nuffnang

Wednesday, April 20, 2011

Menariksss nyer.. Email percuma utk Semua???

Tadi baca kat kosmo kerajaan akan bagi email percuma kepada semua rakyat malaysia age 18 n above, wahh.. maknenyer akan ada email cloudymonday@1my.my gituu ek? hehe...

ni beritanya..

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan.

Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan.

"Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan terkini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.

No comments: