yang beranggapan pendaftaran nama domain tidak penting namun ia membabitkan reputasi yang perlu diambil kira," katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili pun bersetuju pendaftar nama domain .my berpeluang membawa jenama dan identiti Malaysia ke pasaran dunia.

"Pencarian di Internet mengenai sejarah, ekonomi, produk serta perkhidmatan negara di Malaysia akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan menggunakan singkatan .my yang tidak berkategori.

"Malaysia berjaya menyertai negara lain di rantau Asia Pasifik yang turut mempunyai nama domain peringkat kedua ini. Kejayaan ini meletakkan negara setara dengan kemajuan teknologi di rantau itu", katanya.

Kita berada dalam negara yang mana rakyatnya patut menyenaraikan alamat domain .my memandangkan ia melambangkan identiti kenegaraan serta menunjukkan asal tumpah darah masyarakatnya.

Apatah lagi syarikat yang berjual beli dalam dan luar negara membabitkan urusniaga menggunakan laman web.

Kita perlu turut sama dengan negara lain terutama di Asia seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura yang mementingkan nama domain negara masing-masing dalam melonjakkan identiti tersendiri.


Aku Rindu Sayang Kamu

Aku Rindu Sayang Kamu

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

Monday, October 26, 2009

Berdebar.. y?

I was away yesterday..
Away from my daily routine..
and tonight I'm back to my normal life..
but why do i have this feeling now...
I feel nervous and excited at the same time..
iskkk... what is this... ?

ich vermisse dich

Absence makes the heart grow fonder

Saturday, October 24, 2009

JJCM: Kemaman Kopitiam

Di malam hari kepingin lepak2 dengan si dia... Kemaman Kopitiam jadi tempat yg dituju...

Tapi, awasss... g kopitiam ni... hati2 pilih menu... silap ari bulan terkejut besar masa nak bayar... (masa order tak tengok harga punyer pasal)

So... kalu agak2 time nak budget2 tu tak payah la order yg pelik2... tapi aku nih everytime g kemaman kopitiam mesti nak order coco lover... chocolate blended with ice cream... yumm..yumm tapi.... RM8.90 huhu



Kenapa Aku Rajin Buat Keje Yang Tak Penting, Keje Yang Penting Tak Siap2

Sabtu yang santai dimulakan dengan mengadap internet sementara menunggu si dia bangun tido.. sementara ber-online tu, buat laundry sket... keadaan rumah masih lagi sunyi sepi kecuali bunyi mesin basuh je la.. sunyi sepi tu lebih kepada maksud dua orang lagi puteri dalam umah nih yg masih lagi dalam alam 'sleeping beauty'

Setelah sejam berlalu... bunyi handphone mendayu-dayu, tandanya sms diterima daripada si dia.. yeyy! dia dah bangun n jap lagi hari sabtu diteruskan dengan pergi makan roti canai sama-sama di kedai yang tuan kedai dah tak payah tanya nak kuah apa sebab dah hafal.. satu kuah dhal satu lagi kuah kari...makan sambil baca Kosmo dan Berita Harian... Harian Metro takde la plak arinih... hikss..

Sabtu diteruskan lagi dengan ke ATM... bukan Angkatan Tentera Malaysia yerr... tapi ke tempat cucuk duit tuuu... heehee... bila dah ada duit.. pi bayar utang lah.. pastu baru boleh g Giant....

Seterusnya Sabtu diteruskan.... kami ke...







for more info g website dia or call no tu yerk...


sukanya rasa di Sabtu ni kami dah jumpa tempat untuk salurkan barang2 terpakai kami... semoga ada yang mendapat manafaat daripada barang2 tersebut.. lain kali nak datang lagi ...suka lah... senang plak tu nak ke tempat tuu..


Sabtu seterusnya aku melepak dok umah je... buat keje2 umah... rasa sangat puas hati sebab sabtu ini aku dapat rearrange katil dalam bilik aku.. yey! dan masak2...

tapi seterusnya... sabtu aku tak tenteram dah bila memikirkan keje2 ofis yg tak siap... huarrggghhh... bos pulak dah call semalam cakap Monday nih nak.... argghhh lagi tensen...

Tapi yg tensen nyer... aku nih... mende lain aku buat tapi mende keje ofis tu kalau mengadap buat buleh je siap... tapi suka benar nak bertangguh... arrrrrrhhhh tolong! malas nyerrr nak start buat... iskkk... so harapnyer dengan meluahkan kat sini datang sedikit semangat nak buat lah...

Malam ni la aku buat... nak tido lah jap lagi.... huwaaaaaaaaaaa... apasal lah aku nih kan... insyaAllah... malam nih settle!

Esok ada projek lain plak nak wat... huhu...


Ya Allah Ya Tuhanku... aku bermohon kepadaMu, semoga semuanya berjalan lancar, permudahkanlah urusanku... amin...

Bajet 2010: Netbook Pakej

huhh.. mentang2 lah bajet 2010 ada cakap pasal pakej netbook utk pelajar terus je ada keyword yg sampai ke blog ni pasal cari netbook. Ok..ok utk tidak menghampakan.. mari kita tengok apa wikipedia definisi kan itu netbook

Netbooks (also called mini notebooks or subnotebooks) are a rapidly evolving[1] category of small, light and inexpensive laptop computers suited for general computing and accessing web-based applications; they are often marketed as "companion devices," that is, to augment a user's other computer access.[1] Walt Mossberg called them a "relatively new category of small, light, minimalist and cheap laptops." [2] By August 2009, CNET called netbooks "nothing more than smaller, cheaper notebooks."[1]

At their inception in late 2007 — as smaller notebooks optimized for low weight and low cost[3] — netbooks omitted key features (e.g., the optical drive), featured smaller screens and keyboards, and offered reduced specification and computing power. Over the course of their evolution, netbooks have ranged in size from below 5"[4] to over 13",[5] and from ~1 kg (2-3 pounds). Often significantly less expensive than other laptops,[6] by mid-2009, netbooks had been offered to users "free of charge", with an extended service contract purchase.[7]

In the short period since their appearance, netbooks have grown in size and features, now converging with new smaller, lighter notebooks.[1] By mid 2009, CNET noted "the specs are so similar that the average shopper would likely be confused as to why one is better than the other,"[1] noting "the only conclusion is that there really is no distinction between the devices."[1]

Friday, October 23, 2009

everyoneconnects: through my window lyrics

for the past few days heboh orang dok citer pasal everyoneconnects (well.. tak semua la heboh, tapi kat radio, kat FB kat blog)

it all started dengan envelope yg diterima oleh stesen2 radio yg tatau dari mana datangnyer.. takde sapa tahu sapa singer/group yg nyanyi lagu tuu.. well actually it's a new campaign from TM.... hahaa... clever!

just now.. aku tengok dia nyer tv ad, kiut miut sangattt! nak tengok pls visit this site

http://www.everyoneconnects.net

tapi kat tv pun ada...

THROUGH MY WINDOW

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Bajet 2010: Bayaran Khas RM500

Mesti ramai yg hampakan tade bonus.. well look on the bright side... if PM announce ada bonus tadi abiss la sume barang naikk..soo... serupeee jugak laa kan.. bersyukur lah dengan apa yg dapat tu kan....wahhh mcm pro gov. gilerr kan.. well.. tade lah...

ni dari mstaronline...

Penjawat awam Gred 41 hingga 54 dapat bayaran khas RM500

KUALA LUMPUR: Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini, hari ini.

Bajet 2010 ; Ada Bonus?


gambar amik kat malaysiakini.com




Apsal aku google Bajet 2010 tade pun kuar pasal bajet 2010 yg PM bentang tadi? Bukak mstaronline baru dapat tahu apa yg dibentangkan... anyway... ni berita nyer.. kepada yang menunggu2 nak dapat bonus tu.. hehehe... bersyukur je la dengan RM500 tuu..

BERITA

Bajet 2010: Insentif menarik kepada pelajar cemerlang, termasuk potongan tambang kereta api

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sektor pendidikan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkannya dalam Bajet 2010 berkata, kerajaan akan menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya.

“Mereka ini akan dipilih untuk dihantar ke 10 buah universiti terbaik dunia.

“Kerajaan juga akan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

“Bagi golongan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah kerajaan akan memberi diskaun 50 peratus bagi perhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas selagi mereka bertaraf pelajar,” katanya.

Najib menambah, pelajar-pelajar ini akan diberikan kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma melalui KTMB dan diskaun tambang ini akan bermula pada 1 Januari 2010.

“Kerajaan, akan turut menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.

“Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioriti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah,” kata Najib lagi.

Najib menambah, sebagai permulaan, pakej tersebut akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula pada 1 Januari 2010.





Syukran

Ada orang tu cakap, dia tiap2 hari masuk blog ni... this blog is a must for dia (kena guna 'dia' sebab if guna 'dia' yg dlm English jadi tau la plak..specific gender nyer.. haha)

So, utk tidak menghampakan dia tu.. aku update lah nih...


http://www.bantheoiltrade.com/images/drought.jpg


For the past few days kat Kuantan nih tade air... napa ntah air tade.. kata nyer sehari je tade air tapi makan masa 3 hari gak la air tade... first day ok lagi la kan sebab air tangki ada lagi... masuk 2nd n 3rd day memang susah la tade air nih... kalau yg berkeluarga lagi la susah kan.. this situation got me thinking.. ni baru nikmat kemudahan air yg paip yg takde sekejap pun dah susah kehidupan kita... mcm mana agak nya kalau nikmat2 lain yg Tuhan pinjamkan utk kita tu ditarik.. nauzubillah... bersyukurlah dengan apa yg kita ada kan.. macam ada satu pepatah yang aku baca.. yg bunyi nye lebih kurang mcm ni... aku selalu komplen aku takde banyak kasut, sehinggalah aku tengok orang yg takde kaki...... so... a reminder to myself.. janganlah nak mengeluh tak puas hati dengan apa yg kurang pada kita...

sekian.... kebetulan plak ari ni ari Jumaat... hehee... tazkirah gitu...



p/s: syukurrr alhamdulillah.... air dah back to normal... dah bleh basuh baju yg dah jadi gunung tu..

Thursday, October 22, 2009

Cik Cloudy; Featured Blogger in Redmummy.com!



I was featured in redmummy.com last Sunday! hoorayyy!

I was unaware of that, then on Monday my fren alerted me... waaahhh! Thanx a lot kak red!
I was too busy to even make an entry about that... only today I have a chance.. last nite I was damn tired... tade nafsu langsung nak bukak internet malam tadi.. tido je memanjangg... eh ye ke?? ke ada online jap? hehe...

thanx a lot kak red!

Wednesday, October 21, 2009

Cup Cakes Paling Comel






Comel giler kan cuppies nih!

Aku jumpe gambar cuppies tu kat blih nih:

http://anismagicfingers.blogspot.com/

For sure sayang nak makan kan if dapat cuppies gitu...

Sunday, October 18, 2009

Pagi Di Taman Bandar - Indera Mahkota

Ini cerita semalam... (Sunday - 18 Oct 2009)

Pagi2 hari lagi kiteorang kuar berdating... ehh.. silap.. kuar berjogging...




sesapa yg dok Kuantan mesti tahu Taman Bandar ni kan...



It was still quite early.. so tak ramai sangat orang.. masa nak balik tu baru orang ramai start datang..



best sangat sebab pagi2 dah beriadah... pastu g makan roti canai.. hahahaha.... next time we do this again ye my dear...

Friday, October 16, 2009

Orang Kuantan Cuba Teka



The weekend is here again... yey!! Jom lepak kedai mamak....

hmmm... mamak mana nih yek?

Thursday, October 15, 2009

Resepi & Workshop How To Become A Famous Blogger

Antara keyword yg glamer yg sampai ke blog nih ialah 'resepi kek cawan'. Ramai betul orang minat nak buat kek cawan sekarang nih yer...

So, I think I should pay more attention to kek cawan lah, kena banyakkan lagi entry pasal kek cawan... hehehe...

tapii... bila pk balik if keyword resepi kek cawan dah berjaya bawa orang2 yg search kat google tu ke sini.. baik tak payah dah la kan aku dok banyak kan entry pasal tu, might as well aku cari topik lain yg sememangnya menjadi keywords yg hot di internet kann.. hmmm nih yg nak kena berguru dengan blogger2 yg tersohor nih... terpikir plak... famous blogger ni tade ke buat workshop on how to become a famous blogger ek?

