nuffnang

Monday, March 24, 2014

Pil Kunyit Anugerah

Ada pil kunyit la pulak.. menurut apa yg CikCloudy baca kat artikel ni kunyit ni bagus utk kulit.. so those out there, bleh la try pil kunyit pulak kan instead of EPO 







Menurut pensyarah yang juga pengkaji herba dari Universiti Oxford di United Kingdom, Profesor Gerard Bodoker berkata, kunyit mempunyai bahan aktif utama dengan nama 'curcumin' yang mampu menguatkan sistem imuniasi atau penahanan badan dari serangan penyakit.
"Curcumin merupakan antara bahan penyembuh terbaik di dunia dalam perubatan tradisional dan moden. Dengan sebiji pil dari ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur," katanya pada taklimat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas mendapati curcumin mempunyai keupayaan anti-oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi penyakit kanser. - mstar.com.my

No comments: