nuffnang

Thursday, September 15, 2011

Teh Tarik Rumah Vs Teh Tarik Kedai

Apsal teh tarik kedai jugak yang sedap?






cukup rasa susunya, cukup rasa pahitnya...


setelah membuat a little research.. rahsia teh tarik mamak yang umpp tu antara sebabnya, kedai mamak guna sudu yg terendam dalam kole berisi air garam. Huhh?? Jom jeling2 time mamak buat teh tarik..

RAHSIA THE TARIK TERBONGKAR!

Soalan: Saya Ain, mempunyai kemusykilan mengenai rahsia buat teh tarik mamak yang pekat, pahit semacam tapi cukup membuatkan saya ketagih untuk menikmatinya setiap hari. Kalau boleh puan dapatkan rahsianya supaya saya tidak berkunjung kekedai mamak setiap hari.

Jawapan: Ain, masalah ini adalah masalah global - ketagih teh mamak - dan saya pasti, tiada seorang mamak pun akan berkongsi rahsia mereka… Namun saya 'bernasib baik' kerana suami saya juga mempunyai 'masalah' yg sama dengan Ain dan beliaulah yg memberikan 'resepi' ini, dari kedai mamak yg telah setia dilangganinya hampir 10 tahun!!

Pertama, rahsianya, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg 'diperfectkan' sendiri oleh mereka). Mungkin ia kombinasi teh cap R, S, T, U, V, W, X, Y, Z… (mampukah kita menyediakan ini di rumah??)

Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan "buih" bila teh itu ditarik. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak.
Ketiga, minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah 'kole' berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari, dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa "ummph" atau "kaw" pada teh tersebut. Harap Ain akan berpuashati dan bolehlah "buka" warung teh tarik sendiri dirumah....

Original sources: www.alaf21.com.my

3 comments:

norinaomar said...

sama keadaannya dengan milo ais,apesal kedai punya sedap..apesal kita buat sendiri tak sedap.

dah tahu rahsia teh tarik sedap bolehla try neh..hehe

Anonymous said...

really ? erm jap gi lepak mamak kena tanya ni :D

Emily Comel said...

wow really? ought to give this a try then..