gambar amik kat malaysiakini.com
Apsal aku google Bajet 2010 tade pun kuar pasal bajet 2010 yg PM bentang tadi? Bukak mstaronline baru dapat tahu apa yg dibentangkan... anyway... ni berita nyer.. kepada yang menunggu2 nak dapat bonus tu.. hehehe... bersyukur je la dengan RM500 tuu..
BERITA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sektor pendidikan di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkannya dalam Bajet 2010 berkata, kerajaan akan menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya.
“Mereka ini akan dipilih untuk dihantar ke 10 buah universiti terbaik dunia.
“Kerajaan juga akan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
“Bagi golongan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah kerajaan akan memberi diskaun 50 peratus bagi perhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas selagi mereka bertaraf pelajar,” katanya.
Najib menambah, pelajar-pelajar ini akan diberikan kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma melalui KTMB dan diskaun tambang ini akan bermula pada 1 Januari 2010.
“Kerajaan, akan turut menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.
“Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioriti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah,” kata Najib lagi.
Najib menambah, sebagai permulaan, pakej tersebut akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula pada 1 Januari 2010.
No comments:
Post a Comment