nuffnang

Wednesday, March 09, 2011

Rosmah Tiada Kakitangan Tetap/Kontrak

Tiada kakitangan kontrak atau tetap untuk isteri PM - Nazri

09/03/2011 - utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata tiada kakitangan tetap dan kontrak yang diperuntukkan khusus kepada isteri Perdana Menteri.

Katanya, tidak timbul soal mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang turut melibatkan perbelanjaan kerajaan.

"Sebaliknya pegawai-pegawai daripada pejabat Perdana Menteri dari semasa ke semasa telah membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri,” katanya ketika menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Loke ingin tahu fungsi unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM), jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.

Mohamed Nazri bagaimanapun berkata bagi memudahkan kerja pentadbiran dan surat menyurat beberapa pegawai telah ditugaskan membantu Rosmah bagi mengelolakan jemputan rasmi yang diterimanya dari luar dan dalam negara. - Bernama

No comments: