nuffnang

Monday, June 29, 2009

Jadi Apa Sebenarnya Yang Kita Inginkan?

Wahh.. tajukkk... hehe..

Actually aku tengah baca buku Quranic Law of Attraction by Rusdin S. Rauf nih...
Salah satu bab dalam buku tu ada bincangkan pasal nih.. it got me into thinking... apa sebenarnya yang aku inginkan? Well.. simple jek soalan tu kan.. mesti semua orang cakap, nak kaya, nak bahagia, nak kesihatan yg baik.. nak cantik, nak pandai, nak kurus, nak gemuk? hehe.. ehh ada apa orang yg nak gemuk..

Tapi, jika itu semua yg kita nak, betulkah dengan kaya kita akan bahagia? Kalau cakap nak bahagia, nak bahagia yg mcm mana? Terlalu subjektifkan.. bagi sesetengah orang ada kerja, ada rumah n family dah cukup membahagiakan.. tapi ramai jugak yg ada kerja ada rumah n ada family still tak bahagia kannn..

So.. according to the book..

Tanyalah kepada diri kita,

kenapa saya mahukan perkara-perkara itu? sekiranya dapat semua keinginan itu, apakah saya berasa bahagia? Apa bila saya bahagia, apa yang menyebabkan kebahagiaan itu?
apakah saya akan tersenyum bahagia ketika mendapat keinginan itu? Mengapa? apakah makna kebahagiaan menurut saya?


Sangat berat n mendalam lah soalan2 tu.. tapi bila difikirkan balik.. betul gak kan.. kita nih kalau ikut rasa hati memang semua benda nak kan..

As for me, dulu-dulu.. masa mula-mula kerja.. Aku fikir wouldn't it be nice to have my own big screen tv... so...aku bli flat screen (masa tu flat screen la yg canggih) then lepas ada tv tu.. teringin plak.. nak ada astro... aku ingat lagi... aku pk.. mesti aku tak rasa boring if ada astro kat umah sewa aku tu... with astro..aku rasa my life would be complete (cewaahhh..kununnyer la) then bila dah ada astro.. still lagi ada rasa void dihatiku ini.. heehehe... pastu nak pulak ada boyfrenn... haa tu dah jadi lain plak.. haha.. so.. betul lah kata buku yg aku tgh baca nih... cuba kenali betul2 keinginan kita... dan tanya apa sebab sebenarnya kita nak benda tu...

hmmm... time to muhasabah diri....




ni lah buku nyer... aku recommend sangat korang baca..

Thursday, June 25, 2009

Petua Iron Baju - Kiwi Kleen

Sebelum nih aku ada bagi petua tahan lama tu kan, okeh kali nih ada satu lagi petua aku nak share... hehe.. lawak je plak rasa bagi2 petua nih...

Okeh.. I'm sure ramai org di luar sana yg selalu bermasalah nak iron baju kan.. ataupun problem nak iron tudung.. especially tudung bawal.. (eh.. org pakai tudung ekin la skang nih..tp aku suka tudung bawal)

tudung bawal kan ada jenis2 kain yg bila tang atas dahi tu tak berapa nak menjadi kalu kain dia lembik/nipis sgt kan... haaa.. nih aku ada solution nyer.. tak payah nak letak lilin-lilin bagai (wat stain kat iron board je pakai lilin)





ni lah dia... fabric starch... kanji... maybe ada yg dah tahu akan kewujudan mende nih.. tapi aku baru tau... ahahaha...



dolu2 ada gak bli produk2 yg adik beradik nih yg brand cosway punyer..

okeh tu jek... sharing is caring tak gituuu.. hikss...

Berhati-Hati Dengan Hadis Palsu Bulan Rejab

HADIS PALSU BULAN REJAB


Oleh Mohd Shukri Hanapi, Berita Harian Online, 17 Ogos 2005:

UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Bagi sesetengah masyarakat Islam, mereka menganggap Rejab adalah bulan teristimewa kerana menyangka mempunyai banyak kelebihan. Sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Tidak dinafikan ada beberapa hadis yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadis itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran.

Antara hadis yang sering digunakan untuk menyatakan kelebihan bulan ini ialah: "Dalam syurga ada sebuah sungai yang bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya akan diberi minum air sungai itu." - Hadis ini sebenarnya bertaraf daif.

Selain itu, hadis berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga." - Taraf hadis ini juga daif.

Dalam pada itu ada hadis lagi yang berbunyi "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku." Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab.

Tanda daif atau palsu dalam hadis kelebihan Rejab ketara sekali, terutama apabila menjanjikan pahala yang terlalu besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat padanya. Ulama menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadis itu dusta atau palsu.


Bagaimanapun, tiada hadis yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh itu, hukum berpuasa sunat dalam
bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain, seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan

Namun begitu, soal kethabitan atau ketulenan sesebuah hadis perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja yang dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) ulama hadis terhadap kedudukannya.

Sebenarnya dengan penyebaran hadis palsu seumpama, akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara
dengan begitu baik oleh ulama Islam terdahulu.

Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: "Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Ancaman dalam hadis ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan ke atas Nabi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Dalam menghuraikan maksud hadis ini, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan: "Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda."

Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah secara dusta. Nabi langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya. Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda sesuatu yang Baginda tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak
pernah melakukannya.


Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu' (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).

Bukan saja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa. Oleh itu, semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasulullah yang menjadi sumber kedua perundangan Islam selepas al- quran.


Umat Islam jangan mudah tertipu dengan dakwaan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah, sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan Baginda. Sehubungan itu, penyebaran hadis daif dan palsu mengenai kelebihan Rejab ini hendaklah dihentikan agar jangan sampai masyarakat melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala, sedangkan dosa besar pula yang diperoleh akibat menyebar dan beramal dengan hadis palsu seperti ini.

Wednesday, June 24, 2009

opss...

satu komen masuk ke cooment box utk entry sebelum ni...



AntamuSlim has left a new comment on your post "Today is 1st of Rejab...Specialnyer Bulan Rejab":

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam.

dan kebanyakan hadis mengenai fadhilat bulan rejab yang dinyatakan di atas adalah palsu.

kepada tuan punya blogger, minta hati-hati dalam copy paste.

termasuk yang pahala2 berdasarkan hari dan yang lain, kerana banyak yang mengandungi contradiction, seperti bulan rejab mengatasi bulan2 lain seperti al-Quran atas segala kalam. bahkan ramadhan adalah lebih tinggi statusnya berbanding rejab.

kalau boleh saya minta untuk didelete post ini.

terima kasih


Oleh itu, aku dah delete entry tu... dan tengah mencari-cari hadis-hadis nama yg tak palsu pasal bulan Rejab ni.. ada sesapa boleh bantu?

Terima kasih kepada yg memberi teguran.... :)

Tipu Punyer



Korang sume jangan tertipu dengan email yg macam nih... Maybank tak kan sekali-kali anta email mcm nih.. tengok betul-betul email tu nyer "from" daru MYbank bukan MAYbank...

Tuesday, June 23, 2009

Betu-Betul Dapat Ker Coverage Tu?



Masa dapat kad real rewards yang baru, terselit sama kertas nih.. Personal Accident Coverage katanyerr... as a Real Rewards card holder I'm entitled for this... so my question nyer.. adakah betuii? Takkan lah tak betul kan.. so.. what do i have pay for anything?

Pada sesapa yg baca nih n tahu pasal2 mende2 nih.. pls leave u r comment ye

Wednesday, June 17, 2009

Mini Lappy

Teringin la plak nak ada mini lappy nih... everytime travel dok angkut laptop yg besar nih berat la plak.. hehe.. ngada2 tul kan..




g tgk kat Core ICT , kedai komputer yg baru bukak kat Kuantan nih.. located depan Pejabat Pos Besar Kuantan.


harga dia standard la kan.. yg membezakan dengan kedai2 yg lain ialah... free gifts la..



yg toshiba RM1799 n acer RM1499

Tapi kan, sume warna hitam.. warna lain ada tapi tak menarik.. aku nak merah or hijau.. hmmm

Tuesday, June 16, 2009

Petua Tahan Lama

Untuk bacaan kaum hawa sahaja...

Amboi-amboi koranggggg.. tengok tajuk laju jer masuk blog nih yer.. hahaha...

