nuffnang

Tuesday, September 15, 2009

Nokia N97 Mini Raoul

Nokia perkenal telefon edisi terhad N97 Mini RaoulOleh Husain Jahithusain@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Nokia dengan kerjasama dengan peruncit fesyen terkemuka, FJ Benjamin memperkenalkan Nokia N97 mini edisi terhad Raoul dan widget fesyen terbarunya pada persidangan dan pameran One Connected World di Kuala Lumpur hari ini.





Edisi terhada ini akan didatangkan dengan penutup belakang yang perkemas oleh tandatangan Raoul, pouch kulit, tali dan kotak khas Raoul.Menurut Pengurus Besar, Nokia Malaysia/Singapura/Brunei, Vlasta Berka, hanya 1,000 unit Nokia N97 Mini Edisi Terhad Raoul akan ditawarkan di Malaysia dan 1,000 unit lagi di Singapura.Widget fesyen itu pula dijangka akan diperluaskan ke model lain telefon bimbit Nokia termasuk N97, X6, 5530 XpressMusic, 5230 XpressMusic dan 5800 XpressMusic.





Buat masa ini, ia hanya diprapasang pada N97 mini, namun bagi pengguna di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand boleh memindah turun aplikasi itu dari Ovi Store.
Widget ini membolehkan pengguna mendapat berita-berita terkini mengenai jenama Raoul, koleksi Raoul dan mendapat lokasi kedai Raoul yang dipadankan dengan ciri GPS terbina dalam.








Oleh Husain Jahithusain@hmetro.com.my


mcm mana agaknyer rupa N97 Mini Raoul nih yek? Cari kat google.com pun takde.. nih je ada.. N97 je..



NOKIA N97

2 comments:

atty's said...

selamat hari raya ..andai ade terguris perasaan..terkecil hati..harap dimaafkan ..

eedany said...

hi miss cloudy,

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)