nuffnang

Tuesday, April 12, 2016

SIAPA ZAKIR NAIK









Dr Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai ) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari Universiti Mumbai. Tahun 1991 berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah .

Dr. Zakir Naik (44) adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dari Syeikh Ahmed Deedat kerana keupayaan menyampaikan dakwah Islam secara terperinci dan membidas kenyataan agama lain dengan kenyataan dari hafalan ayat-ayat dari kitab Al-Quran, Injil dan pelbagai lagi.

Tokoh Maal Hijrah 2013

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Doktor Zakir Abdul Karim Naik pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya, Malaysia pada 5 Nov 2013. Ini adalah untuk perkhidmatan yang signifikan dan sumbangan besar beliau kepada perkembangan Islam di peringkat antarabangsa.

No comments: