nuffnang

Saturday, September 17, 2011

Memang Dunia Dah Terbalik

Dulu kalau kita pakai kasut/selipar kawin (loghat kelate, referring to sebelah lain,sebelah lagi lain) mesti kena gelak, tapi dunia dah semakin maju, yang pelik dulu tu dah jadi fesyen sekrang...adoilaaa..



Iesya Dilantik Jadi Duta Gara-Gara Pakai Kasut Berlainan

Iesya dilantik sebagai Duta butik Spyke di Novena Mall, Singapura. - Foto PUTRIVISION EMPIRE

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, dilantik sebagai duta kasut dan pakaian butik Spyke yang beroperasi di Novena Mall, Singapura, gara-gara imejnya yang suka memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kakinya.

Menurut Iesya, dia dilantik oleh butik tersebut yang sememangnya menjual kasut berbeza bagi kedua-dua belah kaki sejak tiga bulan lalu.

“Saya dimaklumkan, trend memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kaki begitu mendapat sambutan di Singapura. Saya tak sangka dengan imej yang saya bawa itu, ia menyebabkan saya dilantik menjadi duta butik tersebut. Saya amat bersyukur,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Iesya memilih untuk melakukan imej berkenaan ketika membuat persembahan nyanyian dan ke majlis-majlis tertentu.

Trend kasut berlainan sebelah mendapat sambutan daripada peminat Iesya di Singapura.

“Imej yang saya lakukan itu adalah sebagai suatu stail dan identiti saya agar ia berbeza dengan orang lain memandangkan ramai penyanyi yang ada dalam industri seni sekarang. Ia juga sebagai suatu strategi untuk memperkenalkan saya kepada khalayak.

“Pihak Spyke telah menaja banyak kasut dan pakaian kepada saya,” katanya yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Putrivision Empire.

Menyentuh tentang karier, Iesya sedang dalam proses mempromosikan lagu terbarunya berjudul Demi Cinta yang dinyanyikan secara duet dengan seorang penyanyi dari Singapura.

“Saya sudah merakamkan lagu itu dengan seorang penyanyi lelaki dari syarikat Media Corp. Tetapi saya terpaksa merahsiakan buat sementara waktu sehingga tiba masanya kerana para peminat di Singapura masih berteka-teki tentang siapakah penyanyi itu.

“Saya juga akan merakamkan lagu baru untuk album penuh yang memuatkan tujuh buah lagu. Setakat ini saya sudah merakamkan lima buah lagu. Selepas ini, saya akan bekerjasama dengan komposer dari Indonesia yang pernah menggubah lagu untuk Datuk Sheila Majid dan komposer Mayuni Omar dari Singapura,” ujarnya.

Butik Spyke di Novena Mall, Singapura.

4 comments:

izwannizam ruslim said...

dulu kalau salah pakai kasut,lain2 warna mesti malu.sekarang dah jadi fesyen.hu3

Dida mumin♥ said...

Kat maju juction ada jual selipar lain2 kaler, dulu mula2 nampak ingatkan dia salah jual, siap tanya lg..rupanya trend! adoiii...

KB Emily said...

xpa, moral of the story..nnt kasut dah sebelah rosak dont throw it away, jimat pk kasut tue...nnt boleh pk..kira xde pembaziran..

sarah said...

heee..funny...jangan digelakkan kata gila dah..