nuffnang

Thursday, September 01, 2011

Bunohan


Papan Tanda Kampung Bunohan

Macam nak ajak my parents g Pengkalan Kubor lah.. ada apa kat sana? Shopping lerr.. huhu.. kat siti ada Duty Free Shop dan bersempadan pulak dengan Thailand. Lagi pun otw ke Pengkalan Kubor boleh la lalu kat Kampung Bunohan. Kampung yg bakal famous tak lama lagi setelah filem Bunohan ditayangkan dan filem Bunohan telah terpilih utk tanyangan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36!


FILEM aksi drama Bunohan masih menanti tayangan kepada penonton tempatan, tetapi ia bakal disaksikan terlebih dulu masyarakat antarabangsa apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) yang berlangsung pada 8 hingga 18 September ini.


sumber gambar

Pemilihan filem ditulis dan diarahkan Dain Said serta diterbitkan Nandita Solomon dengan kerjasama Tim Kwok dari Entertainment Convergence ini dipilih secara rasmi untuk tayangan perdana di festival itu melalui seksyen Discovery yang memaparkan filem daripada pembikin meningkat naik dari seluruh dunia.

Difahamkan, Pengurus Program TIFF, Giovanna Fulvi melihat Bunohan sebagai karya yang punya tarikan tersendiri dan percaya filem berkenaan menjadi antara taruhan terbaik pengarah itu.

“Sekali pandang, ia realistik dan bergaya. Filem yang mempunyai kuasanya tersendiri. Arahan Said yang mantap, menjamin persembahan yang kuat daripada barisan pelakonnya, yang hampir keseluruhannya lelaki.


“Boleh dikatakan filem ini mempunyai tarikan tersendiri dengan aksi dan garapan yang diketengahkan,” katanya.


Festival yang paling berprestij di Amerika Utara itu menyaksikan Bunohan menjadi satu-satunya filem mewakili Malaysia pada tahun ini.

Tidak cukup dengan berita gembira itu, Bunohan sekali lagi membawa berita baik buat Dain Said apabila berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk pasaran United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Pembikin filem, Dain Said yang kini berada di Bangkok bagi menyiapkan filemnya untuk dihantar ke Toronto mengakui cukup gembira dengan dua berita gembira itu.

Katanya, ia menunjukkan langkah positif buat filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

“Pastinya ini berita gembira buat saya dan juga semua pihak yang menjayakan filem ini. Saya benar-benar tidak mengharapkan apa-apa, tetapi sekarang ia terjadi. Apa yang boleh saya katakan, saya berasa teruja, terutama untuk semua tenaga produksi dan pelakon yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan filem ini.

“Saya berharap usaha ini akan berterusan pada masa depan dan peminat filem aksi dapat menerima karya ini,” katanya.

Bunohan yang dihasilkan syarikat perfileman Apparat yang dimiliki Dain, diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films. Ia berkisar kepada kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur.

Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.

Jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia, Bunga Lalang atau Adil lakonan Zahiril Adzim mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang membabitkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa.
Sahabat lama Adil, sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur tinju haram itu.

Ilham (Faizal Hussein), pembunuh upahan dihantar untuk memburu dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan, kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa.

Pada masa sama, Bakar (Pekin Ibrahim), abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi.

Bakar seorang yang berhati kejam sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehendaknya. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu.

Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing, timbul memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman dan perasaan kehilangan. Dalam Bunohan, di sinilah bermulanya segala keperitan.

Filem ini turut dibintangi pelakon Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor selain penampilan khas model tinggi lampai, Tengku Azura dan pengarah indie, Ho Yuhang.


1 comment:

Dida mumin♥ said...

serious! saya tidak pernah dengar tentang filem ini, tapi bila ianya berjaya ke TIFF-36 rasanya berbaloi utk menononton cerita ini...Thanks...