nuffnang

Monday, May 23, 2011

Isu Kahwin Lambat

Menarik nih..isu ni bleh dibuat blog entry :)

Tadi browse kosmo.com.my ada berita pasal ...

Trend kahwin lewat membimbangkan

23/05/2011 2:14pm

KUCHING - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini. - Bernama


CikCloudy nak ulas sket la pasal isu ni.. :)

Alasannya tidak adacalon yang sesuai... hmmm.. nak bersetuju ke tak nak yer?

Well.. yes and no lah (trying to be safe?)

Yes sebab based on my experience and my friends' experience la kan..ada betulnyer calon yang datang tu ada jenis yg tak ok nyer... bukan bermaksud dari segi paras rupa yer.. tapi dari segi perangai dan akhlak... sebab tidak seperti majoriti kaum lelaki, CikCloudy berani bet kaum perempuan bukan meletakkan rupa paras yang hansem sebagai asas utama. Betul..percaya lah!

Tapi, bukan nak salahkan kaum lelaki 100%, ada masanya perempuan mendambakan (cewahh perkataan!) lelaki yang hanya wujud dalam fairytales atau di zaman sekarang, lelaki yang macam dalam chick flick nyer movies.

Satu lagi faktor, makin meningkat usia seseorang perempuan utk makin banyak faktor yang perlu diteliti akan bakal calon suami dia tuu.. contohnya,

kalau tetiba ada si jejaka yang nak berkenalan dgn nya... kena check betul2 betul ke si perempuan tu bukan bakal menjadi org ketiga? huhu.... larikkssss....

yelah.. situasi macam tu takkan dialami oleh muda-mudi yang bercinta sejak dari uni sampai lah berkahwin. Sah2 la tau kan latarbelakang masing2. Ini sekarang... berkenalan kat FB pastu sambung kat sms pastu bila dah jatuh hati baru lah tauuu... opssss! Ye lah, tak salah sebab lelaki ada kuota 4 kan.. tapi itu citer lain la pulak..

okeh2.. what say u? setuju? tak setuju? tak puas ati dgn i nyer pandangan? hhehehe...


2 comments:

darul_makmur@yahoo.com said...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kawen lambat sepatutnya tak perlu jadi persoalannya

kalo kawen awal pon tak bahagia apa gunanya ye dak??