nuffnang

Wednesday, January 06, 2016

2016 So Far



Ok.. masuk hari ke 6 tahun 2016

so apa yg menarik so far? What's trending? 

Kekayaan jutawan eh billionaire kosmestik ituuu?

Pasal cikgi cikgi cantik kat sekolah? ngeeee..

atau... 

isu sireh kat Kuantan? kikiki....


Bauksit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bauksit dibandingkan dengan sekeping duit syiling dolar.
Bauksit dengan kerak batuan yang tidak terhakis.
Bauksit, Les Baux
Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.
Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.
Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan,Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Pulau Kalimantan serta Kuantan, Malaysia.





ni angkara bauksit jugak kah??? siannn

Thursday, December 31, 2015

2016


AZAM?

AZAM 2016

Last day of 2015

tahun 2015 berlalu mcm sekelip mata je kan... 
ermmm.. azam 2016 apa ek? 

CikCloudy nak more $$$$$$ thru blogging!


Target every month boleh cash out dan more income thru blog selain dr thru nuffnang..
so... kenaaaa lah rajin update kan.. dan kena lah post benda2 yg menarik... cer korang bagi idea sket, nak post pasal apa ek? Blog CikCloudy ni kena ada niche... tapi aperrrrrrr


kena buat research sungguh2 ni... well.. cari murahan byk je... post pasal isu2 yg tengah hangat kan.. mcm skang ni psl ahmad maslan isu buat dua keje tu kan... isu psl undang2 negara kita yg tgh viral psl yg jd mangsa perompak, perogol yg kena hukum....

tapiii....

aku taknak la duk post isu2 camtu... we have had enuf of those kat fb kan.. lagi pun rasa mcm menanguk di air keruh... 


satu lagi nk jd blogger yg masyukkkk ni for sure la kena tonjol kan diri kita yg sebenarnye kan... bukan jd anonymous blogger mcm aku sekarang nieee... ngeeee...

haishhh.... cmne ni... 


ada idea x korang?













Wednesday, December 30, 2015

Simple Gestures

Aritu CikCloudy ke bandar Kuantan ni... running some errands... so masa nk kuar dari satu tempat ni.. keadaan kat luar tgh hujan.. ada aunty sorang ni duk tengok2 kat kite.. then dia bukak payung dia, then tgk kite lagi... pelik gak..aku kenal dia ke dia kenal aku? 

Pastu aunty tu cakap... adik nak pergi mana? saya nak lalu ikut sini... sambil tunjuk ke arah depan... ohh dia nak ajak CikCloudy tumpang payung dia rupannyer... Allahuakhbar... I was really touched... terus CikCloudy cakap eh takpe2 sambil tepuk bahu dia..terharu sangat sampai automatically pegang bahu dia tanda sangat terharu with her offer.

Betul lah... pay it forward, bila org buat baik kat kita... kita rasa happy dan rasa nak balas balik kat org lain pulak. 

Simple sgt kan.. tapi kenapa kita susah nak buat.. 

Thursday, December 24, 2015

NOMBOR TELEFON KAUNTER TIKET BAS SANI EXPRESS & BELI TIKET BAS SANI SECARA ONLINE




kepada yg mencari-cari nombor telefon kaunter tiket bas sani.... bleh la tgk kat gambar atas ni ye...
skarang ni tiket bas sani dah boleh beli online... senang je.. xpayah susah pergi beli kat kaunter tiket... sebab kadang2 kite pergi kaunter, kaunter pulak tutup, tanya kaunter sebelah cakap g makan la... apa la.. nak tggu lama2 kita pun nak cepat kan.. so the best solution beli je la online.. tapi harga dia berbeza sket la.. alaa dalam RM3-4 je kot beza nyer pun... sebab ada caj bank etc.. 

untuk beli tiket bas sani express secara online boleh ke link ni...


for first timer kena la sign up dulu.. based on my experience.... lepas buat payment tu kena tunggu dekat 20mins baru lah proses tu settled. Mula2 cuak jugak sebab mcm my payment tu didnt get thru... duit kat bank dah berkurang tp kat sani punyer website cakap takde payment di buat lg.... so.. dont be panic tungguuuuu... no need to worry... unless dah berjam2 kena call customer service dia la.. 




lps dah settled payment semua... kena print lah details tiket kite tu... nk print details tu g kat my profile then active ticket pastu click kat boarding code.



screen shot boarding pass





Boarding details ni kena print dan tunjuk kat kuanter tiket 30 mins b4 nak naik bas... harga tiket sebenar ialah 34.50 pastu campur GST & Convenience fee jadi RM36.50 pastu campur caj bank jadi lah total yg kena byr RM37.56

Well... jimat la dari ngabis kan duit minyak dan masa g bli kat kaunter kan... tapi leceh sket la nak kena print bagai... macam conflicting sket sbb kat atas boarding details ni cakap bleh je tunjuk screen shot kat kaunter sblm naik bas, tapi kat bawah plak ada cakap please print out this boarding pass... ntah ler... nnti CikCloudy p tnya sendiri kat kaunter lah senang sket.

update:



so... tadi dah g kat kaunter Sani Express... CikCloudy juz tunjuk screen shot boarding pass je, no need to print... terus akak kat kaunter tu print kan tiket yg mcm dlm gamba kat atas ni..lps CikCloudy bgtau no boarding pass... so harga sebenar tiket KB-KTN iaah 34.50 kalau beli over the counter... through online RM37.56 

no hal lah kan 3.06 je pon... kalau g bli sendiri minyak keta lebih kot RM5 dan satu lg, kalau tunggu nk g bli over the counter.. dgn setiap hari jadual keje yg padat... last2 tiket abis kan.. 

Wednesday, December 23, 2015

SEMAKAN‬ STATUS ‪PTPTN‬

http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

harap2 clear lah hehe... 

Tuesday, December 22, 2015

Face Lift

Mengada nk make up kan sket blog ni... cuba la letak gambar kat atas tu... tapi tak reti dah nak edit mcm mana nak bagi penuh smpai ke ujung kanan gamba tu.... help.... cmne ek... geremmm je bila edit2 x menjadi..

ICE ICE BABY

Dapat dari FB

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah
Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya....





Monday, December 21, 2015

BEST TIMES TO EAT

Susah jugak ada FB ni... everyday (well.. everytime kite bukak FB la) we r always being bombarded with lots of info... mcm2 lah info yg kita dapat kan... yg perlu kita tahu dan yg tak perlu kita tahu pon lagi laa.. ni salah satu contoh la kan... so.. bile byk sgt info ni... susah gak tatau nk simpan camne... the best is simpan kat blog je la hehe...




yg eat within 30mins of waking up tuu masalah sket... well maybe dlm rushing nk g keje tu bleh la grab fruits ke kan... 



Useful Tips



Kat FB skang ni byk ada pasal ni kan... ada yg panggil life hacks... 

so i thought nk compile lah mana yg berkenan dan relevant for me




yang ni paling best... sbb i'm having this prob... haha... zip tu asyik la nk turun dgn sendiri nyer.. so dah tau dah la cara nk settled kan prob ni..



















Thursday, December 17, 2015

KHASIAT LEMON

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Saturday, December 12, 2015

Nak Pinjam Duit Boleh?

Tadi duk borak2 via wassap ngan sorang kawan nih....


Dia bukak citer about my other fren yg tak ku sangka telah meminjam duit puluh ribu gak la daripada dia... janji nk pinjam jap je (mmg semua pun janji gtu) alih2 makan bulan gak la baru bayar balik, itu pun lepas my fren tu merayu...marah dan amukkan yg meminjam tu... 

Seriously tak sangka sbb yg meminjam tu level otai2 dan nampak banyak duit la,, well nampak je la kan.. hakikatnyer... wat naya kawan... so beringatlah.. kalau kita mampu bagilah pinjam.. ye lah ada je kawan2 kita yg betul2 terdesak perlukan duit... tapi ada jugak yg jenis dah jadi perangai dia jenis suka meminjam2 demi nk nampak mewah... masa nk buat post ni teringat plak... pernah dah rupanyer aku buat post pasal kawan pinjam duit ni...



Ni aku share pengalaman aku sendiri... kawan lama tuu yg buat onar, dan bila baca balik pasal apa dia bersungguh post kad jemputan tu maybe sebab dia nak kan alamat dan no tel kawan2 yg lain utk senang dia pinjam duit, masa tu kan tak glamer sgt lg fb..sebab bila diselidik.. mmg ada pon kwn2 aku yg lain dia mintak pinjam gak..

Sunday, December 06, 2015

Cara Untuk Berhenti Merokok by Syed Alwi



ini pulak cara merawat buasir





Mamba




Rasanye setiap kali mai kedai kopi ni mesti duk kat meja nih...

Wednesday, December 02, 2015

Senang Sangat Ke BM ni?

Baru lepas tengok vdo interview Sinar FM Sarapan Pagi yg ada Mark Adam bercerita pasal dia nangis bila sampai Malaysia tengok KLIA dan KLCC tu... masa tu dia cakap dia tak pandai sangat cakap BM dan BI pastu lama2 dia belajar cakap BM thru tgk tv.. terpk plak CikCloudy.... senang sgt ke bahasa malaysia / melayu kite ni ye... rata2 pendatang asing yg datang sini kejap je dpt menguasai bahasa kita... 

Tapi serius lawak lah interviu Mark Adam tu... dia cerita cerita sedih tapi jadi lawak...


Sunday, November 29, 2015

Friday, November 27, 2015

Tuan Anas Mikael Trending di Google

pic fr astro gempak


no 2 tuu ! punyer lah ramai orang carik pasal TUAN ANAS ni kat internet yer


kepada yang tak sabar nak tunggu apa ending citer ni... meh baca full synopsis Tuan Anas Mikael ni..



SINOPSIS FULL TUAN ANAS MIKAEL

Cik Ayu Maisara, seorang graduan akaun dari UiTM menerima tawaran Tuan Anas Mikael menjadi tukang cuci selepas diugut oleh Tuan Anas. Kisah mereka bermula bila Ayu menggantikan tempat Cik Su, ibunya untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Cik Su telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan yang menyebabkan Ayu menyangka Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu menggantikan tugas mak dia, Ayu tersalah mop tangga sehinggalah menyebabkan Tuan Anas tergelincir jatuh.
Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan setakat mengemas rumah je, Tuan Anas meminta belajar memasak kesukaannya, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu menjadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila di tanya kenapa, Tuan Anas kata dia mempersiapkan Ayu untuk menjadi project manager di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi.
Dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Itulah password mereka .
Bila projek di Krabi berjalan, Ayu dihantar sebagai projek manager di sana. Tugasan sebagai Projek manager tu sepatutnya disandang oleh Safra Ariana. Safra tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas. Sikap Safra yang tak menunjukkan dia berminat untuk bekerja dan memilih Ayu sebagai Projek manager. Tuan Anas sebenarnya akan dijodohkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga bisnes partner Tuan Anas .
Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu umpama tarik tali. Cik Su pernah berpesan agar jangan jatuh cinta pada Tuan Anas agar peristiwa lama tidak berulang ( percintaan mak dan ayahnya dulu ) . Tapi Ayu hanya setuju untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas depan mak Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Bila tiba masa untuk memperkenalkan Ayu sebagai girlfriend, lain pula yang jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri ( Peguam Syarikat ) sebagai girlfriendnya.
Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemuan dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni, anak kepada Dato Azhar, anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu.
Ayah Ayu dah meninggal dibunuh perompak. Itu kata surat khabar. Tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Pada Dato Azhar , Dia hanya akan dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudah mempunyai pilihan lain. Tak angin tak ada ribut Tuan Anas bersetuju untuk berkahwin dengan Safra. Ayu yang cuba menggagalkan perkahwinan Tuan Anas dengan Safra dan merancang sesuatu tetapi dihalang oleh Tuan Anas. Tuan Anas juga tahu jika Ayu mengaku yang Ayu adalah cucu tunggal Tun Amina dan Tun Akhiruddin nyawa Ayu dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman .
Kedegilan Ayu menonjolkan diri di depan Tun Amina sebenarnya merosakkan plan Tuan Anas. Dato Azhar terkejut bila Ayu Maisarah berani menonjolkan diri. Dato Azhar terus memaksa agar Ayu menyerahkan Yayasan Ayman pada Dato Azhar. Ayu akan menyerahkan Yayasan pada Dato Azhar tetapi bersyarat. Batalkan perkahwinan Tuan Anas dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dalam masa yang sama Ayu dicolek dan akan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina.
Dengan Bantuan Tuan Anas Ayu , Cik Su dan Tun Amina selamat tetapi Dato Azhar ditembak mati. Sejak Ayu menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina . Tanpa sedar Tuan Anas selalu mengikut gerak geri Ayu kerana risaukan akan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar hidup Ayu dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah malah mereka tinggal dirumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh Tuan Anas. Tuan Anas menghilangkan diri tanpa berita. Hinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu mereka diketemukan kembali. Sebenarnya mummy Tuan Anas tak kisah siapa bakal menantunya yang penting kebahagiaan Tuan Anas. Mummy Tuan Anas memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. Ayu gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang.


Read more: http://www.perekacerita.com/2015/09/tuan-anas-mikael-astro-ria.html#ixzz3sTrmUFS9

Friday, November 20, 2015

Laluan Bas Rapid Kuantan



Ni dia jadual perjalanan bas rapid kuantan... letak kat blog ni senang nak refer.

TUAN ANAS MIKAEL

Sapa tengok citer Tuan Anas Mikael???? ngeeee...

Best kan... walaupun mcm cheesy sgt..walaupun mcm byk je tak logik... but well who cares.. as long as it make us feels good kan.. sengih sorang2 tgk citer tu..ahakss..



location dalam citer ni punyer lah mewah... rumah tuan anas mmg perghhh.. buatku tertanya2 rumah siapakah itu? ofis dia pun cantik giler... warna tema hitam tuu.. yg rumah tun aminah tu tau dah rumah datuk aliff syukri terlajak laris tuu... yg rumah tuan anas tu rumah ziela jalil kah? sapa tau?? tnya cik gugel pon tak jumpe jawapan..

Wednesday, November 11, 2015

Of Perempuan Keras Kepala

Perempuan keras kepala yg paling lelaki tak suka.

Setuju?

Mengalah tak bererti kalah. Tapi, susah nak senang2 mengalahkan... kite buat keras kepala sebab kite nk org2 lelaki ni paham sepaham, pahamnye akan isu yg diperdebatkan atau apa yg kita tak puas hati tu. 

Tapi lelaki ni... dia paham pun luaran dia buat tak paham jek... 

give n take je lah...

So... sebab itulah men r from mars n women r fr venus....