nuffnang

Sunday, December 06, 2009

Remy Ishak Kena Pukul?

Hero teater Natrah dibelasah

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI dan ATIKAH DALI

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon popular, Remy Ishak cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan kira-kira tujuh lelaki di perkarangan Istana Budaya (IB) di sini malam kelmarin.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 27, yang memegang watak Mansur Adabi dalam teater Natrah dipercayai diserang kumpulan lelaki terbabit ketika dia berehat di sebuah bilik selepas sesi pertama pementasan teater tersebut.
Berikutan kejadian, dia yang turut membintangi drama bersiri populer Nur Kasih mengalami cedera di kaki dan kepala.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya diekori oleh lelaki terbabit sehingga ke bilik persalinan sebelum dikepung di satu penjuru bilik tersebut.

"Lima daripada lelaki terbabit telah mengepung mangsa manakala dua lagi bertindak dengan memukul beliau. Mangsa mengalami bengkak di muka dan kaki selepas dibelasah," kata sumber tersebut.

sumber - kosmo

3 comments:

Qastalani® said...

sebab hutang ah long ke sebab pompuan?

asila ashira said...

h0ho..
i xdgr cite lak...
c0z myfren pn blakon lam teater 2..
sib bek u bg tw..i pn xbc paper..hee~
h0ho..cianye...

Anonymous said...

ummi 2 bermasalah...remy u cari la girl lain yg lg better than she..awk terlalu baik untuk die..