Well.. kat blog depa memang la ada citer tip2nyer... tapi would it be better to have a workshop? wahhhh... sure aku nak attend nyerr... for sure jugak ramai lagi famous blogger wannabess yg turut sama teruja nak join kan...

hmmm... nak kena tanya Akak Merah kita nih

Wednesday, October 14, 2009

Resepi Dendeng Bercili


My mom called.. tanya resepi daging dendeng, tapi bukan mak tanya resepi kat anak okkk.. tapi dia suh tanya auntie aku (dia tade no tel auntie yg merupakan biras dia)



Daging Dendeng Bercili




Bahan-Bahan:
1 kg daging(lembu yang tidak berlemak)
250 gm cili merah
6 ulas bawang merah(dimayang halus)
½ cawan gula merah (untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat)
Sedikit kapur
Cara:
Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.Kemudian digoreng hingga garing,angkat & ketepikan.Cili merah dibuang bijinya,ditumbuk kasar bersama bawang merah & putih.Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan ini sehingga naik baunya.Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat.

Wajarkah Luahkan Rasa Tidak Puas Hati Dengan Majikan Di Blog?

Dah published entry nih last week.. tapi since tade pun org bagi komen.. aku publish lagi.. nak gak org komen... huhuu..

Agak menarikkan tajuk entry nih... hmmm.. dah lama mende nih dok bermain dalam fikiran aku. Segelintir umat manusia sejak dua menjak nih suka benar meluahkan rasa menyampah, bengang dan tak puas hati dekat blog masing2. Di Facebook pun sama...

Aku pun sama, ada jugak meluahkan rasa tak puas hati di blog ni kan.. tapi yg aku maksud kan ni lain...sebab melibatkan kredibiliti dan ke-professional-an seseorang...

Well... dalam kes yg aku baca kat blog tu, aku rasa sangat tak wajarlah sebabnya luahan tu dibaca oleh semua colleagues yg lain.. managers lain pun baca jugak luahan tak puas hati dekat regional manager tu.. baca dari blog dia memang sah2 la regional manager tu bersalah tapi secara tak langsung si penulis itu membuka pekung di dada jugak...

Kalau pembaca yg baca tu mudah dipengaruhi memang akan turut sama membenci regional manager tu la.. tapi kalau yg membaca tu seorang yg 'cerdik' sket... yg percaya there are two sides of a coin ... akan bleh nilai la yg meluahkan perasaan tu telah membuka pekung di dada..

Yelah kan... kita dengar cite betapa dia tak puas ati je kan kat big boss dia tu dan betapa teruknya big boss dia tu kan... tapi agak2 apalah cerita yg big boss dia tu bleh bagitau utk defend tindakan dia (big boss) tu... haaa... I mean... sangat baguss ke si dia yg menyampah ngan big boss tu? Prestasi keje dia macam mana? hmmmm... fikir-fikirkannn...

I always believe... you teach how people to treat you...

Kalau kita jenis cakap lepas, jgn marah plak bila orang pun buat the same thing kat kita..

Kalau kita jenis berlembut dengan orang, orang pun segan nak kasar2 dengan kita kan...

Monday, October 12, 2009

Kak Red Buat Duit Dengan Blog

My last entry aku copy paste dari kosmo.com.my , pasal buat duit dengan internet. So seriously boleh ke? Well... dah banyak blog prove that it is possible.. yg paling famous di kalangan aku ngan kawan2 of course la redmummy.com

That blog really gives me an inspiration lahh... lately nih... masyukkkk sungguh rezeki kak red tu... latest one dia dapat hadiah bag prada worth of RM2900! Wahhh... tak citer lagi pasal advertorial job yg lagi masyuuukkk..

Tapi nak sampai tahap dia memang banyak pengorbanan yg dia terpaksa face lah kan... not to mention for her having the best support system... her hubby, kids n family..

Satu lagi, for one to have a very famous blog... one has to reveal oneself la kannn.. haiyakkkk... that's the only thing that I am not ready yet lahhh...

Takpe lah... like frankie said.. I'll do it my way lah... berdikit2 duluuu... impian nak jadi full time blogger mcm apa yg dicitakan oleh kak red tetap ada... heheeee...

Sunday, October 11, 2009

Aku Nak Jadi Macam Dia Nak Gak laa...










Fione bernilai RM20,000 sejam

Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut dan 10 Usahawanita Berjaya adalah sebahagian gelaran yang diraih Fione Tan.


BELIAU sering ditempelak dan dicemuh tatkala menghulurkan kad perniagaannya dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eonenet.com pada majlis-majlis korporat beberapa tahun lalu.

