nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

No More Lost Contact

Tiba-tiba terfikir, zaman sekarang ni, it is impossible for someone utk terputus hubungan kan?

Kalau zaman kita (re:zaman remaja CikCloudy) bila habis sekolah rendah, menginjak masuk ke sekolah menengah, ramai kawan yang terputus hubungan begitu sahaja bila tak masuk sekolah menengah yang sama. Tapi, mustahil dengan zaman internet, blackberry dan iphone sekarang ni kan. Melainkan seseorang itu memilih utk memutuskan hubungan dengan kawan2. Maksudnya, delete akaun FB dan tukar no handphone.

Kalau zaman kita dulu, ramai kawan yang kita berkenalan masa program sekolah ker, masa lawatan ke akan hilang begitu sahaja, tapi tidak sekarang dengan Facebook, twitter dan handphone ukhwah akan dapat diteruskan, melainkan kita yang memilih utk tidak meneruskan lah kannn..

Teringat pulak kawan-kawan yang CikCloudy kenal masa Kem Kecemerlangan Pelajar di Universiti Malaya, Nilam Puri berbelas tahun dahulu (semasa menunggu penggilan masuk matrik). Walaupun hanya seminggu bersama, keakraban yang terjalin cukup istimewa. Namun hanya berakhirnya majlis penutup maka berakhirlah persahabatan tersebut. Walaupun kami saling bertukar alamat dan no telefon rumah. Tapi, dalam kekalutan untuk membuat persiapan masuk U, pastinya buku-buku autograf hilang entah kemana (remaja sekarang pasti tiada buku autograf macam kita dulu2 kan). Mukabuku zaman remaja kita, pasti ada yang masih ingat dengan ungkapan..

'Welcome to My Corner'

Bermacam kata-kata hikmah ditulis dengan cantik dan warna-warni. Diserikan pula dengan gambar-gambar dan yang pasti alamat rumah dan no telefon rumah sebagai penutup.



pic credit

Those were the days kan...

Anyway...

Bila aku perhatikan sepupu-sepupuku yang masih di sekolah rendah dan menengah yang masing-masing tenggelam dalam dunia Facebook, Twitter dan SMS(BBM), one thing for sure mereka sukar untuk lost contact dengan rakan-rakan (kecualilah mereka memilih untuk menghilangkan diri dari rakan-rakanlah kan).

Bagi aku mereka bertuah, kerana aku masih lagi tercari-cari kawan-kawan lama yang pernah menjadi sebahagian memori indah alam persekolahan; bercamping di beberapa gunung di sekitar Kelantan, berolahraga di Stadium Sultan Muhammad ke IV, berkayak di Sungai Kelantan, bermain Hoki MSSM di Klang.

Cari di Facebook? Macam mana nk cari kalau nama pun dah lupa.. :)

Ye lah kan, mereka dari sekolah lain, kenal pun time bersukan, time wakil daerah ke, wakil negeri ke.. time ada kejohanan, nama pun tahu nickname je lah kan.....




3 comments:

norinaomar said...

teringat dulu rajin isi dan buat buku autograf masa sekolah n kat U,ada lagi sampai sekarang.

selain kawan sekolah yang masih lagi rapat sampai sekarang,saya masih gather dengan geng matrik.semua 6 orang sebaya,rajin buat chain email dan kalau wedding wajib pegi siap konvoi n baju sedondon.suami-suami dan bakal suami kena redho lah dengan kerenah kitorang.
next year dah genap 10tahun berkawan dengan geng matrik tu,syok!

tinggal link tak boleh,tinggalkan url entri boleh kan?=)

http://noipunyablog.blogspot.com/2011/09/motto-semasa-camping.html

pB said...

Buku otograf ado lagi kak pB sipae ..


kalu baco , senyum sdiri

miss cloudy said...

noi.. congrats.. baru lps jengulk ur blog...

kak pB..
wat la entry buku otograf, nk jugok tgk..