nuffnang

Monday, June 27, 2011

Apa Ada Dengan The Tipping Point?


Kalau sebelum ni aku baca Blink, kali ni nak cerita pasal The Tipping Point from the same author; Malcom Gladwell. Kalau Blink cerita pasal macam mana kita dapat mengetahui sesuatu pada saat-saat awal, contohnya, bila kita jumpa orang for the first time, terus kita ada rasa detik di hati dan macam mana nak mendengar detik hati itu. Senang cakap, macam first impression la. Macam mana kita boleh baca seseorang dengan first impression dan bagaimana untuk listen to that detik rasa in such a blink moment.

Okeh, nak cerita pasal Tipping Point sebenarnya, menurut penulis buku ini tipping point ialah perubahan besar yang berlaku tatkala "the moment of critical mass, the threshold, the boiling point. Contoh yang dia bagi, macam mana tiba-tiba kasut Hush Puppies menjadi popular di pertengahan tahun 1990an. Apakah faktor dan penyebab misteri jualan kasut tersebut meningkat walaupun tanpa promosi besar-besaran dari syarikat tersebut. Dalam kes Hush Puppies ni, sales kasut meningkat sebabnyer muncul kumpulan-kumpulan yang meminati design hasil dari words of mouth dan golongan tertentu ini telah membuat pemakaian Hush Puppies nampak cool.

Contoh satu lagi pasal konsep Tipping Point ni, kes seorang jururawat yang memulakan kempen kesedaran tentang bahaya diabetes dan breast cancer dan dia nak wanita2 dalam komunitinya ambil test utk diabetes n breast cancer. So, dia mula la buat seminar kat gereja tapi kempen tu tak berjaya. Dia cuba strategi lain dengan salon rambut menjadi sasaran. Tanpa diduga kempen tersebut berjaya.

Selain daripada itu, membaca buku ini kita didedahkan dengan beberapa konsep antaranyer, stickiness, the law of the few - menceritakan jenis-jenis orang yang membantu dalam menyebarkan sesuatu ideas iaitu connecter, mavens dan salesmen. Apa yang aku faham, orang2 yg mempunyai ciri2 connecters, mavens dan salesmen yg merupakan faktor sesuatu idea atau konsep itu menjadi...

Stickiness plak dia citer pasal kejayaan Sesame Street (rancangan tv kanak2 tu) adalah disebabkan faktor stickiness(faktor yg membuat kan anda melekat terhadap sesuatu) in this case stickiness ialah faktor penyebab kanak2 suka tengok Sesame Street. Bila baca bab ni barulah aku tau orang2 yg buat progran Sesame Street tu siap buat research, experiment tau utk program tv tuu.. bukannyer pakai main buat je. Untuk rancangan tv kanak-kanak Malaysia agak-agak ada ke yg buat research macam tu?

Banyak lagi la yg penulis citer berdasarkan kejadian sebenar.. tapi tak larat la aku nk citer satu2 kan.. g baca sendri.. :)

Kepada yang berkira-kira untuk membeli buku ini, well memang banyak la ilmu baru yang kita akan dapat melalui pembacaan ini, tetapi kepada pembaca tegar sahaja lah yer, sebab as for me pun bercinta jugakla nak menghabiskan buku ni.. banyak sangat dia dok citer pasal research dan few other things yang along the way made you lost interest to keep on reading.

I love Blink more than this Tipping Point. :)

1 comment:

Rina Rahamat said...

mcm menarik bukunya..sejak dah berumahtangga nih sy dah kurang baca buku..yela asyik nk ngadap rumahtangga je (baca:blog)..hik hik..