A proud mommy Erra Fazira
photo: mstar.com.my
Aku pun taknak ketinggalan berblog pasal baby Erra Fazira gak..
juz now dok baca (kat sini ) pasal Erra n baby dia yg di beri nama Engku Aleesya. Cantikkan nama tu.. memang Aleesya tu nama2 yg aku minat n berangan nak ada nama mcm tu..heheee....
muka happy seorang daddy - Engku Emran
photo: mstar.com.my
sedikit sedutan dari mstar.com.my .....
Agak sukar untuk umum menatap gambar anak aktres jelita Erra Fazira dan Ketua Pegawai Operasi Suria fm Engku Emran Engku Zainal Abidin selepas Engku Aleesya selamat dilahirkan pada pukul 11.40 pagi semalam.
Walaupun berkali-kali dipujuk, Emran tetap berkeras tidak membenarkan pihak media merakamkan gambar anaknya pada hari ini kerana dia dan Erra telah bersepakat untuk menunjukkan anak mereka semasa majlis cukur jambul selepas Erra selesai berpantang nanti.
“Agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya hari ini kerana doktor juga menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil,” kata Emran dalam satu sidang media di lobi Damansara Specialist Center, Petaling Jaya.
Tambahnya, Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu Emran dalam masa dua bulan ini di kediaman mereka.
Ditanya tentang perasaannya setelah bergelar bapa, Emran berkata dia berasa teruja sehingga tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Ditanya tentang perasaannya setelah bergelar bapa, Emran berkata dia berasa teruja sehingga tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
"Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata," ulas Emran yang berada hampir tujuh jam dalam bilik itu.
Tambahnya, dia bersyukur apabila Erra mudah bersalinkan Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit.
Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri.
huhhh..after pantang baru bleh diambil gambar??? uuuhhh... lama lagi la kena tunggu nak tunggu tgk muka comel Aleesya tu ye...
2 comments:
itu ler merata2..carik..nak tgk gambo anak erra..lom ado
Hmm.. She should be just as cute as her mom, right? By the way, secara kebetulan Aleesya tuh my pen name la.. So secara tak sengaja terdetik rasa bangga.. Huhu.. Tapi eja dia Aleesha.. Meaning dia kalau tak silap hari tu terbaca kat web mana tah, di bawah peliharaan Allah..
Post a Comment