Begitu juga dengan kejayaan konsert raksasa 2 Alam Ramli Sarip di Teluk Danga, Johor Bahru yang dibanjiri 100,000 penonton memberi kesan luar biasa di laman sosial termasuk Facebook.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sambutan hangat juga berlaku di laman sosial yang dibuat oleh pertubuhan yang menyokong dR. Rozmey dan 2 Alam.

“Perkembangan ini cukup sihat kerana pada masa ini majoriti pengguna yang berumur 15 hingga 45 tahun meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam sehari di laman sosial.

“Menerusi alam siber ini doktor dapat mendedahkan maklumat tentang 2 Alam kepada lebih sejuta pengguna alam maya khususnya di Facebook,” katanya.