KELEBIHAN HARI JUMAAT
HARI Jumaat adalah penghulu segala hari pada setiap minggu.
Hari Jumaat juga hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya.
Ini jelas daripadaFirman Allah yang bermaksud:"Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamumengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamusekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah: Ayat 9)
Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingandunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkanbahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.
Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.
Di dalamnya pula ada lima kelebihan iaitu:
1. Allah menjadikan Nabi Adam a.s.
2. Allah menurunkan Nabi Adam a.s ke bumi.
3. Allah mematikan Nabi Adam a.s.
4. Terdapat satu saat yang mustajab dan sesiapa yang berdoa pada saat itunescaya Allah mengizinkannya selama ia tidak meminta-minta yang haram.
5. Terjadinya hari kiamat. (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)
Ketinggian kedudukan hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain dinyatakanRasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud:"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat". (HadisRiwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Menyedari hakikat ini, pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hariJumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat namamereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka.
Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktusembahyang telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku,memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya.
Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahdiri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan,kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepalaorang.Apabila masuk masjid, hendaklah kita sembahyang dua rakaat Tahayattul Masjidwalaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.
Sebaik-baiknya hendaklah iabersembahyang di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak laludi hadapannya ketika ia bersembahyang.Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah memasang telinga untuk mendengar nasihatdan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah kita orang yang ditujukan segalanasihat dan kata bicara imam tadi.
Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imamberkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah:Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imamsedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Ini menunjukkan kita tidak dibenarkan melarang orang yang sedang bercakapketika khatib berkhutbah dengan mengeluarkan suara. Untuk mendiamkan orang yangsedang berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah, harus dilakukan denganisyarat atau dengan melempar batu.Inilah antara perkara yang dituntut dan disunatkan ke atas jemaah pada hariJumaat. Namun sebahagian besar kita belum menghayati perintah memakmurkanmasjid ini.Ketika muazin melaungkan azan, masih ramai yang melepak dan berbual kosong dikaki lima atau di sekitar kawasan masjid.
Semangat 'marilah menuju kemenangan'yang dilaungkan seolah-olah tidak meresap ke sanubari jemaah.Ketika khatib mula membaca khutbah, ramai yang bercakap walau pun sebelum initelah diingatkan bahawa perbuatan bercakap sewaktu khatib membaca khutbahadalah perbuatan lagha (sia-sia) dan mengurangkan pahala Jumaat.
Sewaktu khatib membaca khutbah pula, ramai menundukkan kepala kerana mengantukdan sebahagiannya tertidur. Siapakah yang bersalah dalam perkara ini? Adakahkhutbah yang dibaca itu membosankan ataupun memang kita tidak berminat dengannasihat yang disampaikan.Yang nyata, sembahyang Jumaat hari ini tidak lebih satu ritual zaman berzamanmasyarakat Melayu-Islam, bukan kewajipan.
Apa yang berlaku ini ternyatamenyedihkan dan seharusnya kita membetulkan kelemahan itu.Sebaik-baiknya, perhimpunan seminggu sekali ini kita jadikan ruang untukmerenung kembali semangat perpaduan umat yang semakin terhakis dilanda aruskehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan.
Selesai sahaja Jumaat, jemaah berebut-rebut keluar masjid, seolah-olah ia penjara. Malah ada yang merungut khutbah terlalu panjang jika ia mengambil masa15 atau 20 minit.Kekuatan umat Islam terletak di atas keteguhan kita menghayati Islam. Jika kitatidak mengambil berat amal ibadat yang asas ini, selama itulah kita akan rugi.
Setiap detik hari Jumaat perlu dipenuhi untuk meningkatkan amalan solehsebanyak mungkin, berbanding hari lain.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
No comments:
Post a Comment