nuffnang

Wednesday, December 28, 2011

Minyak TYT Bahaya

KENYATAAN AKHBAR
JATA.gif
PRODUK TRADISIONAL TWEE HONG SUAH”
DIPANGGIL BALIK KERANA MELEBIHI HAD MERKURI



1. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membatalkan pendaftaran produk tradisional berdaftar iaitu Twee Hong Suah (MAL20034112T) yang dikesan mengandungi merkuri melebihi had yang dibenarkan dalam produk tradisional. Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas pendaftaran produk tersebut, iaitu Hong Yang Hoo Pharma Sdn. Bhd. yang juga merupakan pengilang produk telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok produk Twee Hong Suah daripada pasaran berikutan empat kelompok produk tersebut yang bernombor 1103026, 1106013, 1111013 dan 1107011 dikesan mengandungi tahap merkuri yang tinggi.

2. Produk Twee Hong Suah digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin, sakit perut, loya, cirit-birit, batuk dan demam. Kesemua kelompok produk telah disampel di bawah aktiviti Pengawasan Mutu Produk Berdaftar yang dijalankan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan didapati gagal ujian had merkuri dengan kandungan merkuri dikesan pada tahap tinggi melebihi had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5 mg/kg.
3. Merkuri adalah sejenis logam berat yang dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, pertukaran warna kulit (pipi, hujung jari dan jari kaki berwarna merah jambu), bengkak dan kulit mengelupas. Kesan yang lebih serius adalah kerosakan pada buah pinggang dan otak.

4. Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk Twee Hong Suah dengan serta-merta dan mendapatkan nasihat perubatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan keracunan. Pengguna produk tersebut boleh menghubungi BPFK di talian 03-78835546/5539 atau email kepada bpfk@bpfk.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.


Dato’ Sri Dr. Hasan Bin Abdul Rahman
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Merangkap Pengerusi PBKD
Kementerian Kesihatan Malaysia

Disember 2011

1 comment:

gedek! said...

kalau dah terbeli... tuang dalam kereta.. sure laju...!