nuffnang

Monday, May 03, 2010

AF 8 : Shahir Tersingkir


from Harian Metro

BUKIT JALIL: Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 21, terpaksa akur dengan keputusan undian SMS penonton apabila tersingkir pada saingan minggu ketujuh, program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) malam tadi.

Keputusan penyingkiran peserta berasal dari Ipoh, Perak ini diumumkan pengacara Sarimah Ibrahim pada program Debaran AF8 yang berlangsung di Dewan Sri Putra di sini.


Pada persembahan sehari sebelumnya dengan lagu Tiara (Kumpulan Kris), Shahir mendapat markah SMS terendah 13.89 peratus. Manakala Siti Adira Suhaimi (Adira), 18, dari Ranau Sabah menduduki tempat teratas dengan 15.46 peratus SMS.


Semua persembahan peserta dinilai tiga juri profesional iaitu Adlin Aman Ramlie, Aznil Nawawi dan juri jemputan, Lah Ahmad.


Shahir berkata, dia menerima keputusan penyingkiran itu dengan hati terbuka walaupun menjadi calon pilihan ramai. “Penyingkiran ini tidak bermakna saya gagal tetapi saya akan terus berusaha menjadi penyanyi lebih baik selepas ini,” katanya.

1 comment:

atty's said...

tak suka shahir keluar..tak besh bila dia takde dalam diari..