nuffnang

Wednesday, August 22, 2012

Resepi Kue Teow Kerang CikCloudy

I am craving for non-raya food... so hari ni masak kue teow goreng for lunch
nilah rupanyer.. kue teow tu..

Resepi Kue Teow Kerang + Udang

Bahan-Bahan:
1 Bungkus kue teow 
4 Ulas bawang putih (ditumbuk)
4 cili kering (dikisar)
3 sudu minyak masak
Kicap Kipas Udang – Masin dan Manis
Sos Tiram Maggi – 3 sudu
Telur (1 – 2 biji Gred A)
Kerang 200 gm
Kuchai – secukupnye
Taugeh – 150 gm atau secukupnya
Gula – 1 sudu teh


Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan cili kering, masak sehingga pecah minyak, masukkan bawang putih. Masukkan sedikit air, sos tiram, gula, kerang. Seterusnya masukkan kue teow, diikuti dengan kicap. Kicap hendaklah dituang disekeliling tepi kuali (bukan ke atas kue teow). Masukkan telur di tengah kuali (kue teow diketepikan). Kacau apabila putih telur menjadi agak masak. Masukkan taugeh dan kuchai setelah api dipadamkan.
Tips:
Kerang direndam dalam air panas dan ditutup selama beberapa minit.

1 comment:

duniafana said...

perghh tp xnmpk kerang pun nampk udang ja :o