nuffnang

Monday, January 18, 2016

Kafe Malaysia-New York (MYNY) di Kuantan

Kali ni CikCloudy  nk buat review MYNY Cafe pulak..


Cafe ni ada 3 cawangan kat Kuantan... satu kat Bandar Indera Mahkota, satu kat Taman Tas 

dan satu lagi kat Air Putih.. apa yg best kat cafe ni? Jom kita jamu mata tengok gambar2 

menu nyer





ni menu utk local dishes


curry laksa











tofu & garlic bread


kat MYNY ni selain sedap.. yg bestnyer pilihan menu dia yg mcm2... western ada, local pon ada...







cookies nih best sgt.. aritu mkn smpai sekarang duk tringat-ingat.. skarang ni ada promosi... dapat free je cookies ni














ok... ni apa yg CikCloudy kena bayar utk mkn 2 orang ... filtered water tu.. air suam

memang CikCloudy recommend lah MYNY Cafe ni sebab sgt cozy dan pilihan mkanan yg banyak... ni tak citer lg pasal kek n pizza nyer.. kalau yg dekat IM ada jual pelbagai jenis roti lagi...






ok ni plak MYNY cafe dalam harian metro







Teks dan gambar Ainal Marhaton Abd Ghani 

rencana@hmetro.com.my


Menjengah masuk ke Kafe Malaysia-New York (MYNY) di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, terasa seperti berada di dalam restoran atau kafe antarabangsa ‘mat salih’ dengan hiasan dinding dan menu berbahasa Inggeris.
Begitupun, ia bukan krisis identiti kerana kerana Kafe MYNY diwujudkan untuk mengetengahkan makanan utama penduduk New York yang majoriti­nya berketurunan Itali yang menjalani gaya kehidupan ‘cepat, mudah, ringkas’ termasuk dalam penyediaan makanan dan minuman.
Pegawai Pemasaran Kafe MYNY Amirul Mu’min Shaharul Badri berkata, hida­ngan disajikan di kafe berkenaan menepati cita rasa penduduk tempatan dengan menjadikan piza dan spageti sebagai sajian utama.


“Melihat buku menu saja pelanggan sudah ‘kecur air liur’ dan sukar membuat pilihan sebaik melihat kepelbagaian kek keju, pasta, piza, burger, salad, malah pencuci mulut sekali pun yang menggunakan resipi asli dari kota New York.
“Tidak perlu ke New York untuk menikmati cita rasa asli lebih 300 menu yang disajikan. Buat pesanan di sini dan hidangan sampai ke meja dalam tempoh tidak sampai 10 minit,” katanya ketika ditemui di kafenya, baru-baru ini.
Menurut Amirul Mu’min, berdasarkan kehidupan yang sangat sibuk dan sentiasa mengejar masa di kota New York, pelanggan kafe MYNY juga mendapat keistimewaan itu apabila hidangan disajikan dalam dalam tempoh singkat dengan kecekapan dan kemahiran tukang masaknya diketuai Ketua Cef Mohamad Saiful Shamsuddin.
“Kepelbagaian menu istimewa penduduk New York membuatkan pelanggan rambang mata kerana ingin mencuba semua sajian dan itulah daya penarik utama penduduk tempatan berkunjung ke Kafe MYNY
“Sajian masih berasaskan spagetti dan piza yang menjadi makanan utama penduduk New York dihidangkan seringkas mungkin seperti zeppole, arancini, the five fingers set, spagetti aglio olio, grand central pizza, yankee stadium pizza, spagetti marinara dan spagetti joe,” katanya yang memaklumkan dua lagi cawangan kafe itu dibuka di Air Putih dan Taman Tas, dekat Kuantan.
Menurutnya, ada 28 jenis kek keju disajikan termasuk blueberi, strawberi, mangga, cip coklat, black forest, mentega kacang, red velvet fantasy dan mocha marble yang dijual pada harga RM7.31 sepotong.
“Tak perlu ke New York untuk menikmati kek keju yang kelazatannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Makan dulu di sini baru tahu keistimewaannya kerana kami menggunakan keju asli dan kacang vanila yang dibawa dari sana.
“Bahagian bawah kek keju ini dilapisi campuran biskut mentega dan biskut cip coklat yang dihancurkan sebelum dimampatkan bagi mengelakkannya berderai atau hancur ketika dimakan,” katanya.
Amirul Mu’min berkata, zeppole makanan paling ringkas diperbuat daripada doh piza yang digunting menjadi kepingan kecil sebelum digoreng hingga bertukar warna keemasan. Ia kemudian digaul gula ising dan dimakan bersama ais krim yang dijual pada harga RM6.25 setiap set.
“Zeppole sebenarnya lebih dikenali sebagai makanan jalanan penduduk New York yang enak dimakan ketika masih panas. Ringkas dan mudah penyediaannya.
“Ramai pelanggan memilih zeppole sebagai hidangan sampingan untuk mengambil ‘mood’ seolah-olah berada di New York,” katanya.
Katanya, arancini pula masakan diperbuat daripada bebola nasi Itali yang digaul dengan serbuk roti berintikan sama ada daging lembu atau ayam yang dicencang dan disebatikan dengan keju mozarella sebelum digoreng garing.
“Bebola nasi Itali ini dimakan bersama sos marinara atau sambal dan pelanggan boleh menikmatinya sambil membayangkan penduduk New York makan nasi.
“Piza grand central pula sedikit berbeza dengan piza biasa kerana ia dibahagikan kepada lapan bahagian dalam satu kepingan besar piza de­ngan nama unik iaitu piza Manhattan, piza Brooklyn, piza The Bronx, piza SoHo, piza TriBeCa, piza Queens, Hawaiian Pizza dan piza stadium Yankee,” katanya.
Katanya, piza disediakan dengan bahan asas sama iaitu sos marinara, parmesan, mozzarella dan oregano sebelum bahan lain yang ditambah mengikut jenis piza pilihan.
“Pelanggan dalam kumpulan besar biasanya memilih piza grand central kerana ada banyak pilihan dan pastinya rasa yang berbeza,” katanya.
Menurutnya, menu ‘stay together special’ mengete­ngahkan set New York, Honolulu, Time 4 pizza party dan party everywhere adalah gabungan piza pilihan bersama sup cendawan.
“Gabungan kek keju, kek crepe dan kek dengan minuman panas latte panas, mocha atau cappuchino dengn slogan ‘Love in Brooklyn Set’ menjadi pilihan pasangan kekasih atau suami isteri.
“Ini juga sebahagian daya tarikan kafe untuk pasangan meraikan hari istimewa di sini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 5:03 AM



ANTARA sajian utama yang menanti di Kafe MYNY.

No comments: