Anyway... gambar Tengku Ratu tade kuar kat mana2 paper/blog lagi laa.. memang kena tungguuuuuu... wahhh... anak kembar ziana zain pun tak kuar lagi gamba kan.. ni nak tunggu Tengku Ratu nyer gambar plak.. hehe...
owhh... ni aku jumpe kat mstar.com.my
Linda: Ada yang gelar 'Ratu' saya Snow White
SELEPAS aktor Que Haidar mengumumkan kelahiran anaknya, Tengku Ratu Haidar, ramai yang berminat untuk mengetahui sebab dia dan isteri, koreografer Linda Jasmine memilih nama yang khabarnya juga tidak dimiliki oleh sesiapa dalam dunia ini.
Ratu dilahirkan pada 26 Oktober lalu di Hospital Gleneagles, Ampang secara pembedahan dengan berat 3 kg.
Setelah ditanya kepada pelakon terkenal filem ‘Setem’, ‘Papadom’, ‘Maut’ dan ‘Castello’ ini, Que membetulkan salah faham mengenai isu nama ‘satu dalam dunia’ itu.
Jelas Que, dia dan Linda tidak mengetahui yang nama Ratu pernah digunakan oleh mana-mana perempuan sebelum ini, jadi sebab itu dia berani mengatakan yang nama anak perempuan sulungnya itu begitu istimewa.
“Saya nak jelaskan kepada semua yang saya tidak pernah tahu langsung orang lain pernah gunakan nama itu.
“Jadi, kalau ada tu nak buat macam mana dah kebetulan sama. Saya inspirasikan nama Ratu semasa majlis perkahwinan kami pada Februari lalu.
“Ramai dikalangan rakan-rakan media yang menggelarkan Linda umpama ratu. Selain itu, saya anggap bayi kami ini sebagai ratu hati saya.
“Saya sudah ada khalifah hati saya iaitu anak tiri saya Qalif Khan dan sekarang saya ada ratu pula.
“Nama Haidar pula diambil sempena nama arwah bapa saya,” kata Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.
Beritahu Que, Linda masih lagi berada di Hospital Gleneagles, Ampang dan semakin beransur sihat sejak dibedah tempoh hari.
Dalam pembedahan itu, Linda tidak mengambil apa-apa ubatan disebabkan alahan.
“Alhamdulillah, Linda semakin sihat daripada semalam. Buat masa ini dia masih dirawat di hospital ini selepas tidak sihat selepas bersalin hari tu. Bayi kami berada dalam keadaan sihat dan kuat menyusu,” katanya lagi.
Sementara itu, Linda semakin berselera untuk menjamah makanan selepas dua hari lalu dinasihatkan oleh doktor untuk tidak makan apa-apa melainkan minum air.
Kata Linda, dia gembira dengan kelahiran Ratu yang sememangnya dinanti-nantikan sebelum ini.
“Saya memang dah lama mahukan anak perempuan jadi sekarang saya sudah mendapat Ratu.
“Kulit Ratu putih merah dan ada antara kawan saya yang menggelarnya ‘snow white’.
“Selepas ini, saya tak kisah untuk ada anak lagi jika ada rezeki..,” tutur Linda dalam nada ceria di hujung talian.
Diusik tentang bila wajah Ratu akan ditunjukkan kepada orang ramai, Linda berkata biar masa yang menentukan.
“Setakat ini, kami tak galakkan media menyiarkan wajah Ratu dan jika ada yang hendak datang melawat, kami tak benarkan sesiapa mengambil gambarnya.
“Mungkin selepas pantang baru kami bersedia untuk tunjuk Ratu kepada semua,” kata Linda yang berharap semoga semua orang bersabar menantikan kemunculan Ratu.
No comments:
Post a Comment