Disebabkan usia muda, baru tamat pengajian di universiti, bertubuh kecil dan berasal dari negara Asia, ramai yang menyangka beliau hanya seorang setiausaha dan tidak layak mendapat layanan kelas pertama seperti CEO.

Namun, Fione Tan, 31, tidak mudah melatah. Malah beliau berusaha gigih menyusun strategi dalam perniagaan Internetnya dan kini dikenali sebagai Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut.

"Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum itu, saya bekerja di syarikat insurans. Dengan komitmen kerja yang tidak mengenal waktu, jadual kerja yang padat ditambah pula dengan gaji rendah, saya mula bosan dengan kerja.

"Waktu itu saya mengimpikan kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya untuk bangun awal pagi!," ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) ini.

PENCAPAIAN dan pengiktirafan yang diterima Fione menyuntik semangatnya untuk lebih berjaya.

Tekad untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, Fione teringatkan pengalamannya semasa menuntut di AS. Menurutnya, di sana banyak urusan perlu dilakukan menggunakan Internet bahkan adakalanya menjadi satu kemestian.

Bertitik tolak dari situ, Fione mendapat idea untuk menjadikan Internet sebagai medium pemasaran yang menguntungkan. Dengan waktu bekerja yang fleksibel, kurang risiko rugi dan kos operasi yang murah, Fione lantas nekad dengan keputusannya itu.

"Apa yang saya miliki hari ini bermula dengan hanya satu pelan perniagaan yang mempunyai empat muka surat. Pada masa itu dalam fikiran saya, tertanam satu desakan yang saya perlu bersungguh-sungguh mengubah hidup saya.





BERSAMA suami, Harrace Lau yang turut menjadi nadi dalam merealisasikan impian dan cita-cita dalam perniagaan internet.


"INTERNET adalah medium yang membuka pasaran global kepada pelanggan saya. Dengan akses 24 jam sehari dan 365 hari setahun, ia adalah lubuk duit" - FIONE TAN.

"Saya mula pergi ke seminar-seminar perniagaan untuk membentangkan pelan perniagaan di samping mencari pelanggan yang berpotensi.

"Usaha itu berhasil apabila sebuah syarikat antarabangsa bersetuju menyuntik modal sebanyak RM88,000. Saya laburkan RM75,000 untuk membina laman web dan bakinya digunakan untuk operasi syarikat," cerita Fione.

Cek pertama RM15

Walaupun yakin perniagaan alam maya mampu memberikan rangkaian promosi meluas, Fione mengakui beliau hanya untung RM15 pada bulan pertama perniagaannya.

"Saya terima cek untuk bulan pertama hanya RM15 (AS$4.40). Nak tunaikan di bank pun malu. Oleh kerana proses itu mengambil masa dua minggu dan dikenakan caj RM26 untuk transaksi, saya tak tunaikan pun cek itu.

"Walaupun pun hanya dapat RM15, saya tak patah semangat. Saya teruskan rutin harian iaitu duduk di depan komputer sekurang-kurangnya selama 10 jam sehari.

"Saya buka banyak laman web dan belajar bagaimana mahu menjadikan Eonenet.com berada di tempat pertama di enjin carian utama seperti Google, Yahoo! dan Baidu. Pada bulan ketiga baru saya dapat pulangan balik modal, rasa berbaloi menghadap komputer seharian," cerita Fione.

Kini selepas sembilan tahun menjadi ejen pemasaran Internet, wanita ini mampu menjana pendapatan mencecah RM1 juta sebulan. Bukan itu sahaja, laman sesawang miliknya, Eonenet.com sudah memasuki pasaran negara-negara maju serta memiliki beberapa aset hartanah elit di Malaysia serta Hong Kong.

Pencapaian anak kelahiran Jinjang, Kuala Lumpur ini bukan setakat itu. Selain gah di pasaran Internet, beliau juga terkenal dengan khidmat perundingan Internet berkesan. Malah di peringkat antarabangsa, ramai pelanggan sanggup membayar RM15,259 (AS$4,500) untuk 45 minit sesi konsultasi bersamanya.

Dek kejayaannya menempa nama di arena perdagangan alam maya itu, Fione sering dijemput malah turut menganjurkan seminar-seminar keusahawanan bagi berkongsi strategi untuk memperluaskan rangkaian pemasaran para peserta melalui Internet.

