nuffnang

Saturday, March 14, 2009

Salleh Yaacob Tak Pasti Pulakk..

jom baca citer kesinambungan Salleh Yaacob nak kahwin empat....

nih dr kosmo.com.my yerkk...

KUALA LUMPUR - Pelakon, pengacara, penyanyi dan pelawak popular, Salleh Yaacob yang dilaporkan sepatutnya bernikah dengan seorang gadis anak Tan Sri pada malam tadi terpaksa menangguhkan hasratnya itu.

Sebaliknya, beliau yang ditemui Kosmo! masih bersantai di rumah isteri pertamanya, Norliza Mamat, 46, di Desa Pandan di sini berkata : "Benar kami akan bernikah namun pernikahan tersebut tidak dilaksanakan malam ini (malam tadi) kerana timbul masalah peribadi di pihak keluarga perempuan yang saya sendiri tidak tahu puncanya.''

Salleh, 48, yang telahpun mempunyai tiga orang isteri berkata, walaupun anak Tan Sri berumur 29 tahun itu tidak pernah ditemui dan dikenalinya, beliau menerima dengan tangan terbuka apa sahaja keputusan yang bakal diberikan oleh keluarga gadis berkenaan memandangkan perancangan perkahwinan itu datangnya daripada keluarga gadis itu sendiri

"Jodoh yang datang pasti ada sebab tertentu dan saya mahu mengetahui penamat kisah pertemuan gadis yang dianggap misteri ini. Sejak sebulan lalu kami hanya berhubung menerusi telefon dan SMS sahaja.

"Asalnya dia peminat setia saya dan pendengar setia Sinar.FM. Hanya pembantu peribadinya sahaja yang datang menemui saya. Sebelum heboh diperkatakan media, semua isteri saya tahu tentang hubungan kami dan merestuinya," kata penyampai radio Sinar.FM ini yang mempunyai 10 orang anak ini.

Norliza dan isteri kedua Salleh, Noraha Hamat, 40 kini menjalani ibadah umrah di Mekah manakala Nor Farawahida Sulaiman, 31, kini sedang hamil lima bulan.


hmmmm.... mcm pelik la pulak kan... tak pernah jumpe? biar betullll...
apa yg terdetik first kat ati aku... aku rasa pembantu peribadi tu yg sebenarnyer org nyer.. hmmmm... ye ker? well... just my opinion kan... if baca citer yg sebelum ni... dlm paper tu cakap.. bakal isteri dia tu pernah accdident n koma, then sedar dari koma bila dengar suara Salleh kat radio... wahhhh... then aku teringat pulak... zaman2 aku study dulu... masa tu zaman kegemilangan IRC of MIRC lah... ada la kawan aku yg dok study kat US tuu kenal ngan sorang awek nih yg dok Msia... then depa pun bercintan-cintun lah... then minah tu sakit... sedih la mamat kawan aku nih... buat solat hajat utk minah tu.. dlm minah tu dok sakit.. buleh lg depa dok chatting, sebab spital tu ada internet...wahhh... canggih kan spital tu.. (ni aku cakap zaman before tahun 2000 nih tauu) zaman tade wifi tade broadband, tade streamyx, yg ada dial-up semata... pastu... tup...tup..aku dengar.. mamat tu kena tipu semata-mata.... wahhhhh...
ermm..walaupun bila pk dua kali mcm tak relevan jek citer aku nak disamakan dgn citer Salleh nih... tapi tu jek la yg tedetik kat ati aku... just wait n see apa pulak citer seterusnya...
All the best to Salleh Yaacob... luv you... :)

No comments: