Fenomena Facebook Menjelang Ramadhan
Wahyudi Mohd Yatim — 24 Jul 2010
http://pts.com.my/index.php/artikel/fenomena-facebook-menjelang-ramadan/
Suasana pagi yang damai. Ali masih lagi berasa resah, sambil bercakap seorang diri, "Banyak urusan pagi ini sudah dibuat. Baca dan teliti surat-surat rasmi sudah. Senarai semak fail tugasan sudah. Menyimpan foto-foto dalam folder yang betul juga sudah. Apa lagi yang masih belum dibuat? Oh, ya! Pagi ini, belum lagi melayari laman web Facebook. Patutlah rasa gelisah sahaja."
Ali tersengeh seorang diri apabila memikirkan dirinya seperti anak kehilangan ibu. Akhirnya, beliau dapat mengesan punca kenapa dirinya berasa resah dan gelisah sepanjang pagi. Gara-gara tidak membuka laman web sosial Facebook, Ali berasa tidak lengkap paginya di pejabat.
Fenomena terkini tabiat manusia tentang laman web sosial yang digilai ramai.
Pelbagai kisah yang sudah kita dengari sejak akhir-akhir ini.
Sana sini bercakap dan bercerita tentang Facebook.
Hangat diperkatakan bukan hanya diskusi di corong-corong radio, rancangan-rancangan televisyen,
malah perbualan telefon bersama teman-teman juga berbicara hal Facebook.
Umum mengetahui laman web sosial Facebook menjadi juara kerana bilangan keahliannya yang sudah
mencecah 500 juta di seluruh dunia.
Social networking ini berjaya mengatasi laman web yang terdahulu daripadanya seperti MySpace,
Friendster, Hi5, Flixter dan banyak lagi.
Banyak faktor-faktor yang menyebabkan Facebook menjadi laman web sosial paling
gemar dilawati dan digilai.
Antaranya ialah aplikasi platform yang mudah, mesra pengguna,
terus menerus dapat berhubung bersama teman-teman yang sedang online,
kemudahan newsfeed yang pantas, permainan interaktif, foto, video dan banyak lagi.
Faktor-faktor ini tidak dapat disangkal lagi oleh para pengguna tegar Facebook di Malaysia.
Bilangan pengguna Facebook di negara kita semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Menurut Facebakers.com, iaitu laman web yang khusus dalam pembinaan aplikasi,
menjalankan kajian statistik pengguna Facebook di seluruh negara.
Data diperolehi menunjukkan peningkatan seramai 179, 600 pengguna Facebook di Malaysia.
Bilangan ini akan terus bertambah.
Negara kita berada pada kedudukan ke sembilan daripada 15 negara yang paling
meningkat bilangan pengguna Facebook.
Penambahan pengguna Facebook di Malaysia lebih ramai daripada pengguna di
negara-negara Taiwan, Jerman, Brazil, Thailand, Ecuador dan Chile.
Namun begitu, negara jiran kita yang paling hampir iaitu Indonesia
mempunyai bilangan pengguna Facebook seramai 25,912,960 orang.
Jumlah penambahan pengguna pula adalah seramai 765, 620 orang.
Jumlah keseluruhan pengguna Malaysia pada saat ini adalah seramai
7,317,520 orang, peningkatan pengguna sebanyak 2.45%.
Umum sedia maklum, jika dibandingkan bilangan rakyat Malaysia dan
Indonesia, negara itu lebih ramai penduduknya dengan kita di sini.
Perkara menarik yang mahu difikirkan bersama di sini ialah
bagaimanakah kita umat Islam di Malaysia dan Indonesia boleh menggunakan
laman web sosial ini dengan cara yang berhemah.
Sekaligus dapat menyampaikan dakwah dengan cara yang berkesan.
Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba, sudah pasti fenomena Facebook
boleh mempengaruhi amalan ibadah kita.
Sudah tentu kita dapat membaca pelbagai alasan dan luahan rasa teman-teman kita
yang lapar, dahaga, mengantuk, solat sunat tarawikh,
berbuka puasa, bersahur dan macam-macam lagi.
Kemahiran berbahasa dan komunikasi yang berhemah sangat-sangat diperlukan
ketika kita berada di mana-mana laman web sosial.
Facebook hanya platform dan kemudahan yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg,
bekas pelajar dari Universiti Harvard.
Jadikan laman web sosial ini dengan cara yang betul.
Membina imej diri yang positif, mempamerkan jenama dan produk syarikat dengan berkesan,
berkongsi kisah yang baik-baik, menyampaikan seruan para nabi dan rasul
juga menjalinkan hubungan persahabatan
yang berpanjangan.
Moga Ramadan yang diraikan penuh dengan segala amal ibadah yang diberkati.
Bukan hanya amalan-amalan ibadah wajib dan sunat.
Malah medium komunikasi Facebook juga menjadi tempat kita menimba ilmu yang bermanfaat.
Membaca perkara yang bagus-bagus, menulis hal yang baik-baik dan berhubung
dengan insan-insan yang positif.
Kumpulan syarikat PTS merebut peluang kemudahan ini untuk pelbagai urusan. Selain daripada memperkenalkan buku-buku terbaru hasil karya penulis-penulis dan pelukis-pelukis komik. Kemudahan fanpage Facebook PTS berjaya menjadi penghubung kepada pembeli buku dan peminat fanatik PTS.
Setiap anak syarikat kumpulan PTS juga memiliki fanpagenya sendiri. Melalui social networking
seperti Facebook memungkinkan banyak perkara yang tidak terlintas dalam fikiran. Pihak penerbit mendapat maklum balas yang jujur dan telus daripada para pembaca dan pembeli. Teguran, kritikan, ulasan, pujian, semuanya boleh diperolehi dengan pantas.
Perkara ini mampu menyenangkan hati banyak pihak. Pembeli dapat berhubung pantas dengan penerbit tanpa ada halangan orang tengah, gangguan telefon atau surat menyurat.
Oleh sebab itu, bilangan ahli fanpage Facebook PTS semakin bertambah dari sehari ke sehari. Segala maklum balas para peminat Facebook PTS sudah menjadi perhatian pihak pengurusan syarikat PTS.
Komunikasi sebegini amat membanggakan. Teruskan perhubungan ini bersama kami di Facebook PTS, begitu banyak maklumat baru dan informasi yang mahu kami kongsikan kepada semua.
Pengguna-pengguna tegar Facebook juga boleh membelek, membeli dan membaca buku terbitan PTS Professsional Sdn. Bhd yang bertajuk Cerita Betul Facebook. Buku terjemahan hasil karya penulis Indonesia, Saudara Tony H. ini mampu menyegarkan dimensi minda tentang kisah di sebalik kewujudan laman web sosial ini. Juga terdapat tip-tip dan langkah mudah bagaimana untuk menggunakan aplikasi dalam Facebook.
Walaupun aplikasi Facebook sentiasa diperbaharui, namun perkara-perkara asas yang disyorkan dalam buku ini boleh dijadikan panduan. Dapatkan buku ini di pasaran atau boleh terus berhubung bersama moderator Facebook PTS setiap hari. Selamat berhubung.
Miliki buku ini dan jadikan ia sebagai koleksi buku-buku internet di rak buku. Peredaran zaman teknologi yang bergerak pantas, pasti meninggalkan kita dengan pelbagai sejarah, kenangan dan maklumat.
Fenomena Facebook ini mungkin mengambil masa yang lama dan memberi kesan kepada masyarakat. Gunakanlah kemudahan ini dengan sebaik mungkin pada bila-bila masa dan keadaan. Pengaruh yang ditinggalkan sangat memberi impak dalam kehidupan seharian dan tabiat kita dalam perhubungan sesama manusia.
1 comment:
Statistik terbaru (facebakers.com) menunjukkan angka pengguna facebook di Malaysia hampir mencecah 9 juta org.
Fenomena ini memberikan saya idea menulis satu ebook tentang teknik manipulasi facebook sebagai platform promosi produk/bisnes/kempen yang berkesan.
FB NIAGA-teknik membina web jualan guna facebook.Sample FB NIAGA boleh tengok di http://www.facebook.com/fbniaga
Post a Comment