nuffnang

Wednesday, May 09, 2012

2.5 Juta BUJANG Di Malaysia ni!!

Ahaaaa.. ini satu berita yg menarik aku baca kat kosmo online.. lelaki bujang lagi ramai dari perempuan bujang? heyyy.. korang dok sembunyi kat mana ek? hari2 aku tgk perempuan bujang je ramai..

2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup membujang

KUALA LUMPUR - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu, 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati, purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000 manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong di Dewan Negara di sini semalam.


No comments: