Yunalis Zurai nama penuh dia...
Aku dah lama menunggu n mencari komen Yuna pasal student AF 7 nyanyi lagu dia nih... last2 jumpe kat harian metro... nih komen dia...
Mereka bakal mendendangkan lagu yang berada dalam senarai permintaan dan antaranya Dan Sebenarnya, dipopularkan pendatang baru yang kini menjadi sebutan ramai, Yunalis Zurai (Yuna), 23.
Lagu yang didendangkan dan dicipta sepenuhnya Yuna sendiri bakal didendangkan peserta dari Kuching, Sarawak iaitu Siti Aishah Bujang atau Aishah.
Sebaik senarai lagu diberikan, timbul cerita kurang menyenangkan apabila produksi AF7 didakwa tidak meminta kebenaran daripada Yuna selaku penulis dan penyanyi lagu Dan Sebenarnya untuk didendangkan Aishah.
Isu sama turut timbul sebelum ini apabila kumpulan Hujan dikatakan meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lagu mereka digunakan tanpa kebenaran pada musim lalu.
Isu hak cipta dalam program Akademi Fantasia amat penting dan sensitif, memandangkan lagu digunakan bukan saja didendangkan peserta tetapi ada antaranya turut dirakam dalam bentuk cakera padat atau rakaman video konsert dan dijual kepada umum.
Sewaktu dihubungi, Yuna bagaimanapun menafikan perkara itu berlaku kepadanya dan menjelaskan produksi AF7 menghubunginya bagi berbincang secara hitam putih untuk menggunakan lagu Dan Sebenarnya.
"Perkara itu tidak berlaku kepada saya kerana beberapa hari sebelum konsert berlangsung, mereka menghubungi saya dan mengajak untuk sama-sama menyaksikan konsert bagi menyaksikan Aishah mendendangkan lagu saya.
"Bukan itu saja, mereka turut berbincang secara 'hitam putih' mengenai lagu itu. Sebagai orang baru, saya berbesar hati akan usaha mereka. Sayangnya, saya tidak dapat hadir menyaksikan konsert minggu pertama kerana ke Singapura untuk menjayakan satu persembahan.
"Apapun, mungkin perkara ini ditimbulkan sesetengah pihak kerana produksi AF7 agak lewat menghubungi saya. Bagaimanapun, saya faham kerana mereka terlalu sibuk. Maklum saja, banyak perkara yang perlu mereka beri perhatian dan AF7 berupa produksi besar.
"Paling penting, mereka menghubungi saya dan mahu berbincang lebih lanjut mengenai penggunaan lagu Dan Sebenarnya," katanya.
Sebagai orang baru jelas Yuna, dia gembira apabila karya dihasilkan dipandang produksi AF7 dan didendangkan seorang pelajarnya.
"Saya menghasilkan muzik bukan untuk cari makan tetapi kerana hobi. Saya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan undang-undang.
"Sebagai orang baru pada saya apabila mereka menggunakan lagu saya, ia satu penghormatan. Saya sendiri seperti tidak percaya dan bertanya dalam hati mengapa Aishah memilih untuk mendendangkan lagu saya. Adakah ia terlalu istimewa?
"Lebih membanggakan, saya sendiri sentiasa mengikuti Akademi Fantasia dari musim pertama hingga sekarang. Untuk AF7, lagu saya pula didendangkan. Saya mengetahui mengenai perkara ini menerusi rakan di kolej yang memberitahu lagu saya bakal dinyanyikan Aishah," katanya.
Selain itu, malam ini antara lagu yang bakal didendangkan peserta ialah Pohon Asmara dinyanyikan Nas Adila Mohd Dan atau Adilla, Sepi (Ismaliza Ismail), Elergi Sepi (Zuzafrini Zulkifli), Sempurna (Claudia Fay Geres), Molek (Nur Fazelah Mohd Tahil) dan Matahariku (Rubisa Tiasin).
Sementara itu pelajar lelaki memilih lagu Phoenix Bangkit Dari Abu dendangkan asal M Nasir dan dinyanyikan Mohd Qhauhd Abdul Rashid, Penghujung Rindu (Mohd Yazid Ibrahim), Terima Kasih Cinta (Mohd Rashidi Mohamad Isa), Lagu Kita (Mohd Hafiz Mohd Suip), Jeritan Batinku (Ahmad Sobri Hasmuni) dan Hatiku Kau Luka (Afiq Hakim Ahmad).
No comments:
Post a Comment