Sorry lah yek..aku bukan nak bagi tips untuk tahan lama yang tuuuuuuuu... aku nih kan single-mingle lagi.. kalau aku bagi tips tahan lama yang tuuuuuu... wahhh.. satu kemusykilan yg maha hebat la kan... haha... (kak neeza tutup sket mulut tu yek..hahah).

Ok... ok... actually nak citer petua tahan lama kepada kawan2 muslimah sekeliannn... especially yg pakai tudung n guna brooch.. haaa...kan jauh menyimpang tuu.. tade kena mengena langsung ngan petua tahan lama yg tuuuuu iskkk korang nih.. negatifff betul la pikir... hehe...

ok..ok..serious nih.. masalah biasa yg kita alami bila mana guna brooch ialah.. batu permata nyer yg tertanggal dulu sedangkan yg brooch tu ok lagi... kannn... selalu mcm tu kan.. well.. at least jadi kat aku la sebab aku pakai brooch yg murah2 je.. so.. what do u expect la kan.. dah sah2 murah... batu2 dia senang la cabut kan.. ok.. nih aku nak bagi tau petua mcm mana nak buat batu2 tu tak senang tercabut...




haa.. ini lah benda yg korang perlukan.. apekahhh? heheee... it's a NAIL ENAMEL.. dia akan bertindak mcm glue lah.. n at the same time akan menambahkan mengerlip lip lap brooch anda..
cuba lah..anda pasti tak nyesal beli brooch yg murah2 tuuu... tapi hati2 jangan terkena tangan or kuku kita plak..nnti susah plak nak solat sebab memang kuat melekat nyer kat kuku kita...




photo from; mieylin.blogspot.com/

biasanyer.. brooch yg mcm nih la yg senang tanggal batu permata nyer...

okeh..sekian petua tahan lama saya yeer.. :)

semoga mendapat manafaat lah yekk...

Sunday, June 14, 2009

KFC Fiery Crunch

Since semalam aku ngidam nak makan KFC.. nk makan malam tadi.. dah lewat sangat dah masa tu.. so.. tahan nafsu jap.. n we had this for our lunch today...


Ada orang tu sukalah dapat Iron Hide


To those yg tatau.. Iron Hide tu Transformer nyer character la





yeahhh.. dari truck tukar jadi robot Iron Hide
Review about KFC Fiery Crunch.. hmmm.. rasanyer... agak kurengg sket la.. ada rasa daun limau purut n bawang putih.. so.. ala2 mcm sos cili biasa... dah jadi sos cili thai.. tapi sos tu best.. ni ayam fiery crunch ni.. lain mcm sket... as for my lunch partner... dia tak abis pun makan, walau pun just amik 2 ketul yg snack plate tu je.. dia kata.. rasa mcm kembang tekak je.. haha...
Aku gak la tukang ngabis kan nyer.. ishhh ishhh...ishhhhh
Dengan ada nyer fiery crunch nih.. ayam hot n spicy dah tadeeee!! Alaaahaii... jangan la tade for good pulakkk...

Penghijrahan Malek Noor

oleh Muzlina Abu Bakar


Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting." Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.


Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba. Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita: "Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya."Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat."Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal."


Sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari. "Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai. "Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama."



"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC."


Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari."Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.


"Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya."


"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda."Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang."Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran."Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.


Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana. "Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam. "

MBT Anti-Shoe




Sesungguhnyer..aku telah jatuh chenta lah dengan kasut nih... love at the first sight gituuu..first time tgk kasut nih kat dalam magazine 'Shape'. Pastu aku try la google... memang banyaklah design2 lain yg cun2.. tapi dgn yg nih gak aku suka bangett.. nama model tu Changa Cork.

Kat bawah nih aku copy paste pasal MBT also known as anti-shoe...

Aku cuba2 cari gak ada tak jual kat Malaysia kasut brand nih.. ? Well so far tak jumpe lah pulak.. berapalah agaknyer harga kasut tu kan.. iskkk... teringin laa nk beli...



MBT Shoes - Not a Normal Kind of Footwear

The anti-shoe, also known as MBT shoes, are not your normal kind of footwear. It's a relatively new concept in shoe design developed to be both physiologically and anatomically correct.

The concept was developed while studying the Masai tribe's walking habits. It was discovered that this nomadic group walk extremely long distances on a daily basis, with a most amazing realization that they had perfect posture and a low amount of back pain even though they were on their feet for long durations. It was found that they walk barefoot and on uneven ground and is attributed to the tribe’s healthy conditions.

The MBT shoes and other footwear were developed to mimic this instability and do so with the innovative sole construction. MBT’s are known for the extra weight loss possibilities, but there are several other features that I’ll describe in this article.

MBT shoes are known across the globe for the weight loss benefit with the extra calorie burn one receives while walking, but it also includes the following benefits:

1. Studies have shown that they have been proven to make your posture and gait improved by ten degrees.

2. The anti-shoes increase muscle activity in the buttock, rear thighs and the lower limbs.

3. This footwear increases oxygen intake.

4. When walking in MBT, they increase abdominal muscle activity.

5. The anti-shoe has been shown in research to reduce stress on the hip and knee joints.

The benefits of the anti-shoe are not only present when walking. Even when standing you can enjoy the benefits such as increased muscle activity in the back, buttock, rear thigh, abdominal and lower limb muscles.

Saturday, June 13, 2009

RM150

Aku ada RM150 diberi oleh seseorang... hehehee...

The question is... what should I do with that money? Should I spend it? Simpan dalam bank/tabung/bawah bantal/tilam? hehehehe....

If I were to spend it... nak spend it on what?

Ada sebarang cadangan???

Thursday, June 11, 2009

Tuesday, June 09, 2009

Restoran Zuzana Indera Mahkota

Sapa orang Kuantan mesti tahu restoran Zuzana nih kan.. ok, kali nih aku bukan nak citer pasal makan best2 atau nak tunjuk makanan yg best2 kat Restoran Zuzana nih.. tapi aku nak citer akan ketidak puasan hati aku n my lalling masa makan kat kedai nih baru2 nih...

Service nyer sangat hampehhh.... aku sangat hangin masa last time aku g tu..mmg last time dah laa g situ... geram sangat akan salah seorang waitress nyer yg tak memberi layanan yg sepatutnyer... masa tu time malam yg dah tak ramai org... kiteorang dah abis makan time tu... so nak suruh dia kira la..dia dengar kerek nyer cakap suh g bayar kat kaunter yg lokasinyer kat ruang sebelah satu lagi.. (kedai tu amik ruang dua pintu kedai).

Aku pun dengan sengeh2 nyer cakap la memolek... suruh dia je kira sebab dia pun dok lap meja je time tu, tade orang lain dah... lagi pun kite orang bukan makan nasi bagai pun... just minum n mkn keropok je..dia pulak mcm membebel-bebel tak nak jugak kirakan...nak jugak suh aku g bayar kaunter... geram betull.. nak je aku guna taktik sedara aku yg penah cakap... u nak duit... u datang sini kira... haa amik ko...kalau wat mcm tu kan best.... tapi my lalling nih bukan mcm tu... dia bersopan-santun sket orangnyer... so.. dia pun bangun n terus g bayar kat kaunter... iskkk... sangat gerammm... mmg lah sekarang ni byk kedai guna sistem bayar kat kaunter... tapi apasalah nyer kan time tade orang n bila customer mintak nak bayar kat meja tu.. layan je laa... bukan ke pelanggan itu raja? haiyakk... ini punyer servis sangat menyakitkan hati... nyesal tak sudah g menyerah diri g ngabis kan duit kat kedai tu..

that's it la... tak akan pergi dah Restoran Zuzana Indera Mahkota tuuuuuu!




Saturday, June 06, 2009

Laksa Sarawak

Ke Secret Recipe lagiiii... hahaa... sangat terukk... sangat tak healthy kan...

Semalam, right after work.. terus jumpe si dia... org tu tak keje semalam... jeles nyer...

Nak g kedai keropok lagi... dah park dah keta.. tapi.. dah rezeki kat SR ni kan.. hehe






Masa last visit aritu aku dah cakap kat si dia... babe.. next time kita datang sini I nak makan Laksa Sarawak tau... sebabnyer.. lepas order tom yum baru tgk dlm menu ada Laksa Sarawak

babe... la konon.. tipu jek tuu.. aku tak panggey dia babe pongg..hahaha



Macam rupe Laksa Lemak yang Kelantan nyer pun ada gak... tapi rasa nyer? ada rasa kari,lemak santan dan pedas sket... mee dia pulak.. mee kecik yg mcm transparent tu



cheeze choc

while I'm indulging myself with that Laksa Sarawak.. si dia juz had that... hehe... dia kan suka diet... haha

Kepada Siapa Nak Aku Adukan?

Wahhh.. tajuk entry nii.. punyerlah gempakk kan.. haha... sajer jekk nak tarik korang baca.. anyway... memang betul pun apa yg kat title tu... meh nak citer...

The other day.. aku ada beli majalah kat satu kedai nih.. kat Kuantan nih la.. aku dah cakap2 awal before bayar.. bagi resit ye.. the lady behind the counter diam je... right after aku hulur duit bayar.. dia terus cakap, resit tade, kita tak bagi resit... huhhhh! apsal pulak.. aku cakap la napa tade resit, rugi la saya mcm nih nak claim LHDN tak boleh la.. dia jawab.. tak tau..tak tau.. terus aku bebel lagi.. lain kali saya tak nak beli dah la sini.. dia wat bodo jek... haisssshhh!! Geram betul aku.. bukan nyer 5-6 ringgit aku beli majalah tu... dekat 20 ringgit gak laa.. nyesal pun tak guna... bila pk balik patutnyer.. aku cancel beli majalah tu, then amik benda2 lain.. tapi sbb aku nak cepat n malas nak gaduh.. aku blah je lah... tapiiii...sangat tak puas hati.. rasa nak je amik gambar kedai tu n letak sini suruh korang sume boikot kedai tuuu..eeee.. geram!!

Bila aku cakap kat my lalling (eh..lama dah nama dia tak muncul dalam blog ni kan.. hehe). Dia kata pekedai kat area tu memang besar kepala sebab dia ada gang... alamakk... takut la pulak aku kan.. buat nyer orang2 dia cari aku ke.. x pasal2 nyusahkan hidup je kan...

Tapi aku still tak puas ati la... teruk laa kedai tuuu kann.. kalu aku nak ngadu.. kat sapa? Persatuan Pengguna? Is it worth it?

Friday, June 05, 2009

David Carradine lagi..

ni jumpe kat Malaysia Insider..

BANGKOK, June 5 — Thai coroners completed an autopsy today on the body of actor David Carradine, a day after the star of the US television show “Kung Fu” was found naked and hanging dead in his luxury Bangkok hotel room.

Coroners at Bangkok’s Chulalongkorn hospital said they had not yet determined the cause of the 72-year-old’s death and were waiting for the results of a toxicology screen.

“We are now running tests and then we will decide the cause of death,” the hospital’s chief coroner, Nantana Sirisap, told Reuters.

“This certainly was not a natural cause of death,” she said.

A maid found Carradine hanging naked by a rope in the closet of his hotel suite at the plush Swissotel Nai Lert Park hotel yesterday, police said.

They said there was no indication other people had been in the room, where Carradine had stayed during the shooting of a film called “Stretch.”

Police and forensics teams gathered evidence from the hotel today and said it could take several weeks to find the cause of death.

“We are currently interviewing witnesses, film crew, hotel staff and the last person who saw David alive,” Lumpini police chief Colonel Somprasong Yentuam told Reuters.

“So far, no one saw anyone enter David’s room around the estimated time of death.”

A US embassy official in Bangkok said he had no details of the police investigation.

Carradine, from a family of performers and the eldest son of character actor John Carradine, enjoyed a long career on Broadway, television and in movies such as director Quentin Tarantino’s “Kill Bill: Vol. 1” and “Kill Bill: Vol. 2.”

While some media reports speculated his death may have been a suicide, a spokeswoman said neither they nor his family believed Carradine was capable of killing himself.


FAMILY SHOCKED

“His family is in shock,” said Tiffany Smith of Carradine’s management firm, Binder & Associates. “They have the same belief we have. There was no way David did this to himself.”

Carradine wrote in his 1995 autobiography “Endless Highway” that he had tried to kill himself when he was 5 years old. The book also documented his alcoholism and extensive use of drugs, from LSD to cocaine.

A hotel employee, who gave her name as Oi, said Carradine was in good spirits on Wednesday evening, in the final few hours he was seen alive.

“He was in the hotel lobby, relaxing and playing the piano — he looked very happy,” she told Reuters television.

He worked on Broadway in “The Deputy” and “The Royal Hunt of the Sun” and made his mark on Hollywood in the 1960s in TV westerns such as “Wagon Train,” “The Virginian” and a TV version of the hit western movie “Shane.”

He was made most famous by his role in the US series “Kung Fu” where he played Kwai Chang Caine, a half-Asian martial arts specialist, which earned him an Emmy nomination.

The role of Caine led to parts in more than 200 productions and his turn as the villainous Bill in Tarantino’s “Kill Bill: Vol. 2” led to his fourth Golden Globe nomination.

Carradine was married five times and had two daughters from previous marriages. — Reuters

Siapa David Carradine?

Tadi masa dengar radio masa kat ofis, dengar news pasal pelakon David Carradine ditemui mati dalam almari kat bilik hotel dia di Bangkok. Aku rasa mcm familiar je nama dia nih... tapi sapa ek pelakon nih, yg mana satu yek? Terus aku google nama David Carradine.



David Carradine - photo- wikipedia


Owhh.. pakcik nih rupanyer... kenal laa... hehe.. kenal dalam tv la kan...

Ni citer yg aku dapat dari wikipedia..


On June 4, 2009, Carradine was found dead in his room at the Swissotel Nai Lert Park Hotel on Wireless Road, near Sukhumvit, in central Bangkok, Thailand. A police official said Carradine was found hanging by a rope in the room's close. Meanwhile, the Bangkok Post reported that his body was found curled up in the wardrobe with a shoelace tied around his penis and neck. It was speculated that he died from autoerotic asphyxiation.

Carradine's representative and family members told the press that they believed the death to be accidental and not a suicide.

Carradine was in Bangkok to shoot his latest movie, Stretch, but the film crew were aware of his absence when they went to dine out at a restaurant on June 3.

Zee Avi lagi..



Rasanya local newspaper tade lagi buat citer pasal Zee Avi nih kan? Ke dah ada? Aku je yg tak baca? Tapi rasa tade lah... pelik tul kan... sama mcm dengan Yuna. Dekat internet, dalam blog2 dah lama berzaman dah orang kenal Yuna tu... tapi mainstream media tade pun cover citer dia... lepas lagu Dan Sebenarnya masuk AF 7 barulah sume wartawan kejar Yuna.

Wardina

Bukan Wardina celebrity tu yerr...

Tapi, Wardina produk keluaran Tok Guru tuuu...

Jalan2, pusing2 kedai... terdetik nak beli produk nih...

Wardina ni dititiskan ke dalam air masak, di baca Al-Fatihah n selawat dan minum...

Tapi tak tahu sangat la pasal produk. Promosinya tak meluas sangat lah rasa nyer...


Thursday, June 04, 2009

JJCM: Secret Recipe

Jom kita g makan keropok lekor nak?

....................

Sampai depan kedai keropok...

I tak nak g kedai tu, jom g kedai yg jauh sket....

Last2.. end up kat Secret Recipe.... huhu...



Choc Sundae RM9.90



Tom Yum Noodle - RM13.00
Cheeze Choc - RM6.30
Fresh Orange - RM7.00

service charge RM3.62
govt tax RM1.81

Tuesday, June 02, 2009

JJCM: Mee Kari

Keluar dating kat Kopitiam... tak tahan la tengok menu Mee Kari nih... terus aku order.. walaupun ada cita-cita kurang kan santan dalam diet aku... ke lauuuuttt akhirnyerr... haha...





sangat menggiiurrkannnnn kannnn! Ayam nyer berketul2.... udang lagi... uuuuhhhh



sengaja aku letak cawan air kopi tu sebelah mangkuk mee kari tu... nk tunjuk betapa besarnya mangkuk tuuuu... serious besar mangkuk tu, size mangkuk tom yam utk 3-4 orang makan...