nuffnang

Tuesday, April 07, 2009

Cerita Air kopi


Sekumpulan bekas pelajar telah menziarahi pensyarah yang pernah mengajar mereka ketika di universiti dahulu. Kumpulan itu kini telah menjawat jawatan yang tinggi dalam pekerjaan masing-masing. Perbualan mereka berkisar tentang kehidupan mereka yang sentiasa sibuk dan kadang-kadang memberi tekanan kepada emosi dan fikiran.


Sebagai tanda melayani tetamu-tetamu istimewa itu, pensyarah tersebut menghidangkan minuman kopi panas di dalam sebiji teko yang besar. Bersama-sama teko itu beliau meletakkan beberapa biji cawan yang terdiri daripada pelbagai bentuk. Ada cawan yang diperbuat daripada plastik, kaca, kristal, tembikar, porcelain dan sebagainya. Ada cawan yang murah dan nampak biasa sahaja, ada yang nampak mahal dan elegant. Pensyarah itu memperlawa tetamu-tetamunya menuang sendiri kopi ke dalam cawan pilihan masing-masing.


Apabila masing-masing telah memegang cawan berserta air kopi di dalamnya, pensyarah itu berkata, "Cuba kamu semua perhatikan, setiap daripada kamu telah mengambil cawan yang nampak mahal dan elegant, yang diperbuat daripada kristal yang cantik. Tiada siapa pun mengambil cawan yang murah dan diperbuat daripada plastik. Situasi begini memang normal. Semua orang inginkan yang terbaik dalam hidupnya tetapi samada kamu sedar atau tidak, inilah yang menjadi punca masalah dan tekanan. Cawan-cawan itu sebenarnya tidak menyumbang kepada rasa sedapnya air kopi tersebut malah kadang-kadang sesetengah jenis cawan yang mahal menyembunyikan rupa air kopi di dalamnya tapi kenapa kita masih memilih untuk meneguk air kopi dari cawan yang nampak mahal dan cantik?"


Pensyarah itu kemudiannya memandang setiap cawan yang dipegang oleh bekas pelajar-pelajarnya.


Kemudian dia menyambung, "Kehidupan kita seperti air kopi itu. Pekerjaan, duit, dan jawatan adalah umpama cawan-cawan itu. Jenis cawan yang kita pilih sebenarnya tidak akan mengubah kualiti hidup kita kerana ia hanya merupakan satu alat semata. Ketika kita berusaha dan mengejar cawan-cawan yang mahal dan cantik, jangan sekali-kali kita lupa dan lalai daripada menikmati rasa sedapnya air kopi yang kita minum."


Kumpulan bekas pelajar itu berpandangan sesama sendiri. Akhirnya mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pensyarah tersebut. Masing-masing berazam untuk menikmati kehidupan di samping bekerja kuat untuk mendapatkan yang terbaik.




ni pun hasil cilok kat internet gak tp lupa dah kt ner..



tapi citer air kopi nih diambil dgn izin dari: http://meniti-hari.blogspot.com/

1 comment:

kucingorengemok said...

salam... kecur tengok gambar air kopi pagi² :)