Ok.. masuk hari ke 6 tahun 2016
so apa yg menarik so far? What's trending?
Kekayaan jutawan eh billionaire kosmestik ituuu?
Pasal cikgi cikgi cantik kat sekolah? ngeeee..
atau...
isu sireh kat Kuantan? kikiki....
Bauksit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.
Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.
Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan,Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Pulau Kalimantan serta Kuantan, Malaysia.
ni angkara bauksit jugak kah??? siannn
No comments:
Post a Comment