nuffnang

Friday, March 25, 2011

Gadis Terjun dari KB Mall

Dari malam td puas aku mencari laporan berita pasal cerita awek terjun bangunan KB Mall semalam. Pagi ni baru jumpa kat Berita Harian online. Ini kali kedua kes yang mencuri tumpuan seluruh negara yang berlaku di KB Mall. Sebelum ni kemalangan kereta terjatuh ke dalam KB Mall tu... iskkk.. abiss la management dia.. macam manalah sampai budak perempuan tu boleh berjaya berdiri kat tempat macam tu..

Well, maybe ada jugak dilaporkan kat newspaper lain tapi yg aku jumpe first pagi ni kat Berita Harian online la.


Tilam selamat gadis terjun bangunan
Oleh Paya Linda Yahya

2011/03/25

Orang ramai bantu mangsa cuba bunuh diri

KOTA BHARU: Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.

Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.

Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.

Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.

“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh.
“Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali gus mangsa jatuh di atas tilam yang sudah dibentangkan orang awam,” katanya.

2 comments:

attyfir said...

ini mesti kes frust ngn pakwe..

Unknown said...

nasib baik ada bantal,
kalau tidak,
maunya pecah kepala tue,
adoilah....

mcm2 hal skg nie