nuffnang

Friday, December 12, 2014

All The Best Harimau Malaya

Nak kena update blog nih sebab dah lama benar nih tak update, dah macam kusam dah jadi blog ni tapi , nk update pasal apa ek.. of course la pasal Malaysia menang lawan Vietnam tadi... meh baca apa kata Dollah Salleh..

HANOI: Ketua jurulatih, Dollah Salleh menyuarakan rasa terkejut dengan cabaran hambar oleh Vietnam dalam saingan separuh akhir kedua, Piala AFF Suzuki, malam ini.
Pengendali itu tidak menjangka benteng lawan akan melakukan banyak kesilapan ketika beranggapan anak didiknya akan berdepan laluan sukar sebelum perlawanan ini di Stadium My Dinh di sini.
"Saya terkejut dengan Vietnam, terutama dengan pertahanan. Mereka banyak melakukan kesilapan, kata Dollah.
"Saya berharap pemain kita dapat menyambung persembahan baik ini dalam final nanti."
Malaysia menang 4-2 untuk layak atas agregat 5-4 dan akan bertemu Thailand dalam final pada 17 dan 20 Disember ini.
Sementara itu, ketua jurulatih Vietnam, Toshiya Miura
jelas hampa dengan persembahan hambar pasukannya di halaman sendiri.
"Kami bermain buruk dalam perlawanan ini. Saya akan mengambil tanggungjawab di atas kekalahan ini," kata pengendali berasal dari Jepun itu, hari ini. - REUTERS


No comments: