nuffnang

Sunday, April 24, 2011

Ada Lelaki Afrika Nak Berkenalan di Facebook?

Happy Sunday morning readers!

Korang pernah tak dapat request dari mamat Afrika kat fesbuk? Yang nak berkenalan la, nak jadi kawan la, mcm2 lah... so nasihat kepada mereka yang ada menerima request tersebut sila segera deny the request! Sebab Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot, suruh tolak mentah-mentah permintaan tersebut!


Well.. ada di antara pengguna facebook ni yg jenis main add je sesapa yg requestkan, sbb nyer nak tgk bilangan friends yg ramai kat list tu kan.. well, as for me, FB yg personal (sbb aku ada FB yg bukan personal) aku hanya add mereka yang aku kenal in real life sahaja.

Satu experience aku.. masa dolu2 kat KL, kat bus stop, tetiba ada mamat Afrika yang nak berkenalan! Dah la aku sorang masa tu, muda remaja plak tu.. dia mintak no telefon! hishhhh.. scary! I gave him my email instead... haha... tade pulak dia email.. sah saja nak menggatal.. or ada hidden agenda yg lain? iskkkk! takut nyer kann..

Usah layan lelaki Afrika di Facebook

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.

"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.

"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.

No comments: