nuffnang

Thursday, October 27, 2011

Kalau Di Facebook, Semuanya Manis-Manis Belaka

walaupun realitinya adalah sebaliknya..

Baru-baru ni CikCloudy terjumpa satu artikel kat The Star, sangat bijaklah cara diaorang paparkan isu tersebut dengan menggunakan Facebook.

satu page penuh kononnya wall fb kepunyaan Rina M. Kat statusnya gamba dia tengah berhoneymoon, dgn status; our honeymoon. Si Rina M ni posing manja dgn bf/hubby dia ngan siap pakai sunglasses lagi.. pastu ada la kononnnya kawan dia komen:

Addie Yen cakap Congrats and Jasmin cakap I am so jealous



tapi yang sebenarnya sunglasses tu nak tutup mata yang lebam kena dera!





pastu upload pulak gamba dengan bracelet baru


Rina M: my new bracelet. He said sorry
dan bracelet tu juga tutup lebam kat pergelangan tangan.

Walaupun artikel ni memaparkan kes penderaan, tapi aku nak kaitkan dengan betapa kita ni kadang2 tertipu dengan yg terpapar di facebook. Di Facebook mestilah kita letak gamba yang best-best belaka kan. Gambar yg tunjuk betapa happynyer family kita, betapa loving nyer hubby kita dengan tunjuk bunga yg dia bagi.. dengan tunjuk handbags yg dia bagi.. pastu orang lain yg tengok terkulat2 la sbb seumur perkahwinan mereka hubby tak pernah bagi bunga ponnn... dan terdetik la dalam hati... best nyer lah life dia.. hubby dia romantik, pada hal hubby kwn kita yg bagi bunga tu selalu lah yg selalu dok tengking2 wife dia (ini contoh jer..)

Well.. camner nak cakap ek.. korang paham tak maksud aku? Susah la pulak nak explain, lebih kurang aku nak cakap nyer, kita toksah dok jealous sangat dengan apa yang kita nampak best je kat life orang lain.. sebab realiti sebenar hanya tuan punya badan yang tahu.. and on the other hand.. kita jangan lah dok nak menunjuk sangat kat facebook (pesanan utk diri sendiri jugak ni).

Kekadang tu, kita terlupa tingkah laku kita boleh mengundang unsur-unsur negatif. Walaupun kita tak berniat nak menunjuk kerana ditakuti wujudnyer perasaan ujub (kagum dgn diri sendiri). Moga-moga kita dijauhi...




further readings on UJUB...

Ujub Zaman Moden


Waspadai Penyakit Ujub

4 comments:

mamasita said...

How awful..:(

norinaomar said...

nak like banyak2 kali...
saya baru je update status "FB dah jadi medan manusia untuk menunjuk-nunjuk" beberapa hari lepas.

semakin lama semakin meluat dengan manusia2 di dalam tu.

NasZ said...

syukur apa yang kita ada. hehe.

karipapsayur said...

Sumpah, haku selalu dengki dgn kawan dlm FB sebab bukan main tunjuk loving kapel etc. Macam beg dia lah paling mahal, suami dia lah paling romantik belanja spender La Senza, bawak pi bercuti honeymoon kat best2. Hapload gambar kaki laki bini siap dengan bubble dlm bath tub.

Last2 haku delete kwn tuh.. Hehe. Dengki sgt laki haku x gitu kann.. Lepas few months, account FB pun haku delete. FB semakin membosankan. Hiduplah haku dengan normal tanpa addict 10 kali sekejap hapdate status baru..