nuffnang

Sunday, July 26, 2009

JJHM: Aksi Melampau Tatkala Dating

Hujung minggu datang lagi..ewahh.. hehe..

Aktiviti wajib (kalu tade keje wajib lain la), semestinya lepak2 ngan my lalling lah...

Kat Kuantan nih.. antara tempat yg menjadi tumpuan,semestinya pantai lah kan..





Wahh... best kan... ada buai betul2 di depan pantai...




Tade orang plak tuu.. huhu... tapi... keasyikkan per-dating-an telah diganggu gugat oleh....



dua ekor beruk ini.. huhu...





tengok tu..aksi ganass mereka...



lagi aksi ganas... hahaa... tapi kesian pun ada.. sebab tgk la leher dia yg kena ikat tu..
kat mana tempat ni?? ahahaa... hanya org tertentu sahaja yg tahu... sapa tahuu cepat bagitauu..


Al-Fatihah Buat Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad dies

2009/07/25

Bernama

KUALA LUMPUR: Renowned film and advertising director Yasmin Ahmad died here at about 11.25pm on Saturday night.

Her death was confirmed by Media Prime Group Chief Operations Officer Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, who was at the Damansara Specialists Hospital, when contacted by Bernama.

Yasmin, 51, collapsed while presenting a working paper at Sri Pentas, the headquarters of the private television station TV3 on Thursday and was rushed to the Damansara Specialists Hospital.

She was reported to have suffered a stroke and brain haemorrhage.

Saturday, July 25, 2009

Peluang Belajar Di Jepun

Jumpe satu berita menarik kat harian metro tadi... tapi... sayangnyer.. it's not my field la plak... sajer letak sini, kot2 ada yg berminat..

KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia berumur bawah 40 tahun yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana di Jepun di bawah Young Leaders’’ Programme (YLP), tahun depan sehingga 2011.

Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan berkata lima kursus ditawarkan YLP ialah Pentadbiran Perniagaan, Undang-undang, Pengajian Kerajaan, Pengajian Pentadbiran Tempatan, dan Pentadbiran Perubatan.

Untuk maklumat lanjut orang ramai yang berminat boleh menghubungi Perkhidmatan Penerangan Jepun, Kedutaan Jepun dengan menelefon - Bernama

A Woman Should...

Jumpe nih kat one of my fav. blogs....

A woman should have…
one old love, she can imagine going back to...

and one who reminds her how far she has come...

A woman should have…
enough money within her control to move out and rent a place of her own even if she never wants to or needs to...

A woman should have…
something perfect to wear if the employer or date of her dreams wants to see her in an hour...

A woman should have…
a youth she's content to leave behind...

A woman should have…
a past juicy enough that she's looking forward to retelling it in her old age...

A woman should have…
a set of screwdrivers, a cordless drill, and a black lace bra.

A woman should have…
one friend who always makes her laugh... and one who lets her cry...

A woman should have…
a good piece of furniture not previously owned by anyone else in her family...

A woman should have…
eight matching plates, wine glasses with stems, and a recipe for a meal that will make her guests feel honored..

A woman should have…
a feeling of control over her destiny...

Every woman should know
how to fall in love without losing herself...

Every woman should know


how to quit a job, break up with a lover, and confront a friend without ruining the friendship...



Every woman should know
when to try harder... and when to walk away...

Every woman should know
that she can't change the length of her calves, the width of her hips, or the nature of her parents...

Every woman should know
that her childhood may not have been perfect...but it's over...

Every woman should know
what she would and wouldn't do for love or more...

Every woman should know
how to live alone... even if she doesn't like it...

Every woman should know
whom she can trust, whom she can't, and why she shouldn't take it personally...

Every woman should know
where to go... be it to her best friend's kitchen table...

or a charming inn in the woods... when her soul needs soothing...

Every woman should know
what she can and can't accomplish in a day...a month...and a year...

Friday, July 24, 2009

JJCM: KFC Cheezy Chickaroni

Terpengaruh dengan iklah kat tv... I fell for this craving... arghh






mula2 je sedap..



pastu.. muakkk...








Yasmin Ahmad

Tadi baca kat redmummy.com pasal Yasmin Ahmad koma... terus aku google.. nih yg jumpe.

MALAYSIAKINI.COM melaporkan :

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3.

Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.
Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.
Yasmin kemudiannya dihantar Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Manakala, Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara, Dr.Zakaria Zahri memberitahu pengarah Yasmin Ahmad telah mengalami serangan strok.

“Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapat pendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya,” kata Dr Zakaria Zahriyang telah membuat pembedahan kecemasan ke atas Yasmin selama lebih sejam bermula dari pukul 6 petang tadi.


Mari kita doakan dia cepat2 sembuh... Amin..

Wednesday, July 22, 2009

It's Ok To Make Mistake


1 Malaysia



sweet kannnn.... sangat comeyy... jumpe kat blog sapa ntah..

Tuesday, July 21, 2009

JJCM Lagi..



The other day... my lalling had this..




pulut kelapa ke ek nama nyer?? Si dia yg suka makan ni.. aku tak berapa suka sangat..

Sunday, July 19, 2009

Keburukan Makan Sardin

Keburukan Sardin

Diambil dari; rahsiadiet.com

Artikel di bawah telah dipetik daripada sebuah email dan tidak dapat dipastikan kebenarannya. Jika anda mempunyai info yang berkaitan, sila kongsikan untuk makluman rakan-rakan yang lain..


“Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Cakes



Aisehhh.. teringin la plak nak makan kek!

Saturday, July 18, 2009

Kotak : Masih Cinta

Tengah tengok Anugerah Planet Muzik 2009 - APM

Kotak band menang.. yeyyy!!

okeh... nk sambung tengok... hehe...

Tiket Berdiri Dalam Kapal Terbang?

Yang menarik dalam suratkhabar utusan...




huhh... buleh kaa??? Rasa nyer mak dia takleh nak terima kenyataan anak dia memang pregnant tuu.. kan..



ada berani? kalu aku jadi passenger yg duduk..sure aku rasa serba salah giler ngan orang sebelah yg dok berdiri... kalau yg berdiri tu makcik2.. takkan kita nak senang lenang duduk je kan..




hmmm... mcm2 kan... iskk..ishh

Tuesday, July 14, 2009

Winduu..



I'm away on an assignment...


dan aku rinduuu... hukkk...hukkk..

Monday, July 13, 2009

Hiptv: Andalusia

Tengah tgk tv9 program hiptv, agak hampehh la tajuk dia.. pasal artis yg single yg dah berusia yg tak kawin lagi.. yg paling hampeh dia siap buat carta gituuu.. iskkk... pastu ada sheeda n riche rachman yg jadi tukang bagi komen... depa dua orang ni dok komen2 la pasal artis2 yg tak kawin lagi nih... aku cakap kat kawan aku.. nasib baik aku bukan artis, kalu tak sure dah masuk carta.. hahaha..

carta dia ada lelaki n wanita..

aku baru jek tgk prog ni.. tadio dok tgk channel lain..
setakat yg aku sempat tangkap..

Tangga pertama carta andalusia - ELLA ! sian ella...
Tangga pertama bujang terlajak - Norman kru (dah nak kawin laa)

according to my fren, memang rancangan nih selalu ada isu2 hangat mcm nih, iskk... not worth it langsung la tgk.. tak memberi apa2 ilmu.. sib baik dah abis dah...

Obama

teheeee....




ROME: Golongan muda dari negara membangun serta industri bersatu di L'Aquila di Itali ketika pemimpin Kumpulan Negara Lapan (G8) mengadakan sidang kemuncak.

Mereka dikenali sebagai 'Junior 8' atau J8 hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Seorang wakil setiap delegasi nasional berpeluang bertemu pemimpin negara mereka untuk mengambil gambar, Khamis lalu.

Wakil Brazil dari Rio de Janeiro, Mayara Tavares, 16, yang alam perjalanan bertemu Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, mendapat perhatian Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy serta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.



Gambar yang seolah-olah menunjukkan Obama memandang punggung gadis itu kini amat popular di internet. Laman Drudge Report membuat lawak kejadian itu dengan menyiarkan foto itu menggunakan tajuk : 'Second stimulus package' (pakej rangsangan kedua).

Presiden Amerika itu ditunjukkan berada rapat dengan jelitawan Brazil dalam gaya lebih berwaspada. Laman J8 memberitahu latar belakang gadis itu:

"Mayara Tavares berusia 16 tahun dan tinggal di pinggir Rio de Janeiro, Brazil. Beliau mewarisi minat nenek dan bapanya untuk mengambil bahagian dalam masyarakat dan pergerakan sosial selain menjadi seorang aktivis memperjuangkan bagi hak kanak-kanak dan dewasa dalam masyarakatnya.

"Beliau baru-baru ini bertindak sebagai penyelidik dengan menemuramah masyarakat mengenai kehidupan mereka dan bagaimana rasanya hidup sebagai setinggan di bandar Rio de Janeiro.

"Menerusi hasil kerjanya inilah beliau cuba memperbaiki kehidupan masyarakat miskin di sebahagian besar pusat bandar, inisiatif dijalankan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unicef, di Brazil. Beliau juga menjadi seorang anggota Forum Belia dalam kawasannya dan berharap terus membabitkan rakan sebayanya dalam kerja ini."

Lula memberi Obama sehelai jersi sukan Brazil yang ditandatangani pemain pasukan Brazil pada pertemuan sebelah pagi. Lula berasa megah dengan perlawanan bola sepak 28 Jun lalu di antara Amerika dan Brazil menyaksikan kekalahan Amerika dengan jaringan 3-2. - Agensi

Sunday, July 12, 2009

Handphone Paling Murah?

Tadi baca kat paper Kosmo... ada model handphone baru di launch... CSL i-100

Harganya sangat murah! RM78 sahaja! Wahhh... menarik kan..






KUALA LUMPUR - Pengeluar telefon bimbit tempatan, CSL Group of Companies (CSL) semalam melancarkan model telefon bimbit baru, CSL i-100 yang didakwa termurah bagi skrin warna dengan harga RM78 seunit.

Menurut Naib Pengerusinya, Ir. Megat Radzman, telefon model ke-54 syarikat itu dilengkapi nada dering 16 poly-phonic, sistem navigasi empat hala dengan berat 59.7 gram.

Model itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ia berbeza dengan telefon jenama lain yang biasanya berharga RM100 dan ke atas dengan nada dering mono dan skrin hitam putih,'' kata Megat pada sidang akhbar di Tesco Ampang semalam.



- kosmo

Nasi Dagang Ubai







Yumm..yumm... jemput makan....


hehe...

My first time makan nasi dagang ubai yg famous seantero Pahang nih...

Lokasi? Kat Ubai lah... haha... lokasi Ubai? On the way ke Pekan.

Ada 2,3 gerai yg jual nasi dagang ubai kat area nih... aku tatau la yg mana satu the best.. aku makan yg kat gerai Harina Nasi Dagang Ubai . Later, I found out yg the best, gerai yg sebelah sana sket dari gerai yg aku makan.. takpelah, next time leh try yg tu plak..



The taste? hmm... memang best lah nasi dagang nyer, memang boleh lawan la ngan nasi dagang yg biasa aku makan kat Kelate..

iskkk.. teringin la pulak nak makan nasi dagang... huhu

Saturday, July 11, 2009

JJCM: Pasar Borong Pekan, Pahang

Hari sabtu nan indah nih... kita ke Pasar Borong dekat Pekan. Bukan pasar borong tu letak di pekan (town) tapi memang kat daerah Pekan, Pahang.

Dah lama aku dengar pasal pasar borong nih... dah lama plan nak g, tapi kali nih baru dapat g, ramai orang cakap, barang2 kat sini murah..



nih la pasar borong nyer.. ni bahagian kain2.. belah sana sket bahagian jual barang2 basah (lauk pauk n sayuran). Aku ronda area sini jek la... malas nak g bahagian sana.. panass..




Pasar borong nih letak nyer depan padang besar yg kat Pekan nih




Cantik-cantik kain pasang kat sini.. tapi aku mcm tatau nak pilih mana satu..



Rm5 jekkk!!



masing2 teruja ngan tudung ekin yg murah2



wahhh baju ala-ala pengantin pun adaaa...




Tudung Syria. Rm10 jekk! kat online aku tengok ada yg jual RM16 or Rm18



Pergi jauh2, tudung syria tu jek aku beli.. haha... nak beli kain pasang takut balik KB dapat harga lagi murah.. lagi pun tade budget sebenarnyaaaa.. haha..

lain kali nak g lagi lah....

Apprehensive

Rasa tensen sangatt.. kenapa? ntah ler.. sebab esok kena keje dari pagi sampai ke petang kot.. rasa mcm tak puas je nak ber-weekend ngan si dia? ntah ler..

then.. aku sms si dia bagitau pasal rasa ke-tension-nan aku nih... dia kata maybe sebab tekanan dgn orang yg aku nak keje esok kot...

a'aaaaaaa lahhhh... baru aku mcm tersedar gituuu.. yer lah kottt... iskkk...

kepala rasa berserabut jek... banyak bende nak kena settle kan.. tapi aku rasa mcm ter-stuck je ari nih... feeling of... hung up on something...

tensen2 mcm nih... masak-memasak or mengemas biasanyer bleh jadi therapy... tapi masalah nyer dua2 aku malas nak buat...

bila dah malas tu..cakap apa pun tak jalan dah kan... haiissshh...




apprehensive - worried or nervous about something that you are going to do, or about the future

Friday, July 10, 2009

Biodata Dr. Shireen M. Hashim


Uwaaa.. it's confirmed! Norman KRU dah nak kawin.. huhuuu... tade dah la the most eligeable (sp?) bachelor kat tanah malaya nih... ehh waitt... Hans Isaac ada lagi kan... hahaa..

So, mesti ramai yg tertanya2 kan siapakah Shireen yg bakal jadi suri hidup Norman...

Biodata Dr. Shireen M. Hashim


Biodata Dr. Shireen M. Hashim
Ini dia sedikit sebanyak biodata Dr. Shireen M. Hashim yang Rindok Blog dapat cari
Siapa Dr Shireen? Beliau ialah bakal isteri Norman KRU
Dr. Shireen graduated with a B.A. in Mathematics & Economics from Reed College, Oregon (USA), after which she obtained her M.Sc. in Management from the Arthur D. Little Management Education


p/s: tgk gambar DR. SHIREEN tu mcm familiar jek la muka dia.. is she a famous figure too?

Monday, July 06, 2009

Resipi Cinta

If it's only this easy..




Ingredients:

2 Hearts Full of Love

2 Heaping Cups of Kindness
2 Armfuls of Gentleness
2 Cups of Friendship & Joy
2 Big Hearts Full of Forgiveness
1 Lifetime of Togetherness
Stir daily with Happiness, Humor and Patience
Serve with Warmth and Compassion, Respect and Loyalty.

Sunday, July 05, 2009

Akhirnya, Dapat Sudah..

Lepas semua orang dah bercerita pasal Transformers ( ye, ini entry nak citer pasal Transformers), aku baru terkedek2 nak tgk citer nih.. so tadi.. awal2 pagi sesudah subuh sarapan, aku n si dia g tunggu wayang bukak.. hehe.. seriusss.. nak tgk show kul 10:30am, seawal 9am kiteorang dah sampai.. tengok2 counter ticket tak bukak pon lagi.. haha..


tengok tu..ticket counter kosong-sekosongnyer.. I was the first customer of the day.. haha.. lampu pun tak bukak lagi masa aku sampai tu..



finally... yeahh.. first row tuuuu...



komen citer nih? review? ermm.. like i said to my lalling... I like the first one better...

Well, this one pun best gak, tapi lagi best yg 1st tu..



masa dok tunggu nak tgk transformers tu.. aku nampak poster movie nih... ehh.. ada perkataan cloudy lah.. hehe..

Friday, July 03, 2009

Michael Jackson Autopsy Photo?

Dok baca kat Ohbulan pasal Michael Jackson Autopsy Photo.

Katanyer jadi antara most searched keywords.. ye ke? Tapi rupa nyer tak real pun gamba tu.. haha.. lawak jer...

Michael Jackson Autopsy Photo

So, aku pun nak amik kesempatan lah nih.. meh try letak byk2 keyword nih

Michael Jackson Autopsy Photo
Michael Jackson Autopsy Photo

nanti nak tgk kat nuffnang ada tak readers yg sampai ke sini thru keyword

Michael Jackson Autopsy Photo


hehe...

Doyan



Musim durian datang lagi...

Dah lama teringin nak makan durian... dok merengek2 kat si dia ajak pi makan durian pun... di buat dunno jek... last2 tadi ada orang offer makan durian free.. syukur... rezeki... tapi aku makan dua ulas je... sebab share ramai2 kan... tapi yg tak best nyer.. skang ni aku rasa mcm nak demam dah... is it because of the durian? ke memang dah nak demam?

Tapi kan... mcm tak puas lagi la nak makan duriann lagi..