Tadi aku baca satu citer menarik kat harian metro hari ni... pasal sorang mamat nih yg kaya raya hasil dari cipta software...n dia taknak jual company dia dgn harga RM540 JUTAA...
woww... dah la muda trangg tang tang lagi...
LONDON: Seorang ahli perniagaan muda Internet menolak tawaran lebih RM540 juta bagi menjual sebuah firma baru dilancarkan kira-kira 12 minggu lalu bagi membolehkan dia mengembangkan bisnes berkenaan.
Tanpa mahu menyatakan butiran tawaran itu, Andrew Michael berkata, dia terpaksa menolaknya walaupun lumayan kerana dia masih seronok mengendalikan firma berkenaan, dikenali sebagai Livedrive.
Menurut Michael, 29, dia mungkin bersedia menjual Livedrive selepas firma itu dikembangkan lagi.
“Saya baru memulakan Livedrive 12 minggu lalu dan sangat teruja mengendalikannya,” katanya semalam.
Livedrive menawarkan perkhidmatan penyimpanan data tanpa had secara online dengan bayaran kurang daripada RM212 setahun.
Matlamat firma itu adalah menggantikan fungsi komputer peribadi atau bisnes sebagai tempat simpanan pelbagai data.
Melalui Livedrive, pelanggan boleh mengakses data dari sebarang lokasi melalui Internet.
“Ketika ini saya tidak memerlukan wang,” katanya.
Pada Mei 2006, Michael untung RM238 juta apabila syarikat Jerman membeli perisian membangunkan laman web ciptaannya, Fasthosts.
Program itu dihasilkan Michael dengan rakannya, Alex Wilding, ketika mereka berusia 17 tahun.
Secara jujur, kata Michael, dia tidak melihat perbezaan wang bernilai RM540 juta dengan RM265 juta.
“Lainlah jika saya ditawarkan berbilion pound sterling, tetapi buat masa ini saya menumpukan perhatian mengembangkan perniagaan,” katanya.
Pada usianya baru 17 tahun, Michael berhenti sekolahan di Charlton Kings, Cheltenham, untuk membangunkan Fasthosts.
Syarikat pertamanya dibiayai dengan kad kredit ibu bapanya, tetapi pada 2002, akhbar The Sunday Times menyenaraikan syarikat itu sebagai yang kedua terpantas berkembang di Britain.
Disebabkan rezekinya melimpah-ruah, Michael pernah membayar penyanyi pop, Usher, sebanyak RM265,000 untuk menghiburkan tetamu di majlis hari lahir teman wanitanya.
Dia juga sering menganjurkan parti di pejabatnya dengan menjemput artis, termasuk kumpulan Girls Aloud, The Sugababes dan The Cheeky Girls bagi menghiburkan 100 pekerjanya.
Pada 2005, apabila Fasthosts mencatat keuntungan RM79.5 juta, Michael mengupah The Darkness, Boney M dan hos rancangan bual bicara, Jonathan Ross meraikan kejayaan itu.
Kini, katanya, dia bercita-cita menganjurkan parti lebih meriah. - Agensi
sumber: harian metro 6 may 2009
No comments:
Post a Comment