"Sehingga kini, lebih kurang 30,000 orang telah mengikuti seminar saya dan boleh dikatakan semuanya berjaya. Ada suri rumah memperoleh pendapatan lebih RM30,000 pada Ramadan lalu hanya dengan menjual kek lapis.

"Ada juga pelanggan saya merupakan sekumpulan pengusaha ladang pir di Taiwan. Melalui Eonenet.com, mereka telah berjaya memperluaskan pasaran di Asia dan menembusi pasaran di Amerika serta Eropah.

"Ada juga yang mengambil kesempatan wabak H1N1 sebagai peluang buat duit. Mereka jual topeng muka dan mampu jual lebih 1,000 kotak di Internet.

"Selain produk, ada juga pelanggan yang mempunyai kemahiran tertentu menjual perkhidmatan mereka melalui Internet.

"Contohnya, seorang CEO di sebuah syarikat terkemuka di Singapura mahu bersara kerana tekanan kerja. Dia mula menyertai kami dan menjual kemahiran yang dia ada di Internet. Nyata cara itu mampu memberinya pendapatan lumayan tanpa perlu menghadapi stres lagi.

"Pendek kata, jika ada kesungguhan, disiplin dan dedikasi, anda juga boleh berjaya.

"Saya melihat Internet dan dunia siber bagaikan lubuk. Segala-galanya ada di sana sama ada maklumat, rangkaian sosial mahupun tempat untuk membuat wang," jelasnya panjang lebar.

Internet mengubah hidup

Dengan kejayaan dalam karier dan hidup yang jauh lebih selesa, Fione juga tidak menyangka kuasa Internet mampu mengubah landskap kehidupannya.

"Tanpa dedikasi, disiplin, pengalaman terdahulu serta sokongan keluarga dan pekerja, mungkin saya tidak akan berada di tahap ini," tutur isteri kepada Harrace Lau, 40-an ini.

Biarpun kini beliau sedang berada di puncak kerjayanya, anak sulung dari dua beradik lebih senang merendah diri.

"Secara peribadinya, masih banyak ruang untuk saya perbaiki. Untuk kata puas, mungkin belum lagi, tetapi kalau lega, mungkin ya.

"Saya bersyukur dengan kerja ini saya boleh dapat duit untuk bayar ansuran rumah, kereta dan memiliki pejabat di Malaysia serta di Hong Kong. Saya bukan orang yang suka melebih-lebih.

"Asalkan cukup makan dan pakai, ada duit lebih untuk disimpan, pergi membeli-belah dan sesekali ke spa, saya sudah okey," katanya yang mengakui lahir dari keluarga sederhana.

Tambah beliau, ibunya merupakan seorang akauntan, bapa pula bekerja sebagai juruteknik elektrik. Disebabkan kehidupan yang serba sederhana, orang tuanya terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Adakalanya dalam sebulan, hanya seminggu saja saya berpeluang berjumpa dengan ibu. Selebihnya masanya dihabiskan dengan kerja.

"Disebabkan itu, memasuki sekolah menengah, saya nekad belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat biasiswa ke Amerika. Saya tidak mahu melihat orang tua saya susah lagi.

"Sekarang saya gembira kerana dapat menyumbang keselesaan dalam hidup mereka sekarang," ujar Fione yang mengakui karakter ibu kesayangan banyak mempengaruhi kejayaanya.

Walaupun sering mengimpikan kehidupan disaluti kemewahan sejak alam remaja, Fione tidak menyangka impiannya tercapai secepat ini.

"Saya bersyukur kerana Tuhan buka hati untuk cepat berhenti kerja dulu. Kalau tidak berada di tempat sekarang, pasti saya sedang bekerja keras dari pagi ke malam di syarikat insurans itu," selorohnya.
-kosmo.com.my

Tak boleh gabung puasa

An-Nur: Bersama Zaharuddin Abd Rahman (harian metro)


PADA keluaran lalu kita didedahkan dengan kepentingan usah riak ketika menunaikan ibadat puasa sunat Syawal selain keutamaan yang perlu diberi untuk qada puasa Ramadan dulu berbanding puasa sunat itu.

Keluaran kali ini akan mengupas berkaitan isu lanjutan sama ada wajar atau sebaliknya puasa qada serta sunat digabungkan.

ISU GABUNG SUNAT DAN QADA

Isu menggabungkan puasa qada dan Syawal sememangnya popular. Pandangan ringkas saya adalah seperti berikut:





Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (daripada sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya.

Ini kerana sepanjang pengetahuan saya tiada dalil khusus yang membuktikan Rasulullah SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi Muhammad SAW, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya, pasti ia bukan amalan terpilih dan terbaik kerana pilihan baginda serta sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah ada juga hujah menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan qada dan ganti itu dipersoalkan iaitu:

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa Syawal (yang sunat), tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat Isyak dengan Tarawih, Subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’.

Ia pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadat wajib, termasuk rekaan pelik seperti solat Subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Profesor Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Profesor Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain.

Ini kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bagi ketika pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajipannya.

Justeru, tindakan menggabungkan itu pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah RA yang melewatkan qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qada dan Syawal. Maka ini yang terpilih sepatutnya (tidak gabungkan kerana Aisyah RA tidak menggabungkannya).

Aisyah menyebut: “Kewajipan ke atasku untuk puasa (qada) daripada puasa Ramadan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang Syaaban.” (Riwayat Muslim)

4. Amalan wajib (qada) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti), oleh itu tindakan menggabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya.

Kerana itu ulama yang mengizinkannya mencadangkan supaya diniat puasa qada saja, adapun Syawal itu dipendam saja dengan harapan Allah SWT menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat Syawal kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya. (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427: naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Ada pula yang berhujah amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan disebutkan juga oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat.

Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari daripada Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun).” (Riwayat Al-Bukhari)

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘penggunaan perkataan selepas’ bagi puasa Ramadan. Mungkin saja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlu melengkapkan dulu, kemudian baru mereka layak mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

7. Hujah ulama yang mengharuskannya adalah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima. Contohnya seperti niat sembahyang dicadangkan dalam Mazhab Syafie dimulakan ketika lafaz takbiratul ihram disebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, halaman 78, cetakan Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cetakan Baytul Afkar, halaman 103)

Justeru, niat juga ada disiplin dan tidak boleh dibuat sesuka hati dalam ibadat.

KESIMPULAN

Kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan yang terbatas ini: Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal).

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah (keringanan) bagi mereka yang ada kesukaran kerana uzur dan tidak mampu mengasingkannya.

Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari Mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panel fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

MATTA FAIR

Tadi berjaya jugak pergi ke MATTA Fair.. yey! Thanx dear...

So... tade apa sangatlah sebenarnya... aku just amik flyers utk rujukan masa hadapan je...




banyak nau hiasan kat stage nyer



dalam gamba nampak mcm serabut, tapi in real life ok..cantikk



aku g awal tadi.. so ada lg booth yg tak buka..




ok... tu jek.. hikss

Playboy

Sukanya sayaaaaa! Keja yg saya ingat due esok hari rupanyer due next monday! Bleh la meronggeng lagi hari nih.. hahaha... suka postpone2 keje kan...



Anyway, tadi baca The Star, Marge Simpson from The Simpsons cartoon jadi cover Playboy Magazine! hahahaaa.... kartun sungguh kan.. hehehhee...




In this photo released Friday, Oct. 9, 2009, by Playboy Magazine, the cover of the November 2009 issue featuring Marge Simpson is shown. It's a first for the magazine, which has never featured a cartoon character before. It will hit the newsstands October 16. (AP Photo/Playboy Magazine)

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/10/business/20091010140551&sec=business


Agak2 la kan.. pose2 macam mana lagi la yg ada dalam magazine tu...

Thursday, October 08, 2009

NIKON D3000








whyyyy... owhhh whyyy... kenapa baru sekarang aku jumpe n tahu akan dslr iniiii???? uhukk2


ehh... wait... baru je consult my photographer fren... he said canon eos 1000D is the better choice lah... yey!




NIKON memperkenalkan D3000 dan D300S yang sesuai untuk mereka yang mula berjinak dengan dunia fotografi.D3000 dilihat sebagai permulaan yang baik untuk pengalaman pertama.





Menerusi resolusi 10.2 megapiksel dengan lensa zom 18-55 mm, ia mampu memberi kepuasan dengan hasil yang hebat menerusi LCD 3.0 inci.Edisi D3000 memperkenalkan fungsi terbaru menerusi mod Guide. Rekaan terbaru ini memberi pilihan kepada pengguna untuk merakam, melihat dan menyunting gambar dengan menetapkan menu yang diingini.D300S pula bukan saja mampu mengambil tujuh 'frame' sesaat bagi gambar berterusan, malah ia diperkasa dengan video auto fokus berdefinisi tinggi (HD) dan perakam stereo bersama dengan dua slot storan, CompactFlash (CF) dan kad SD.





Spesifikasi





PRODUK: Nikon D3000


HARGA: RM 2,288


RESOLUSI: 10.8 megapiksel


JENIS RAKAMAN: JPEG, NEF (RAW), NEF (RAW) + JPEG


STORAN: Kad SD/SDHC


ISO: Auto, 100 hingga 1600


LCD: 3.0 inci


SHUTTER: 1/4,000 hingga 30 saat


ANTARAMUKA: USBBATERI: Li-Ion EN EL9a


DIMENSI: 126 x 97 x 64 mmBERAT: 485g





Spesifikasi





PRODUK: Nikon D300S


HARGA: RM 6,698RESOLUSI: 13.1 megapiksel


JENIS RAKAMAN: JPEG, NEF (RAW), TIFF, NEF (RAW) + JPEG


STORAN: Kad CF/SD/SDHC


ISO: Auto, 200 hingga 3200


LCD: 3.0 inci


SHUTTER: 1/8,000 hingga 30 saat


ANTARAMUKA: USB, HDMIBATERI: Li-Ion EN-EL3e DIMENSI: 147 x 114 x 74 mmBERAT: 840g

MATTA FAIR PAHANG 2009 9-11 October 2009 Kuantan Parade

Esok 9hb kan... esok aku cuti wohuuuuuu! Sajer amik cuti sebab cuti aku banyak giler lagiii... esok plak ada MATTA Fair kat Kuantan Parade. Nak g lah... nak survey2 tgk apa2 pakej yg menariks... huhuuu... bb...jom!

Sunday, October 04, 2009

JJHM: East Coast Mall

Lama dah takde entry pasal JJHM kan.. alaa.. jalan-jalan hujung minggu la... so.. Ahad siang tadi.. aku ber-JJHM ke East Coast Mall atau orang2 Kuantan panggil EC Mall or ECM



Ada pameran bonsai... byk gak ada.. tapi yg dalam gamba tu my favourite



Tapi sebelum ke East Coast Mall or EC Mall, kite orang lepak sini dulu... bcoz it was too early.. kat kedai kopi yg ada sofa... best... ada wifi lagi... sempat la update status kat FB... hehe

Lepas abis baca paper (our newspapers ok..bukan tumpang baca yg kedai punyer) kiteorang p EC Mall n plan nak survey2 satu benda nih... last2 terembattt lahhhh..yey!





Friday, October 02, 2009

Pasport RM100: Pejabat Imigresen diserbu

Starting this month, nak buat pasport RM100 jekkkk... wahhhh... menarikss... jom g jalan2...


PULAU PINANG - Pejabat Imigresen di George Town dan Seberang Jaya diserbu orang ramai yang ingin memohon pasport Antarabangsa Malaysia berharga RM100 yang berkuat kuasa semalam.
Orang ramai mula membanjiri kedua-dua pejabat berkenaan seawal pukul 7.30 pagi untuk memohon pasport alternatif bagi tempoh dua tahun itu.
Tinjauan di Pejabat Imigresen Seberang Jaya mendapati jumlah pelanggan yang berurusan di kaunter pasport itu agak ramai berbanding hari biasa dan ada yang terpaksa menunggu lama untuk menyerahkan borang permohonan.
Seorang pemohon yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Ali berkata, beliau mengambil masa lebih dua jam untuk menyelesaikan urusan permohonan dan perlu menunggu dua jam lagi untuk mendapatkan pasport selepas pembayaran.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Harun berkata, sehingga pukul 3 petang, jabatan berkenaan menerima 900 permohonan sehingga habis waktu pejabat.


- kosmo.com.my

Berpisahlah...

Bak kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:


“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”.

(Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).



Mampukah aku.... ?

Thursday, October 01, 2009

Oh My God It's October Already?

In 2 months times we'll be ushered into the year 2010 !!!

What have we achieved so far? How does our lives now differ from last year?

hmmm... as for me... the list of things to do goes on and on...