nuffnang

Monday, July 30, 2012

Bila Cinta Dicari

Dalam kita mencari cinta, kita tak boleh terlalu bijak.

Itu yang aku boleh simpulkan. (Kesimpulan dipermulaan?)

Bijak yang aku maksudkan, jangan keterlaluan memikir, mengkaji, menganalisa dan yang sama maksud dengannya. Bukan aku maksudkan memilih, pilih itu perlu, pilih yang beragama contohnya.

Bagi wanita mahupun lelaki, dalam pengembaraan hidup mencari cinta, semakin bertambah pengalaman hidup semakin umur meningkat maka semakin banyaklah pula tanda aras dan kriteria yang perlu dipenuhi.

Biasanya orang akan cakap seseorang itu lambat kahwin sebab memilih, bukan perkataan memilih yang sesuai digunakan rasanya, tapi lebih kepada banyak sangat fikir dan tidak berani untuk take the plunge into married life kerana bila dah guna akal yang rasional, marriage is too risky.

No comments: