nuffnang

Wednesday, September 02, 2009

Macam Tak Caya Je Itu Orang




Pendaki dari Perancis, Alain Robert yang juga dikenali sebagai "Spiderman" berdiri di puncak mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur selepas mendaki salah satu daripada menara setinggi 452 meter itu hari ini. Beliau bagaimanapun ditahan polis selepas itu atas kesalahan menceroboh kerana dipercayai melakukan pendakian tanpa kebenaran pihak pengurusan bangunan.--foto REUTERS




Spiderman Perancis ditahan polis selepas berjaya daki Menara Berkembar Petronas



KUALA LUMPUR: Pendaki daripada Perancis, Alain Robert atau lebih dikenali sebagai “Spiderman” telah ditahan polis hari ini selepas beliau berjaya mendaki Menara Berkembar Petronas setinggi 88-tingkat sehingga ke punca antena.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC I Abdul Samah Ahmad berkata, Alain ditahan atas dakwaan menceroboh.

Ini adalah percubaan kali ketiga Alain untuk mendaki Menara Berkembar Petronas yang suatu ketika dahulu pernah menjadi menara tertinggi di dunia.

Menurut laporan awal agensi berita asing, Alain berjaya membolosi kawalan ketat pihak sekuriti menara tersebut pada awal Subuh dan berjaya mendaki menara kedua.

Spiderman yang berusia 47 tahun itu telah berjaya mendaki 70 menara tinggi di seluruh dunia hanya menggunakan tangan dan kakinya tanpa bantuan peralatan mendaki. Antara menara popular yang pernah beliau daki ialah Empire State Building, the Sears Tower and Taipei 101.

Alain mempunyai laman webnya sendiri dan sering menghebahkan kepada dunia mengenai kejayaannya menerusi laman web tersebut.

Sementara itu, SAC I Abdul Samah berkata, polis telah menahan Alain untuk disoal siasat dan memeriksa kesahihan dokumen perjalanannya.

“Masalahnya ialah dia memanjat bangunan tanpa memperolehi permit daripada pihak pengurusan bangunan dan itu adalah satu perbuatan jenayah,” kata Abdul Samah.

Alain yang memakai baju berwarna gelap meraikan kejayaannya dengan berdiri di atas antena yang terdapat pada menara berkembar itu sambil mengangkat tangan menandakan kejayaannya.

Orang-ramai yang menyaksikan aksinya itu berkata, Alain mengambil masa kurang daripada dua jam untuk menamatkan pendakiannya sebelum memasang Jalur Gemilang pada antena tersebut.

Alain pertama kali mencuba untuk memanjat Menara Berkembar Petronas itu pada 20 Mac 1997 dan kemudian mencubanya sekali lagi pada 2007.


source: mstar online

No comments: