nuffnang

Saturday, February 06, 2016

Restoran Steamboat di Kuantan

Semalam tgk kat fb ada sorang facebooker ni (Diana Azlan) buat review pasal tempat2 mkn yg menyediakan makanan steamboat di sekitar kuantan ni.... so berikut ni CikCloudy share ada yg Diana Azlan ni tulis.... ni copy&paste dari Diana... so all credit shud go to her...


Sekarang trend makan steamboat memang tengah meletup dekat kuantan. Jadi harini saya nak buat review sikit sikit pasal kedai steamboat yang saya pernah pergi dekat sini. Kalau ada kedai steamboat yang saya terlepas pandang tolong bagitahu ye.




1) Aniq Steamboat 
- Boleh dikatakan kedai steamboat paling popular dekat kuantan. Siap masuk paper. Tuan kedai memang pro dalam marketing. Terletak di medan warisan, kedai ni design dia menarik perabot semua guna kayu pallet. Yang jadikan dia popular adalah harga yang murah, cuma 19 ringgit satu kepala, barang makanan banyak pilihan dan ada harga OKU lagi. Untuk kekurangan pula dapur arang yang digunakan tu lambat panas. Bila grill makanan nanti jatuh dalam sup. Tomyam pulak agak kurang kaw sikit. Makanan agak lambat topup. Kedai yang sesak dan meja rapat rapat buat kedai jadi panas macam sauna. Tapi yang lain ok. Kalau nak jimat dan sanggup sesak sesak memang recommended kedai. ni. Saya bagi 7☆.


ni yg CikCloudy jumpe artikel pasal aniq steamboat ni kat sinar harian
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/nikmati-aniq-steamboat-sampai-puas-1.461845
















2) Angah Steamboat 
- Rasanya angah steamboat adalah kedai first buat steamboat guna konsep dapur arang dekat Kuantan. Pernah masuk paper juga kedai ni. Deco biasa biasa je kedai tepi rumah dekat kampung tengah. Harga ok sama dengan Aniq cuma 19 ringgit satu kepala. Kedai dia tak panas sangat dan suasana kampung. Saya suka barang frozen dia besar besar tak potong kecik kecik macam kedai lain. Side dishes dia agak simple tapi sedap. Ada ketam masak apa entah tapi sedap. Untuk kekurangan pula lokasi agak susah nak cari. Jenuh guna GPS baru jumpa. Tak ada kuah tomyam cuma ada sup. Dapur sejenis macam Aniq, lambat panas. Air cuma ada sejenis iaitu air teh. Sos cuma ada 2 jenis + sambal belacan. Kalau nak makan kambing dia kira asing RM15 sepinggan. Yang lain ok. Saya bagi 6☆.




3) East Coast Steamboat 
- Terletak di jalan beserah. Dulu kedai ni cuma ada steamboat je. Tapi sekarang dah tambah ada grill. Lokasi sebelah jalan besar dekat jalan beserah jadi memang senang nak jumpa. Harga dia standard untuk steamboat dan grill iaitu RM28 untuk 1 kepala. Kemungkinan kedai steamboat paling awal dekat Kuantan. Saya pun tak pasti. Makanan memang banyak choice. Saya paling suka marinated lamb dia. Dapur dia ok. Tak macam Aniq dan Angah, sup dia letak tengah dan grill tepi. Sup pulak ada 2 bahagian. Satu tomyam dan satu lagi sup. Tapi tomyam dan sup agak tak kena bagi selera tekak saya. Sos pulak agak so so tapi yang lain tip top. Saya bagi 7.5☆.




4) Betel Valley Steamboat 
- Kedai ni baru bukak tak sampai setahun kalau tak silap. Terletak di IM7, depan nasi kukus Mama, sebelah TMG Express. Kedai dia memang lawa. Deco perabot semua kemas sampai nak masuk pun takut kot kot harga taraf hotel. Tapi tak pun. Harga dia standard je. RM 30 untuk dewasa, RM15 untuk kanak kanak. Deco dia menarik jadi kalau nak buat majlis ke apa memang okay sangat. Dapur dia ala korea guna eletrik. Mesti mahal bil tiap bulan. Makanan semua ok. Barang grill ada macam macam jenis perapan. Pilihan banyak, dan semua makanan dia tertutup. Jadi kebersihan dia terjamin. Makanan dia letak atas tempat ada air batu jadi boleh tahan fresh la kot. Tomyam memang kaw. Staff semua friendly dan laju buat kerja. Untuk kekurangan pula kambing cuma ada time weekend je. Sup pula boleh pilih satu jenis je. Sup ayam atau tomyam. Tapi boleh tukar tukar jadi tak ada masalah. Saya bagi Betel Valley 8☆.




5) SuperKitchen Kuantan 
- Kedai ni memang besar. Kalau lalu depan IM8 tu memang dari jauh dah nampak. Terletak di IM8, superkitchen ni dengar cerita kerabat Pahang yang punya. Pernah masuk jalan jalan cari makan lagi tau. Konsep dia bukan buffet. Jadi dia tak ada kira ikut kepala. Kita bayar apa yang kita ambik. Jadi tak ada la membazir dan tak rugi la kalau yang jenis makan sikit. Dia punya konsep macam pergi supermarket shopping barang dan masak sendiri. Kita ambik tray ada kaler kaler. lain kaler lain harga dia. Contoh macam 1 tray ada sayur 2 ringgit. Tray ada ayam 4 ringgit. Camtu la. Deco dia sangat menarik. Ada laci bawah meja tempat letak sudu garfu semua. Dapur dia pun siap ada touchscreen. Untuk kekurangan pula makanan dia tak banyak pilihan. Dan harga pula agak mahal. Nasi goreng kerabu RM13 sepinggan. Pasal dia bukan buffet jadi makan kena control sikit so kurang kenyang dan jadi takut takut nak tambah bahan steamboat. Tapi overall memang ok. Saya bagi 7☆.




Ada banyak lagi kedai steamboat saya tak pergi. Contoh macam Sri Affa, Dee Roffa, Johnys, Seol Garden. Kalau ada yang dah pergi boleh review dekat komen ye.  - Diana Azlan








ni ada satu lagi... dekat Petronas Tg Lumper.






1 comment:

Unknown said...

salam cloudymonday. saya nak minta izin untuk guna pic menu aniq steamboat tu utk post di blog saya. mohon dapat kebenaran :)

link blog saya : http://fototerapidirumah.blogspot.my/