nuffnang

Monday, January 04, 2010

Tangkap Orang-Orang Ini!

Ramai yang suka baca blog, dan ramai juga yang terlupa nak baca online newspaper... suratkhabar Kosmo semalam ada menyiarkan gambar 4 Jahanam yang merompak sebuah klinik di pinggir Kuala Lumpur pada awal Disember 2009.

Polis sekarang ni dalam usaha menangkap mereka ini.. 



walaupun gambar tak berapa clear, tapi kalau kita kenal orang2 tu memang kita bleh cam dah dgn tgk gamba nih... jom tolong PDRM tangkap mereka yg sangat kejam ini.. sebarkan dalam blog anda... 



Berikut ialah laporan berita dalam KOSMO


KUALA LUMPUR - Polis menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai identiti Penjahat Empat Jahanam yang bertindak menyamun sebuah klinik di pinggir ibu kota pada awal Disember lalu sebagai usaha untuk memburu mereka hingga ke lubang cacing.

Ganjaran itu akan diberikan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat hingga tertangkapnya kesemua atau sebahagian daripada empat suspek tersebut.

Seorang pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memberitahu, maklumat itu penting kerana kesemua mereka merupakan penjenayah tegar dan berbahaya. Mereka diberi gelaran 'geng penyamun premis bersenjata'.




Gelaran tersebut diberikan selepas pihaknya menjalankan siasatan lanjut sejak menerima laporan daripada mangsa-mangsa kumpulan itu.

Setakat ini, polis masih belum mengenal pasti identiti mereka walaupun telah menunjukkan gambar keempat-empat suspek kepada beberapa individu sama ada yang pernah menjadi mangsa samun atau penduduk beberapa kawasan di sini.

"Kita juga masih belum dapat mengesahkan cap jari yang terdapat di premis tersebut kerana mereka hanya menyamun barangan kemas dan berharga milik mangsa dan pelanggan.

"Cap jari di pintu juga gagal ditimbulkan disebabkan berlaku pertindihan kerana dipegang oleh ramai orang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.




!Kosmo 1 Jan 2010

Aksi penyamun dirakam

KUALA LUMPUR - Empat samseng Melayu bersenjatakan parang dan kapak pasti tidak senang duduk apabila mengetahui gambar mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika sedang menyamun sebuah klinik di pinggir Kuala Lumpur pada 7 Disember lalu.

Berdasarkan rakaman tersebut, keempat-empat suspek terbabit mula memasuki premis yang mempunyai empat jururawat dan seorang doktor pada pukul 2.35 petang. Mereka masuk seorang demi seorang dengan berpura-pura hendak mendapatkan rawatan.

Ketika itu, keadaan klinik agak sibuk dengan tiga jururawat dan doktor sedang merawat seorang pesakit wanita berusia dalam lingkungan 40-an manakala seorang jururawat menjaga kaunter.

Seorang suspek berbaju kemeja putih yang dipercayai ketua kumpulan tersebut dilihat sebagai orang pertama yang memasuki premis tersebut sebelum berpura-pura hendak ke tandas.

Dia kemudian telah mengarahkan tiga rakannya masuk sebelum pergi ke satu sudut untuk mengeluarkan parang dan kapak yang disembunyikan di dalam sebuah beg.


2 comments:

mr.kordes said...

jahat la diorg..tensen la....

miss cloudy said...

tu la... muka decent je kan..