nuffnang

Thursday, May 09, 2013

Siapa Bakal MB Pahang?

PRU13 dah lepas, no need lah to comment or buat entry lagi psl PRU13 kan..

yang menarik hari ini di Pahang ialah, teka-teki siapa MB Pahang yang baru akan terjawab.. katanyer lah hari ni lah announcement nyer...

Adakah MB dulu Datuk Seri Adnan Yaakob akan kekal jadi MB Pahang? Datuk Seri Adnan Yaakob mula dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 mei 1999.

Adakah bakal MB Pahang yang baru ialah VIP yang CikCloudy berpeluang berborak semasa event launching of pahang travel planner itu?

Atau pun maybe Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis atau pun ADUN Lanchang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.. hey.. banyak sangat atau nyer... kite tunggu je lah..


updated:

 Adnan angkat sumpah sebagai MB Pahang

Oleh ZAMZURINA AHMAD  

PEKAN 9 Mei - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar kira-kira pukul 5 petang tadi.

Adnan, 63, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai terus diberi kepercayaan memimpin kerajaan negeri setelah BN mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum Ahad lalu. - UTUSAN ONLINE


No comments: