nuffnang

Friday, April 03, 2009

Mati Kena Rotan


Murid mati selepas dirotan

SEREMBAN – Seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gemas dilaporkan meninggal dunia selepas menerima hukuman rotan di tangan yang dilakukan oleh seorang guru wanita sekolah tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Chan Qi Xin, 9, mengadu pening selepas dirotan semasa sesi persekolahan tengah hari kelmarin.

“Melihat keadaan murid itu yang semakin serius, pihak sekolah telah menghubungi keluarganya sebelum menghantarnya ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu bapa murid tersebut kemudian menghantar anak mereka ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru setelah diminta berbuat demikian, tetapi kemudiannya dibawa pulang ke rumah pada hari yang sama.

“Pihak HSA telah memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa murid tersebut bahawa harapan untuk anak mereka pulih adalah tipis,” katanya kepada pemberita semalam.

Kanak-kanak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapanya di Kampung Baru, Gemas pukul 3.30 pagi semalam.


yang bawah ni plak berita hari ni... (3 apr 09)


Bapa tak sangka anak berpenyakit



.

SEREMBAN - "Saya sangat sedih kerana saya sendiri tidak tahu anak saya menghidap penyakit ketumbuhan dalam otak sehinggalah membawa kepada kematiannya."

Demikian luahan Chan Teen Fat, 40, bapa murid lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Kg. Baru Gemas, Chan Qi Xin, 9, yang meninggal dunia pagi kelmarin.

Kata Teen Fat, kematian anaknya berpunca daripada ketumbuhan tersebut pecah dan bukannya disebabkan dirotan oleh guru sekolahnya.

"Sebelum ini, Qi Xin tidak pernah mengadu sakit atau menunjukkan tanda-tanda dia mempunyai masalah kesihatan,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tunku Jaa'far (HTJ) di sini semalam.

Malah cerita beliau, Qi Xin merupakan seorang anak yang aktif dan sentiasa ceria membuatkan beliau sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan dia mempunyai ketumbuhan dalam otak.

Qi Xin merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik.

Dalam kejadian tengah hari Selasa lalu, murid lelaki berusia 9 tahun itu mengadu pening kepala selepas dirotan oleh seorang guru wanita sekolah berkenaan.


sian cikgu tu kan, sure dia rasa guilty giler... walau pun bukan rotan tu yg sebenarnya membunuh budak tu... tapi... ye lah kan... iskkk.... tu la pasal kita ada agama kan... percaya kepada qada dan qadar... kalau tak sure bleh sakit jiwa kan dgn things going on today


sumber: kosmo.com.my

5 comments:

atty's said...

huhuuh.sedih ar..sbb makpaknya tak tau anak tu sakit..

cikgu tu mesti sedih..

Neeza Shahril said...

terkejut gak.. takkan lah pukul kat tangan boleh meninggal.. cam ni.. bahaya la..
ada penyakit rupanya.. kalau belum baligh, tentu dia dah jadi bidadari syurga kan..

Anonymous said...

Mungkin pendapat aku ni nampak macam racist sikit..

Budak bangsa Cina, dari SRJK Cina.. Kalau dari SK, dah tentu cikgu, guru besar, sekolah, kementerian dan kerajaan Malaysia semua dah kena saman walaupun dalam situasi yang sama di mana cikgu tersebut tidak bersalah. Tapi sebab SRJK Cina, takde la kes saman-menyaman ni...

Tapi memang kesian la kat si cikgu tu. Tak kira la bangsa apa pun, memang trauma gile. Kecuali la kalau dia ni sadistic macam guru besar aku dulu.

lynn-the gudigudigurl said...

hi salam singgah

MakPeah said...

Salam...

Kesian, ya...pada anak kecil tu dan juga keluarganya...Simpati sangat2...