nuffnang

Friday, June 04, 2010

Beli Gula Macam Nak Beli Barang Seludup Jer..

Isu gula nih tak abis2 kan.. last week aku g Giant, masa nak bayar tu cashier tanya, nak gula? aku mcm terpinga2 jap, apsal tetiba tanya nak gula? Pastu baru aku paham, owwhhh gula dijual dia kaunter sahaja, 2kg utk setiap orang, ishh..ishh.. rasa macam beli barang seludup je (ehh i'm not saying yg aku pernah beli brg seludup..hehe) tapi the way gula dijual sekarang ni tu mcm citer P.Ramlee, yg beli belacan smuggle dari Malaya tu..

kat kosmo hari ni plak pasal bawak kad jemputan kawin utk beli gula dgn banyak..




Bawa kad jemputan beli gula

Oleh MANIRAH OTHMAN manirah@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkah

winan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.

Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.

Timbalan

Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkan pihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.

"Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

owhhh.. talking about kad jemputan kahwin, just nak share ngan my readers flyers yg aku dapat kat mail box umah balik keje semalam..


cantik2 kan kad nyer.. pakej dia siap ada thank you card for guests lagi, how we have evolve kan.. dah jadi style mat salleh la kan lepas wedding/event hantar thank you cards pada guests, well aku rasa tak salah sebab bagus apa macam tu kan..



Berminat kaluuu leh la call nombor kat atas tu, area code 09 yer... kedai dia kat Sri Dagangan Kuantan..

owhh saya tidak ada share ngan company tu.. saje suka suki nak share.. hehe..

No comments: